BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 13, 2011

Syair Definisi Orang Berakal-soalan 5

SOALAN 5
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.



Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berdasarkan rangkap 5, apakah tingkah laku yang baik bagi seseorang pekerja? 2m

ii. Berdasarkan syair di atas, kemukakan empat ciri orang berakal. 4m

iii. Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. 3m







SKEMA

i. tidak mengada-ngada walaupun disayangi oleh majikan…tidak sombong dengan rakan-rakan di tempat kerja

ii. …dimuliakan dalam masyarakat…berkawan dengan orang yang baik dan menjauhkan diri daripada orang yang jahat…taat perintah Tuhan…rajin belajar.

iii. semangat bermasyarakat. cth; kesediaan untuk membuat kerja-kerja kebajikan untuk kepentingan bersama…taat . cth; patuh perintah Tuhan dengan tidak bersikap tamak dan tidak mengambil hak orang lain…kesederhanaan. cth; tidak mengada-ngada atau bertindak luar batasan…rajin. cth: tekun belajar untuk menambah ilmu.

0 comments: