SOALAN 11
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Nyatakan dua ciri orang berakal. 2m
ii. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat orang bijak yang turut melakukan perbuatan yang salah? 4m
iii. Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair tersebut. 3m
SKEMA
i. …mampu menyelesaikan masalah yang banyak
…sentiasa patuh akan perintah Tuhan
ii. …mempunyai sikap mementingkan diri
…dipengaruhi oleh perasaan tamak untuk mendapatkan wang atau kuasa
…kurang ilmu agama dan kesedaran moral
…beranggapan bahawa kesalahan yang dilakukan sukar dibuktikan
iii. merendah diri…cth: mereka tidak bersikap angkuh dan bangga akan diri
keikhlasan…cth: sentiasa ikhlas dalam pekerjaan
kerajinan…cth: rajin membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan
Saturday, February 26, 2011
Syair Definisi Orang Berakal - soalan 11
Posted by eranis at 3:22 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment