SOALAN 3
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berdasarkan syair, huraikan tanda-tanda orang yang berakal. 3m
ii. Pada pendapat anda, apakah amalan-amalan baik yang terdapat dalam keseluruhan syair? 3m
iii. Huraikan pengajaran yang terdapat dalam syair. 3m
SKEMA
i. …mengasihi semua rakan…tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan syarak…sentiasa merendah diri … sentiasa berkhidmat.
ii. …cinta akan ilmu dengan cara menelaah tanpa jemu…tidak sombong dengan pekerja dan sentiasa merendah diri…tidak mengasihi orang yang jahat.
iii. Kita hendaklah mengikut jejak langkah orang yang berakal agar mendapat kebahagiaan…kita juga hendaklah tidak sombong dengan orang-orang bawahan…kita hendaklah sentiasa merendah diri agar dihormati oleh rakan.
Wednesday, February 9, 2011
Syair Definisi Orang Berakal -Soalan 3
Posted by eranis at 5:29 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment