SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL
Orang berakal sangat mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
RAJA ALI HAJI
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Gambarkan tiga sifat orang yang berakal berdasarkan syair di atas. 3m
ii. Sebagai seorang pelajar, pada pendapat anda bagaimanakah caranya untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari?
Nyatakan tiga cara. 3m
iii. Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair ini. 3m
SKEMA
i. …menentang kekejaman…tidak mengasihi orang yang jahat…menjauhkan sifat tamak…tidak menyombong diri…merendah diri…rajin belajar/menelaah mata pelajaran
ii. …berkongsi ilmu yang diperoleh dengan rakan-rakan…menjadikan contoh teladan yang diajarkan sebagai panduan hidup…mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk kemajuan diri dan negara.
iii. …berilmu…yakin diri…bijaksana
Wednesday, February 9, 2011
Syair Definisi Orang Berakal-soalan 1
Posted by eranis at 4:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment