BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 2, 2011

Drama Gelanggang Tuk Wali - soalan 15

Soalan 15

MAK UMI : Tengok! Tak ada apa pun yang diambilnya! Janganlah marah sampai melalut begitu!

TUK WALI : Kamu ni sayang tak kena tempat, Umi! Budak ni dah rosak taU! Hei, Piee! Engkau berambus sekarang! Aku tak mau tengok muka kau lagi di sini. Kalau engkau datang juga, aku rembat kaki kau dengan kayu tembung tu! Pergi!

MAK UMI : Pergilah , Piee! Balik! Awak ni kalau ya pun nak marah, janganlah depan orang! Jagalah sikit air muka budak tu! Dia pun ada maruah!

TUK WALI : Hem! Dia sendiri yang patut jaga maruah dia, bukan aku, kamu ingat budak macam tu ada maruah ke? Kalau dia reti malu, takkan diambilnya dadah haram tu!

MAK UMI : Tapi, marah awak ni tak menolong dia pun!

TUK WALI : Pujuk aku, nasihat aku selama ini pernah dianggapnya menolong? Duit untuk aku nak ke Makkah dicuri! Ha! Itu yang benar pun, menolong dia hisap dadah! Entah puaka mana yang dah merangsang dalam kepala dia agaknya.

(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1. Apakah hubungan antara Tuk Wali dengan Piee? 2m

2. Apakah peristiwa yang berlaku hingga menyebabkan Tuk Wali begitu marah? 3m

3. Nyatakan dua nilai dan pengajaran yang terdapat dalam drama di atas. 4m





SKEMA
1. ….Tuk Wali merupakan datuk tiri kepada Piee.

2. …kerana mengesyaki Piee mencuri barangnya apabila dia terlihat Piee berbaring di katilnya…semua nasihat yang diberikan oleh Tuk Wali sebelum ini tidak diendahkan oleh Piee….Piee juga pernah mencuri duit simpanan Tuk Wali.

3. …hormat-menghormati. Kita hendaklah saling menghormati agar hidup lebih sejahtera. Cth: Ripin dan Mariam sangat menghormati Tuk Wali selaku guru silat mereka. Nilai kedua bersabar kita hendaklah sentiasa bersabar agar dapat menempuh dugaan dalam hidup. Cth: Tuk Wali tetap bersabar walaupun dipersendakan oleh orang kampung semasa majlis kenduri kahwin di rumah haji Kodri.

0 comments: