SOALAN 9
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
TUK WALI: Jatuh dalam longkang! Pengsan! Perompak yang pegang pistol keluar dari kedai, dia nak tengok apa jadi pada kawannya di luar! Tuk ayuh bangku bulat tepat kena mukanya! Dia menjerit terlolong masuk semula dalam kedai. Mukanya berdarah!
JAMIL: Dia tak tembak tuk?
TUK WALI: Pistol dia jatuh entah ke mana…dua orang lagi meluru dari dalam kedai. Dua orang tu menyerang tuk dengan kapak! Serentak! Tuk elak kiri kanan! Tuk rasa letih, mata tuk kelabu, kepala rasa pening. Tuk mengelak, tapi terlambat. Serangan yang datang bertubi-tubi! Tuk terlanggar kerusi, tuk jatuh terlentang!
JAMIL: Eee! Takutnya! Tuk tak lari ke?
HALIM: Tuk dah jatuh, macam mana nak lari? Engkau ni teruklah! Sendiri mahu fikirlah!
TUK WALI: Dua orang tu ayun kapak, tinggi atas kepala. Dia orang memang nak bunuh tuk…tuk dah tak berdaya nak melawan. Tuk cuma menunggu kapak tu sampai hinggap atas kepala. Tuk cuma berdoa!
HALIM: Tak ada orang datang menolong tuk?
TUK WALI; Tiba-tiba tuk terpegang pistol! Tuk acu pistol kepada dua orang perompak tu! Dia buang kapak! Kamu tau apa dia orang buat? Melutut! Menangis merayu-rayu!
JAMIL: Bravo! Hebat! Tuk memang hebat! Tapi, kalau dia orang melawan tuk masa tu, macam mana? Tuk tembak ke?
TUK WALI: Tuk tak tau pun macam mana cara nak gunakan pistol tu! Kalau senapang patah, tuk taulah!
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Nyatakan dua perkara yang berlaku kepada Tuk Wali apabila dua orang perompak menyerangnya dengan kapak. 2m
ii. Pada pendapat anda, mengapakah Tuk Wali melawan kumpulan perompak itu? Berikan tiga alasan anda. 3m
iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut. 4m
SKEMA
I. …dia berasa letih, matanya kelabu, dan pening setelah mengelak ke kiri dan ke kanan…Tuk Wali terlanggar kerusi sehingga jatuh terlentang
ii. …kerana dia mempunyai sifat keberanian yang tinggi…Tuk wali mempunyai ilmu persilatan yang hebat…Tuk wali yakin bahawa dia mampu menewaskan mereka.
iii. dalam petikan; Kita hendaklah berani menentang penjenayah
keseluruhan drama; generasi muda hendaklah menghormati orang tua-tua yang banyak berjasa.
Friday, December 31, 2010
Drama:Gelanggang Tuk Wali-Soalan 9
Posted by eranis at 6:48 PM 0 comments
Drama:Gelanggang Tuk Wali-Soalan 8
SOALAN 8
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
RIPIN: Apakah dosa Tuk Wali sampai dia dibunuh? Orang tua yang daif ini tidak sampai hati untuk membunuh, walaupun cuma seekor anjing liar. Dia sanggup hidup susah dan merempat di kampungnya sendiri cuma kerana sayangkan kampung ini dan penduduknya . Dialah yang mendidik akhlak beratus-ratus orang pemuda kampung ini. Dia juga yang telah mempertahankan kampung ini! tapi, kenapa ada orang yang sampai hati membunuh Tuk Wali? kenapa? Ya, Allah(Menekup muka sambil berlutut) Tuk Wali! Aku bersumpah dengan nama Allah, aku akan menuntut bela atas kematian tuk! Darah mesti dibalas dengan darah… Tuk Siak jahanam!(Menekup muka dan menangis)
Masuk SIAK bersama-sama IMAM. Mereka terkejut melihat RIPIN memegang keris, dan TUK WALI terbujur kaku. Mereka menyangka RIPIN yang membunuh TUK WALI.
IMAM: Ripin! Apa yang engkau buat ni! Ya Allah! Engkau bunuh TUK WALI? Kenapa? (RIPIN masih berlutut sambil menekup mukanya. Dia tidak mempedulikan langsung kata-kata IMAM)
SIAK: Engkau murid terbaik Tuk Wali! Engkau memang layak menerima keris pusaka itu. Tapi, kenapa engkau dapatkan keris itu dengan cara salah? Kenapa mesti membunuh guru engkau sendiri?
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah jasa Tuk Wali kepada penduduk kampung? 2m
ii. Tuk Wali seorang tokoh yang memperjuangkan seni silat tradisional. Pada pendapat anda,mengapakah sejak akhir-akhir ini seni silat tradisional kurang digemari oleh masyarakat? 4m
iii. Nyatakan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua lagi berdasarkan keseluruhan drama. 3m
SKEMA
i. …Tuk Wali sanggup hidup susah dan merempat di kampungnya sendiri cuma kerana sayangkan kampung ini dan penduduknya…Tuk Wali telah berjaya mendidik akhlak beratus-ratus orang pemuda kampung ini…Tuk Wali telah mempertahankan kampung ini daripada komunis
ii. …kerana mendapat persaingan daripada seni silat dari luar seperti tekwando dan karate… orang yang mahir mengajar seni silat tradisional makin kurang…seni silat tradisional tidak memberikan gred terhadap pencapaian aklinya, tidak seperti tekwando yang memberikan ahlinya tali pinggang biru, hijau, hinggalah tali pinggang hitam
iii. dalam petikan:golongan muda yang menghormati golongan tua. Cth: Ripin amat menghormati Tuk Wali menyebabkan dia tidak dapat menerima kematian Tuk Wali dengan cara dibunuh….
keseluruhan drama;masyarakat yang menghargai seni silat. Cth: penduduk kampung berlatih seni silat tradisional menerusi Tuk Wali… masyarakat yang terjebak dalam gejala tidak sihat. Cth: cucu Tuk Wali, Syafiee terjebak dalam penagihan najis dadah.
Posted by eranis at 6:45 PM 0 comments
Drama:Gelanggang Tuk Wali-Soalan 7
SOALAN 7
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
MAK UMI: (Lembut) Ripin kan ada, murid awak yang lain tu semuanya boleh bersilat! Biarlah mereka saja yang turun ke gelanggang.
TUK WALI: Aku yang dijemput, Umi! Silap ke Haji Kodri menjemput aku, atau aku yang silap dengar! Tuan rumah majlis tu mahu aku turun ke gelanggang.
MAK UMI: Awak tolaklah dengan baik, mereka tentu akan faham!
TUK WALI: Engkau mahu aku duduk saja tepi gelanggang? Tak mampu aku jadi penonton,Umi! Lebih setengah abad aku yang ditonton! Kaki dan tangan aku ni akan bergerak sendiri,Umi! Sakit dada aku kalau terus menahan kaki dan tangan ini bersilat. Tak terdaya aku mengawalnya, Umi.
MAK UMI: Bukan ke awak sendiri yang berkata! Raja dalam diri ialah hati, raja itu mesti putih warnanya. Raja itu kalau berpakaian iman, hasil perintahnya akan aman. Tapi, kalau sang raja memakai amarah nafsunya maknanya iblis yang memerintah.
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hal. 201)
i. Walaupun sudah tua, mengapakah Tuk Wali masih menerima jemputan untuk bersilat dalam sesuatu majlis? 3m
ii. Pada pendapat anda, mengapakah silat tradisional semakin kurang digemari oleh anak remaja sekarang? 3m
iii. Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. 3m
SKEMA
i. Tuk Wali masih menerima jemputan kerana tidak sanggup duduk di tepi gelanggang, sekadar menjadi penonton disebabkan lebih 50 tahun dirinya yang menjadi tontonan…apabila gong dan gendang silat dipikul, kaki dan tangannya akan bergerak sendiri…sakit dadanya kalau terus menahan kaki dan tangannya daripada bersilat.
ii …kerana anak muda sekarang gemar aktiviti yang lebih lasak seperti ragbi dan futsal…bagi mereka yang meminati seni mempertahankan diri, mereka lebih cenderung memasuki kelab tekwando atau karate…kurangnya tempat yang menawarkan latihan silat tradisional disebabkan kekurangan jurulatih mahir.
iii. dalam petikan: Kita perlu mempertahankan seni mempertahan diri .Cth: Tuk Wali berterusan mengajar silat tradisional di gelanggang di rumahnya
keseluruhan drama: Kita hendaklah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang yang lebih tua..Cth: Pemuda 1.pemuda 2.pemuda 3 dan pemuda 4 bersikap biadab terhadap Tuk Wali tidak boleh diikuti…Kita sepatutnya membalas jasa orang yang banyak berkorban untuk kita. Cth: Piee, yang bukan sahaja menagih dadah,tetapi mencuri dan akhir sekali membunuh Tuk Wali janganlah diteladani.
Posted by eranis at 6:42 PM 0 comments
Drama:Gelanggang Tuk Wali-Soalan 6
SOALAN 6
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
TUK WALI keluar dengan baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok miring . Penampilannya cukup hebat.
MAK UMI: Awak ni bersilat ke nak pergi menikah?
TUK WALI: (Berdiri gagah sambil memejamkan mata membaca doa pelangkah) Hari ini Khamis, langkah kanan, langkah pendekar.(Menekan lubang hidung kanan! Menarik nafas dari lubang hidung kiri.) Nafas lancar kiri kanan. Gerak hari ini, gerak menyerang! Tak perlu bertahan atau berundur, boleh mengumpan tapi berpada…yang eloknya biar menyerang terus sampai musuh tumbang.
MAK UMI: Tak mengapa undur selangkah ke belakang untuk maju dua langkah ke hadapan!
TUK WALI: Itu silat kamu, silat aku lain.
MAK UMI: Mesti menepis, mengelis, tepat, mengelak untuk masuk menyerang.
TUK WALI: Tak payah menepis, mengelak, buang masa! Kalau menyerang dengan petua yang betul, insya-Allah mengena.
RIPIN menunggang motosikal ke halaman rumah.
RIPIN: Wah, hebat betul,wak! Gugur iman janda-janda kampung hulu tu nanti!
MAK UMI: Entah! Pengantin pun tak bersolek macam tu!
TUK WALI: Aku dah tua, Ripin! Orang tua macam aku ni ibarat orang baru baik sakit! Semangat nak makan tu ada, tapi nak menyuap tak larat.
TUK WALI dan RIPIN ketawa besar.
RIPIN: Tak larat siat daging, kunyah sikit-sikit, wak!
MAK UMI: Gigi pun dah goyang, Ripin, apa bendanya yang nak dikunyah? Tuk Wali kau ni macam rimau tak ada gigi! Pendekar tua,Ripin!
TUK WALI: Rimau tak bergigi tu, Ripin, gigitnya memang tak luka, tapi,geli!
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Mengapakah Ripin memuji Tuk Wali dalam petikan di atas? 2m
ii. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah mempelajari seni mempertahankan diri? 4m
iii. Berdasarkan petikan di atas, ke manakah Tuk Wali hendak pergi dan apakah kesudahannya? 3m
SKEMA:
i. …kerana Tuk Wali memakai baju Melayu, bersamping dan bersongkok miring macam pengantin …penampilan dan gaya Tuk Wali macam pendekar
ii. …badan cergas kerana dapat merenggangkan otot, sendi dan mengurangkan lemak…dapat mempertahankan diri jika diserang oleh musuh…mewakili sekolah dalam pertandingan sukan dan dapat meningkatkan imej sekolah..mengekalkan budaya bangsa untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang.
iii. …Tuk Wali hendak ke rumah Hj.Kodri kerana beliau dijemput untuk membuat persembahan silat pada malam itu…Tuk Wali sangat kecewa kerana telah dimalukan oleh orang-orang kampung. Orang-orang kampung menghalau Piee, cucu tirinya daripada turut serta dalam majlis itu kerana Piee baru keluar dari pusat pemulihan.
Posted by eranis at 6:39 PM 0 comments
Drama:Gelanggang Tuk Wali-Soalan 5
SOALAN 5
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SIAK menikam ke arah Ripin yang berada di tengah. Ripin yang memang bersedia untuk menangkis tikaman SIAK. Sundang dilucutkan dari tangan SIAK dengan mudah! Dengan mudah! Dengan mudah juga RIPIN membuat kuncian sehingga SIAK tidak dapat bergerak. Beberapa ketika kemudian RIPIN melepaskan SIAK. Orang tua itu terjelepok di atas gelanggang.
SIAK: Begini rupanya kamu,Wali! Berlindung dengan kekuatan murid? Kamu sendiri pengecut rupa-rupanya!
TUK WALI: Engkau jangan campur,Ripin! Beri balik sundang tu kepada dia!
MAK UMI: Udahlah tu, bang! Kenapa bergaduh macam budak-budak ni! Astaghfirullahalazim!...Ya, Allah! Kenapalah sampai jadi macam ni!
RIPIN: Tuk Siak, baliklah, tuk! Tak elok macam ni! Bawalah mengucap! Kalau ada masalah, kita selesaikan cara baik! Cara berunding!
TUK WALI: Dia memang dah lama berdendam dengan aku, Ripin! Aku tau, sejak aku kahwin dengan Mak Umi kau, semua yang aku buat tak ada yang betul di mata dia! Tak cukup umpat fitnah, dihasutnya orang masjid supaya pulaukan aku! Dah lama benar aku menunggu, baru petang ini sampai hajat aku!
MAK UMI: Sudahlah tu, bang! Malu kita macam ni! Udahlah tu! Biarlah aku pergi dari sini! Tak mau aku jadi saksi orang-orang dungu bergaduh! Mari Ripin, hantarkan Mak Umi ke rumah Berahim!
RIPIN serba salah. Dia berfikir sejenak! Kemudian dia mengikut MAK UMI keluar.Sambil berjalan keluar,RIPIN mengambil sebilah sundang yang digunakan oleh SIAK.
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Ripin serba salah? 2m
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk membentuk kecemerlangan akhlak remaja. 4m
iii. Nyatakan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan dua latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama. 3m
SKEMA
i. …dia diminta menghantar Mak Umi ke rumah Berahim…dia terpaksa meninggalkan Tuk Wali dan Siak yang sedang bergaduh dengan menggunakan senjata
ii. …ibu bapa memberi pendidikan agama dan mengasuh anak-anak di rumah…masyarakat mengadakan pelbagai aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan seperti bergotong-royong…jiran-jiran menegur kelakuan remaja yang sumbang dan memberitahu ibu bapanya…kerajaan melancarkan kempen budi bahasa dan nilai murni
iii. dalam petikan: masyarakat melayu yang saling bermusuhan. Cth:Siak menghasut orang-orang masjid memulaukan Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya, Mak Umi.
keseluruhan drama: masyarakat melayu yang berpegang teguh pada agama.Cth: Tuk Wali menunaikan sembahyang berjemaah di masjid…masyarakat yang rosak akhlak akibat budaya kuning. Cth: Cucu Siak dan tiga orang lagi rakannya menyanyi dan menari di hadapan rumah Tuk Wali. Piee pula mencuri wang kepunyaan Tuk Wali kerana mahu membeli dadah.
Posted by eranis at 6:37 PM 0 comments
Drama:Gelanggang Tuk Wali-Soalan 4
SOALAN 4
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? (Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda)
TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!
RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah,wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.
TUK WALI: Kalau ikut petua,ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi.Bila aku cakap fasal pantang-larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan…dah hilang rasa hormat mereka pada alam!
RIPIN: Petua yang mana,wak?
TUK WALI: Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas. Kalau belum mengenal, berkenal dulu.
RIPIN: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!
TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak.(Kesal) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung.(marah) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi,rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!
RIPIN: Masya-Allah! Semuanya diajar,wak?
TUK WALI: Semuanya, Ripin! Kau tahu apa dah jadi? Berahim masuk hutan bekal tali sigai dengan kayu umpil, tpi si Guan masuk hutan dengan traktor, bawa buruh lagi dua tiga orang. Pokok besar betis ni, besar tiang rumah tu, habis dicabut. Bila cabut. Bila cabut, mana nak datang benih?
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Nyatakan tiga petua yang disampaikan oleh Tuk Wali kepada Ripin? 3m
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memelihara hutan di negara kita? Kemukakan tiga pendapat anda. 3m
iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain dalam keseluruhan drama. 3m
SKEMA
i. …Pokok yang tengah berbunga atau berbuah jangan ditebang…pokok yang lebih kecil daripada jari hantu,jangan disentuh…pokok yang belum dikenali tidak boleh dicantas…kalau pokok yang belum pasti,jangan dicantas
ii. …mewujudkan hutan simpan yang tidak boleh diteroka…memperkasakan pasukan penguat kuasa dalam usaha menjejaki penceroboh hutan…meningkatkan jumlah denda dan hukuman kepada pembalak haram…melaksanakan usaha penanaman pokok hutan selepas balak ditebang
iii. dalam petikan: hutan membekalkan sumber ubat-ubatan alternatif
keseluruhan drama: Hutan dihargai beserta khazanahnya…kepupusan sumber hutan
Posted by eranis at 6:30 PM 2 comments
Drama:Gelanggang Tuk Wali-soalan 3
SOALAN 3
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SIAK: Assalammualaikum! Tuk Wali!...Oooo…! Tuk Wali! TUK WALI keluar dengan berseluar tanpa baju.
TUK WALI: Kamu, siak! Apa hal? Nampak cemas saja! Naiklah!
SIAK: Tak payah naik! Terima kasih! Di sini pun kita boleh bercakap! Memang sesuai pun di gelanggang silat ni kita berusul!
TUK WALI: Berusul apa pulak ni,siak! Lain macam saja gaya cakap kamu ni?
SIAK: Kamu memang pendekar, Wali! Belum pernah orang mengalahkan kamu dalam gelanggang! Sebab itu agaknya kamu jadi riak! Takbur! Kamu dah melampau! Hari ini aku nak tengok gagah kamu tu! Mari turun, kita berkira dalam gelanggang ini sekarang!
TUK WALI: Kamu mencabar aku,siak? Kamu mengajak aku bercekak?
SIAK: Jangan cuma berani dengan budak berhingus saja,Wali! Ayuh, mari turun, kita berkira sekarang!
TUK WALI: Belum pernah lagi aku menolak apabila dicabar, siak! Tapi aku nak tanya kenapa? Apa sebabnya kamu hendak benar menguji aku ni?
SIAK: Berani kamu cuma dengan budak-budak saja nampaknya! Hebat benar kamu ya, menampar anak cucu orang ikut suka hati kamu!
TUK WALI: Ooooo! Budak yang biadab semalam tu, cucu kamu rupa-rupanya? Patutlah pun!
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud berkira berdasarkan konteks ayat dalam petikan. 2m
ii. Sekiranya anda ialah siak, adakah anda akan mengajak Tuk Wali beradu tenaga di gelanggang? Berikan empat alasan anda. 4m
iii. Nyatakan satu pengajaran yang terkandung dalam petikan dan dua pengajaran dalam keseluruhan petikan? 3m
SKEMA
i. …bersilat bagi menguji kekuatan
ii. ya kerana: Tuk Wali telah menampar cucu saya…bertindak bersendirian…tidak mempunyai belas kasihan kepada remaja…sudah takbur dan bongkak dengan kehebatannya
…tidak kerana: tindakan Tuk Wali adalah betul…itu boleh diselesaikan menerusi muafakat...perbuatan cucu adalah salah dan perlu diberikan pengajaran…dia tidak melakukan perbuatan yang melulu.
iii. dalam petikan: Janganlah terburu-buru dalam mengambil sebarang tindakan…
dalam drama: Kita hendaklah bersatu hati supaya tidak wujud persengketaan…Kita hendaklah mempertahankan seni budaya bangsa.
Posted by eranis at 6:27 PM 0 comments
Drama: Gelanggang Tuk Wali-Soalan 2
SOALAN 2
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SIAK: Begini rupanya kamu, Wali! Berlindung dengan kekuatan murid? Kamu sendiri pengecut rupa-rupanya!
TUK WALI: Engkau jangan campur,Ripin! Beri balik sundang tu kepada dia!
MAK UMI:Udahlah tu, bang! Kenapa bergaduh macam budak-budak ni! Astaghfirullahalazim!...Ya, Allah! Kenapalah sampai jadi macam ni!
RIPIN: Tuk Siak, baliklah, tuk! Tak elok macam ni! Bawalah mengucap! Kalau ada masalah, kita selesaikan cara baik! Cara berunding!
TUK WALI: Dia memang dah lama berdendam dengan aku, Ripin! Aku tau, sejak aku kahwin dengan Mak Umi kau, semua yang aku buat tak ada yang betul di mata dia! Tak cukup umpat fitnah, dihasutnya orang masjid supaya pulaukan aku! Dah lama benar aku menunggu, baru petang ini sampai hajat aku!
MAK UMI: Sudahlah tu, bang! Malu kita macam ni! Udahlah tu! Biarlah aku pergi dari sini! Tak mau aku jadi saksi orang-orang dungu bergaduh! Mari Ripin, hantarkan Mak Umi ke rumah Berahim!
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Jelaskan tanggapan Mak Umi terhadap peristiwa yang berlaku antara Tuk Wali dengan Siak. 2m
ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita digalakkan agar mencari penyelesaian secara berhemah apabila berlaku sesuatu pertelingkahan? 4m
iii. Huraikan satu perwatakan Tuk Wali dalam petikan dan dua perwatakannya yang lain dalam keseluruhan drama tersebut. 3m
SKEMA
i. …pergaduhan Tuk Wali dengan Siak seperti perangai budak-budak…pergaduhan Tuk Wali dengan Siak memalukan dirinya dan mereka
ii. …dapat mengelakkan perasaan dendam antara pihak yang terlibat…dapat mengelakkan kematian atau kecederaan terhadap mana-mana pihak…dapat mengekalkan perhubungan antara pihak yang bergaduh…untuk mengekalkan semangat perpaduan
iii. dalam petikan: pantang dicabar. Cth; Tk Wali sanggup bertarung kerana dicabar Siak…
keseluruhan drama: cekap.Cth: Tuk Wali mewarisi seni persilatan daripada generasi terdahulu dan membuka gelanggang untuk mengajar anak muda di kampungnya…alim.Cth:Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, rajin megerjakan solat sunat, dan tahu hukum agama.
Posted by eranis at 6:24 PM 0 comments
Drama:Gelanggang Tuk Wali-Soalan 1
SOALAN 1
Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
TUK WALI: (Bangun dan mengingati sesuatu) Di rumah Haji Kodri tadi aku tau aku memang sengaja dimalukan. Aku tau mereka Cuma jadikan Si Piee tu kambing hitam! Sasarannya aku, umi! Aku! Mereka mempersendakan tiap gerak dan kata-kata aku! Sampaikan cara aku bersamping pun dipersenda! Tapi, aku tak peduli semua itu. Buruk sangat ke tingkah laku ni? Aku Cuma bersilat dalam gelanggang! Silat itulah yang aku gerakkan sejak 50 tahun lalu! Dulu, semua jurus, pengunci dan penangkis pukulan itu dikagumi, dipuji dan dianggap hebat. Tiap gelanggang bila aku bersilat, penuh sesak orang datang nak melihat dan mencuri gelak!(Hampa). Tapi, sekarang tiap langkah aku baik di luar apalagi di dalam gelanggang, dicemuh, dihina dan diketawakan! Apa salah aku pada mereka, Umi! Besar sangat ke dosa aku ni? Cuma kerana terus bersilat?
Aku Cuma tahu bersilat, mencari akar kayu, meracik, mengurut bila ada yang patah atau terkehel, mengubat orang sakit yang sudah tidak diterima doktor! Kerja pinang-meminang, jadi tuk mudin pun aku! Menggali liang tubuh pun aku! Sampaikan nak mandi mayat pun aku dicari. Tapi,kerana aku terus bersilat maka aku dicemuh, dihina sehina-hinanya! Adil ke, Umi? Adil ke? Aku tidak pernah minta disanjung! Aku tak tergamak nak minta upah setiap kali menolng orang! Tak sampai hati aku,Umi! Tapi, mereka sampai hati menjatuhkan maruah aku! Mereka tergamak menghina dan mempermainkan aku di majlis orang! Aku malu Umi! Malu!
(Dipetik daripada “Gelanggang Tuk Wali” oleh A.Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah yang dimaksudkan oleh Tuk Wali dengan mengatakan Aku tau mereka Cuma jadikan Si Piee tu kambing hitam! dalam petikan di atas? 2m
ii. Sekiranya anda anak murid yang paling rapat dengan Tuk Wali, nyatakan tindakan-tindakan yang patut anda lakukan untuk menjernihkan keadaan. 4m
iii. Berikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. 3m
SKEMA
i. …orang kampung menjadikan Piee ,anak tiri Tuk Wali sebagai alat untuk mempersendakan Tuk Wali dari segi tingkah laku sehinggalah setiap perbuatannya.
ii. …memberikan galakan dan sokongan kepada Tuk Wali…menasihati Tuk Wali supaya jangan mudah berkecil hati dengan kata-kata orang…menaikkan semangat Tuk Wali supaya meneruskan perjuangan mengangkat ilmu persilatan…meyakinkan orang kampung bahawa tanggapan negatif mereka terhadap Tuk Wali adalah tidak benar
iii. dalam petikan: pandangan negatif masyarakat terhadap dunia persilatan…
keseluruhan drama: cabaran dan kekangan mempertahankan warisan budaya… penyalahgunaan dadah dalam kalangan anak muda
Posted by eranis at 6:21 PM 0 comments
Monday, December 27, 2010
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 20
Soalan 20
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar itu,sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah, maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala maka anak raja itu pun berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan anak raja itu.
Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu,”Hai ibuku, pergi sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!”
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja, hal.72 – 74,Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)
i. Apakah yang dimaksudkan dengan frasa berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya? 2m
ii. Nyatakan kelebihan anak raja itu sehingga Bibi Zainab terpikat kepadanya. 3m
iii. Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab jatuh cinta kepada anak raja dan kemudian berhasrat hendak menemuinya pula? 3m
SKEMA
i. …memerlukan Bibi Zainab dengan apa-apa juga muslihat asalkan diperoleh
ii. …paras rupanya yang dipandang cantik oleh Bibi Zainab…anak raja itu mempunyai senyuman yang menawan yang dilemparkan semasa terpandang Bibi Zainab di tingkap mahligai…anak raja itu seorang yang dianggap berani dan sungguh-sungguh menyukai Bibi Zainab kerana mengirimkan perempuan utusan untuk menyatakan hasrat hatinya
iii. Tidak wajar….Bibi Zainab merupakan isteri saudagar Khoja Maimun…sebagai seorang isteri,dia perlu taat dan setia kepada suaminya…Bersikap curang merupakan dosa besar bagi seorang isteri.
Posted by eranis at 6:21 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 19
Soalan 19
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Taif pun berkata,”Hai perempuan, siapa engkau ini dan apa katamu?” Maka sahut perempuan itu,”Akulah yang mengawal istana raja itu. Telah aku keluarlah, siapa dapat kembalikan aku ke istana ini?” Maka kata Taif,”Apa erti katamu itu?” Maka kata perempuan itu,”Bahawa Raja Tabristan ini berpalinglah daulatnya dan umurnya pun singkatlah.” Maka sahut Taif,”Hai perempuan, betapakah perinya engkau kembali ke istana raja ini dan daulatnya raja pun akan bertambah-tambah dan umurnya pun dilanjut akan Allah?” Maka kata perempuan itu,”Sungguh-sungguhkah engkau hendak berbuat kebaktian akan raja itu? Jika engkau hendak akan bertambah-tambah daulatnya raja kamu itu dan umurnya pun dilanjutkan Allah, hendaklah engkau bunuh akan anakmu yang engkau kasihkan dengan tulus hatimu, supaya segera aku kembali ke istana raja kamu itu!” Telah Taif mendengar kata perempuan itu maka Taif pun segeralah ditangkap tangan anaknya. Maka segera dipegangkannya oleh perempuan itu seraya katanya,”Jangan engkau bunuh anakmu itu! Bahawa sesungguhnyalah telah kembalilah aku ke istana raja kamu, daripada tulus hati kamu dengan ikhlasnya hati kamu mengerjakan pekerjaan tuanmu itu. Adalah Allah Taala memberi balasan atas kejujuranmu dan keikhlasanmu kerana yang sempurna adalah Allah Taala jua. Maka raja kamu berbahagialah ia, dan daulatnya pun bertambah-tambah dan umurnya pun dilanjutkan Allah Taala!” Maka Taif pun dilepaskannya tangan anaknya itu lalu dibawanya kembali ke rumahnya.
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja, hal.81 -82,Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)
i. Bagaimanakah perempuan itu masuk ke dalam istana tanpa membunuh anak Taif? 2m
ii. Berdasarkan petikan di atas, siapakah perempuan yang berkata-kata itu dan apakah keistimewaannya? 3m
iii. Pada pendapat anda, apakah amalan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian? 3m
SKEMA
i. …kerana Taif telah bersetuju membunuh anaknya dengan hati yang ikhlas
ii. …pengawal istana. keistimewaan perempuan itu jika dia dapat masuk ke dalam istana ialah daulat Raja Tabristan akan bertambah…umur Raja Tabristan bertambah lanjut
iii. …membaca untuk menambah pengetahuan…memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang…bersenam secara berterusan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Posted by eranis at 6:18 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 18
Soalan 18
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebermula setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata Tiung itu maka ia pun terlalu marahnya, serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya seraya katanya,”Tak kusangka engkau tiada menaruh kasihan rupanya sama perempuan!” Maka tiung itu pun matilah. Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan semena-mena, maka ia pun mendiamkan diri berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun pura-pura terkejut seraya berkata,”Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan maka datang malam-malam buta ini?” Maka datang ujar Bibi Zainab,”Hai Bayan, berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia! Betapakah bicaramu?
Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan semena-mena, maka ia pun mendiamkan dirinya berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun berpura-pura terkejut seraya berkata,”Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan maka datang malam-malam buta ini?” Maka datang ujar Bibi Zainab,”Hai Bayan, berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia! Betapakah bicaramu?”
Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. “Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau!” Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya,”Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada martabat raja atau anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikianlah adanya!
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja)
i. Berikan maksud serta disentapkannya dari sangkarnya lalu dihempaskannya sebagaimana terdapat dalam petikan. 1m
ii. Mengapakah Bayan berpura-pura tidur setelah melihat peristiwa Bibi Zainab dan Tiung? 3m
iii. Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu? 4m
SKEMA
i. …ditarik dengan kuat dari kurungannya lalu dilempar dengan kuatnya.
ii. …kerana tidak mahu menerima nasib yang sama seperti Tiung yang telah dibunuh oleh Bibi Zainab…Bayan tidak mahu Bibi Zainab mengetahui bahawa Bayan melihat peristiwa Tiung dibunuh oleh Bibi Zainab.
iii. Tidak wajar…kerana Bibi Zainab telah bersuami dan tidak wajar seorang isteri menemui lelaki lain…tidak wajar menduakan suami kerana perbuatan itu dilarang oleh agama.
Posted by eranis at 6:14 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 17
Soalan 17
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah dilihat oleh Bayan kelakuan Bibi Zainab membunuh Tiung itu tiada dengan semena-mena, maka ia pun mendiamkan dirinya berbuat tidur. Maka isteri Khoja Maimun pun pergilah mendapatkan Bayan itu serta dibangunkannya. Maka Bayan pun berpura-pura terkejut seraya berkata,”Apakah pekerjaan tuan hamba membangunkan hamba ini dan hendak ke mana tuan maka datang malam-malam buta ini?” Maka datang ujar Bibi Zainab,”Hai Bayan, berilah aku izin supaya aku pergi mendapatkan anak raja itu, kerana aku sangat berahi akan dia! Betapakah bicaramu?”
Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. “Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau!” Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya,”Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia.
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja)
i. Berikan maksud aku perlalaikan juga akan dikau. 2m
ii. Nyatakan tiga perbuatan yang menunjukkan kebijaksanaan Bayan. 3m
iii. Apakah yang anda akan lakukan bagi mengelakkan rakan anda daripada melakukan perbuatan yang salah?
Kemukakan tiga pendapat anda. 3m
SKEMA
i. …maksudnya..aku lekakan
ii. …berpura-pura tidur bagi mengelakkan tuannya tahu yang dia melihat kejadian Tiung dibunuh…berpura-pura memberikan keizinan…berfikir sebelum mengambil tindakan…
iii. …menasihatinya dengan cara yang lemah lembut..mengajaknya mengingati dan mematuhi ajaran agama…memberitahu kesan buruk yang akan ditanggung sebagai akibat perbuatan salah itu.
Posted by eranis at 6:09 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 16
SOALAN 16
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Hai Raja, kepada hati raja hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba mengerjakan pekerjaan yang demikian itu dan lagi tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada pada segala makhluk,muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab tatkala di Padang Masyar di hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu. Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan masyhur juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya. Syahadan lagi jikalau perempuan yang tiada berbudi lagi hina zahil akalnya itu redalah ia dapat malu dianya, tiada takut azab Allah Taala di dalam neraka jahanam lima ratus ribu tahun lamanya itu, tiada ia takut asalkan ia dapat. Demikianlah hamba dengar perihal orang yang menduakan suaminya itu. Adapun raja jikalau hamba hendak berbuat khianat atas hamba raja dapat hamba perikan dia itu.”
Setelah didengar oleh raja kata isteri saudagar itu, maka raja pun tersenyum lalu bertitah “Hai ibuku, bahawa sesungguhnya telah taubatlah hamba daripada pekerjaan yang jahat ini!” Maka emas yang dibawanya itu pun habislah diberi raja kepada isteri saudagar itu.
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud pekerjaan itu akan masyhur. 2m
ii. Mengapakah isteri saudagar tidak mahu melakukan perbuatan menduakan suami? Nyatakan tiga sebab berdasarkan petikan di atas. 3m
iii. Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk mengelakkan dugaan seperti yang dihadapi oleh isteri saudagar?
Kemukakan tiga langkah yang sesuai. 3m
SKEMA
i. maksudnya…perbuatan itu tersebar
ii. …dia tidak mahu menanggung malu…dia takut dibunuh oleh suaminya…dia takut akan soal jawab di padang mahsyar…dia takut dimasukkan ke dalam neraka selama lima ratus ribu tahun.
iii. …banyakkan berdoa kepada Tuhan…tinggal sementara dengan keluarga…membataskan pergaulan dengan orang lain…banyakkan beribadat bagi meningkatkan keimanan diri.
Posted by eranis at 5:55 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 15
SOALAN 15
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka raja kamu berbahagialah ia, dah daulatnya pun bertambah-tambah daan umurnya pun dilanjutkan Allah Taala!” Maka Taif pun dilepaskannya tangan anaknya itu lalu dibawanya kembali ke rumahnya.
Maka tatkala itu raja pun mengintaikan segala kelakua Taif itu dengan perempuan itu. Sekaliannya habis didengarnya oleh raja itu dan dilihatnya segala kelakuan Taif itu. Setelah sudah maka Raja Tabristan pun kembalilah ke istananya. Taif pun fikir di dalam hatinya “Jikalau aku katakan yang sebenarnya pada raja bahawa sekali-kali raja tiada percaya seperti kataku. Jikalau demikian baik aku katakan yang lainlah.”
Sebermula akan Raja Tabristan pun, setelah sudah menyuruhkan Taif melihat suara itu maka Raja Tabristan pun mengikut dari belakangnya, tetapi Taif tiada melihat baginda itu ada mengintai dia. Setelah sudah raja melihatkan lakunya Taif dengan perempuan itu maka raja pun kembali ke istananya. Hatta ada seketka lagi Taif pun datanglah mengadap raja. setelah raja melihat Taif datang itu maka Raja Tabristan pun bertanya kepada Taif ,”Suara siapakah itu, hai Taif?” Maka sembah Taif,”Ya Tuanku Syah Alam, suara orang berkelahi hambamu dengar demikian!” Maka raja pun tersenyumlah seraya berkata di dalam hatinya,”Tiadakah gerangan engkau ketahui bahawa aku melihat barang kelakuanmu itu, hai saudaraku? Bahawa sesungguhnya aku saudaramu. Insya-Allah Taala lihatlah olehmu balasan kasihmu akan aku itu!”
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Mengapakah tuanku Syah Alam tersenyum apabila mendengar jawapan Taif? 3m
ii. Apakah balasan yang diperoleh Taif daripada Raja Tabristan? 3m
iii. Berdasarkan Hikayat Khoja Maimun, tuliskan tiga latar tempat dan peristiwa yang berlaku di situ. 3m
SKEMA
I. …Baginda tahu bahawa Taif tidak bercakap benar. . Taif bertindak demikian kerana bimbang jikalau baginda tidak mtempercayai kata-katanya.
ii. balasannya…sebuah negeri dan harta yang banyak
iii. negeri Ajam – kafilah membeli narwastu dengan Khoja Maimun. Khoja Maimun memperoleh keuntungannyang banyak…di pekan….Khoja Maimun membeli seekor Bayan dan seekor tiung betina…di tingkap mahigai..Bibi Zainab teringat akan suaminya lalu terpandang anak raja yang lalu berhampiran mahligainya.
Posted by eranis at 5:52 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 14
SOALAN 14
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah isterinya mendengar kata suaminya itu, maka perempuan itu pun tersenyum seraya katanya, “Patutlah maka tuan hamba tiada mahu belayar mencari makan. Tidakkah tuan mendengar suatu hikayat?” Maka kata suaminya,”Betapakah hikayat itu, ceterakan olehmu supaya aku dengar.” Maka kata isterinya,”Ada seorang laki-laki berbagai-bagai ia diperbuat oleh isterinya tiada juga ia marah, dan perempuan itu pun hairanlah melihatkan hal suaminya itu.”
Syahadan adalah pada suatu hari maka fikirlah perempuan itu,”Bahawa banyak benci juga rupanya suami aku ini akan aku, maka demikian ini lakunya, tetapi baik juga aku cuba juga dahului.” Setelah sudah ia berfikir itu maka dipanggilnya seorang perempuan, daripada kejahatannya, maka diberinya memakai cara laki-laki, lalu dibawanya naik ke rumahnya, lalu di hadapan suaminya, itu pun tiada juga ia berkata-kata akan isterinya. Maka perempuan itu pun berkata kepada suaminya,”Apa juga mulanya maka tuan hamba tiada menaruh cemburuan akan hamba? Berbagai-bagai laku hamba tiada juga tuan hamba gusarkan hamba.” Maka kata suaminya, “Sebab pun aku tiada menaruh cemburuan itu, oleh sebab aku sudah melihat orang cemburuan diperduakan oleh isterinya dan berapa laki-laki diperdayakannya berbagai-bagai pulak oleh isterinya itu.” Maka sahut isterinya,”Apakah penglihatan tuan hamba itu?” Maka kata suaminya,”Adalah seorang laki-laki dapat ia menjadikan dirinya gajah, tetapi akan laki-laki itu amat cemburuannya. Apabila ia hendak berjalan maka dijadikan dirinya gajah hikmat, diadakannya suatu baluhan di atas belakangnya, dibawanya berjalan ke sana sini akan isterinya itu, daripada ia tiada percaya dan sangat cemburuan, takut akan isterinya bermukah.
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hal.85)
i. Apakah maksud rangkai kata tiada juga tuan hamba gusarkan hamba? 2m
ii. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah si isteri bercerita? 3m
iii. Nyatakan kepentingan-kepentingan memelihar a institusi keluarga dalam sesebuah masyarakat. 3m
SKEMA
i. …maksud..mengapakah tuan tidak memarahi saya.
ii. …mengurangkan sikap cemburu buta suaminya…menggalakkan suaminya belayar untuk mencari rezeki yang halal…meyakinkan suaminya bahawa dia tidak akan curang sewaktu suaminya tiada di rumahnya
iii. …dapat mengekalkan budaya hidup bekeluarga…dapat membentuk akhlak dan sahsiah anak-anak…dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dalam pelajaran
Posted by eranis at 5:43 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 13
SOALAN 13
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah didengar oleh saudagar titah raja itu, maka sembah saudagar itu, “Ya tuanku, di manakah tuanku tahukan isteri hambamu?” Maka dikhabarkan oleh raja segala perihal ehwalnya itu, habis dikatakan kepada saudagar itu. Setelah sudah berkata-kata, maka saudagar pun bermohonlah kepada raja itu hendak kembali ke negerinya kerana musim pun sudah sampai. Maka ia pun memberi anugerah saudagar itu, dipersalinnya dengan pakaian yang mulia-mulia. Setelah sudah, saudagar itu menjunjung duli yang mulia-mulia. Setelah sudah, saudagar itu menjunjung duli lalu berjalan ke negerinya. Setelah sampai kepada isterinya kasih saudagar pun makin sangat bertambah-tambah kepada isterinya.
Maka kata Bayan,”Demikianlah hikayat orang yang bijaksana, hartanya pun banyak diperolehnya dan nama yang jahat pun dilepaslah. Bermula nama yang baik juga diperolehnya, disebut orang dari dunia datang ke akhirat. Akan sekarang baiklah tuan hamba pergi kerana anak raja itu menanti tuan.” Maka isteri Khoja Maimun pun turunlah berjalan baru tiga langkah, maka hari pun siang, lalu balik ke rumahnya duduk dengan percintaannya serta berahinya akan anak raja itu.
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,hal.93)
i. Apakah maksud rangkai kata segala perihal ehwalnya? 2m
ii. Apakah kisah orang yang bijaksana yang terdapat dalam petikan? 3m
iii. Isteri Khoja Maimun masih gagal menemui putera raja. Pada pendapat anda, mengapakah seorang isteri perlu menjaga maruah diri? 3m
SKEMA
i. …semua yang berkaitan dengan kejadian yang berlaku
ii. …kisah orang yang bijaksana adalah tentang harta banyak yang diperolehnya…dapat menghilangkan nama yang buruk…nama yang baik juga diperoleh yang akan disebut orang dari dunia hingga ke akhirat.
iii. …untuk menimbulkan kepercayaan dan penghormatan orang ramai terhadapnya…untuk menjaga nama, maruah suami dan keluarganya…untuk menjamin keharmonian pasangan suami isteri.
Posted by eranis at 5:39 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 12
SOALAN 12
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, “Hai ibuku, pergilah sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!” Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun itu. Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja itu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manis mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahi dikatakannya.
Setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata orang tua itu, maka hatinya pun terikatlah akan anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya itu. Maka Bibi Zainab pun berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya,”Hai ibuku, baiklah katakan kepada anak raja itu hamba punya sembah maka ampun banyak-banyak pada anak raja itu! Sekarang malam hamba mendapatkan anak raja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia ini. Bukan sebarang ini, mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati!” Setelah orang tua itu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu , maka ia pun segeralah kembali serta menyampaikan segala pesan Bibi Zainab kepada anak raja itu.
Sebermula maka tersebutlah perkataan isteri Khoja Maimun. Setelah hari malam, maka ia pun memakai pakaian yang amat indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harum baunya, hendak pergi mendapatkan anak raja itu. Setelah sudah maka ia pun keluar hendak berjalan.
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah maksud hatinya pun terikatlah akan anak raja itu? 2m
ii. Nyatakan pesanan Bibi Zainab kepada anak raja. 3m
iii. Pada pendapat anda, wajarkah Bibi Zainab menemui anak raja itu?
Berikan tiga alasan anda. 3m
SKEMA
i. …Bibi Zainab terpikat kepada putera tersebut
ii. Bibi Zainab memohon ampun kepada anak raja. Dia berpesan bahawa dia akan menemui anak raja itu pada waktu malamnya
iii. Tidak wajar….kerana tindakan itu akan mendorongnya melakukan perbuatan sumbang dan terkutuk apatah lagi dia telah lama ditinggalkan oleh suaminya. Pada masa itu anak raja pula memang mempunyai niat tidak baik terhadap Bibi Zainab yang mempunyai kecantikan yang tiada tolok bandingnya di negeri itu. Selain itu, sebagai isteri, Bibi Zainab harus sedar bahawa tindakannya menemui anak raja itu ketika suaminya tiada di rumah akan menjatuhkan maruah dirinya dan nama baik suaminya.
Posted by eranis at 5:35 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 11
SOALAN 11
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.”
Setelah Khoja Maimun mendengar kata Bayan itu, terlalulah sangat sukacitanya seraya katanya kepada orang itu, “Tuan hamba berikanlah hamba burung ini, darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu.”
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah maksud darihal harganya hamba minta bertangguh dahulu? 2m
ii. Bayan menceritakan keistimewaan Bayan kepada Khoja Maimun agar Khoja Maimun membelinya. Nyatakan tiga keistimewaan Bayan seperti yang dijelaskan Bayan kepada Khoja Maimun. 3m
iii. Bayan sengaja menceritakan kehebatannya kepada Khoja Maimun. Pada pandangan anda, mengapakah seseorang sanggup menceritakan kebolehannya kepada orang lain? Berikan tiga sebab hal tersebut boleh terjadi. 3m
SKEMA
i. …mengenai nilai barang, saya mahu beritahu kemudian
ii. …seluruh alam di bawah pandangannya…seekor burung yang taat kepada Allah dengan sentiasa memuji akan kebesaran Allah… Bayan dapat mengetahui kejadian sepuluh hari mendatang
iii. Sesetengah orang sanggup menceritakan kebolehan diri sendiri untuk meyakinkan orang lain akan kehebatannya, dengan harapan diberi tanggungjawab, jawatan atau pangkat yang sesuai….Selain itu, untuk menutup kelemahan yang dimiliki agar tidak disisihkan daripada kumpulan…untuk menarik perhatian kumpulan agar sikap dan kata-katanya sentiasa dipercayai.
Posted by eranis at 5:32 AM 0 comments
Sunday, December 26, 2010
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 10
SOALAN 10
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata Bayan,”Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu?” Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu, maka pada hatinya perempuan itu suara dari dalam kubur inilah. Maka kata perempuan itu, “Ya Tuhanku hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku!” Maka kata bayan itu,”Bahawa pekerjaanmu berbuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari.” Maka kata perempuan itu,”Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu.” Maka kata Bayan itu, “Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu,” Maka dikerjakan oeh perempuan itu seperti kata bayan itu.
Setelah sudah maka ia pun pulanglah kepada makam itu. Maka Bayan itu pun menunjukkan dirinya kepada perempuan itu seraya katanya,”Bedebah yang tiada berbudi engkau! Inilah orang yang kena murka kerana tiada malu. Sungguhpun ia Syeikh dan wali masakan ia berkata-kata dari kuburnya, melain akulah yang berkata kerana ingin membalas pekerjaanmu dahulu itu.”
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah maksud membalas pekerjaanmu? 2m
ii. Nyatakan tiga syarat yang dikemukakan Bayan kepada perempuan itu untuk dia kembali semula kepada suaminya? 3m
iii. Sekiranya anda ialah perempuan itu, adakah anda akan menerima syarat yang dikemukakan oleh Bayan tersebut? Berikan tiga alasan anda. 3m
SKEMA
i. …melunas/melangsaikan perbuatan tersebut
ii. …bertaubat atas perbuatan khianat terhadap suami…mencukur rambut…mencukur kening.
iii. terima:
…rasa berdosa kepada suami…ingin kembali hidup bersama-sama dengan suami…hukuman yang diberikan tidak berat dan setimpal
Posted by eranis at 11:51 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 9
SOALAN 9
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka sahut Khoja Maimun, “Berapa harganya?” Maka kata orang itu, “Seribu dinar Bayan hamba ini harganya.” Maka tersenyum Khoja Maimun, katanya “Adakah orang yang mahu membeli burung yang segenggam ini seribu dinar? Layaknya unggas ini makanan kucing juga.”
Setelah Bayan itu mendengar kata Khoja Maimun, maka katanya , “Hai Khoja Maimun, sungguhlah hamba ini sekepal, tetapi hati hamba di mana tuan tahu? Akan sekalian alam ini di bawah tilik hamba dan hamba ini bukannya seperti unggas yang lain; tetapi bukan hamba ini daripada unggas syurga dan daripada bangsa malaikat, dan bukan hamba daripada jin, tetapi hamba Allah Taala, senantiasa memuji-muji Allah Azzawajalla; dan akan hati hamba ini, yang akan datang sepuluh hari sudah hamba ketahui sebarang halnya. Adapun akan sekarang ini tiga hari lagi datanglah kafilah dari negeri Babil hendak membeli dagangan yang bernama sanbal. Jikalau tuan hamba hendak membeli hamba, bertangguhlah dahulu kepada orang yang menjual hamba ini, dan tuan hamba kampungkanlah sanbal dalam negeri ini; apabila datang kafilah itu, tuan hamba juallah; insyaAllah daripada laba sanbal itulah tuan hamba beli hamba.”
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Berikan maksud rangkai kata kampungkanlah sanbal dalam negeri ini. 2m
ii. Apakah kelebihan-kelebihan yang dinyatakan oleh Bayan tentang dirinya? Kemukakan tiga kelebihan tersebut. 3m
iii. Sekiranya anda ialah Khoja Maimun, adakah anda akan membeli Bayan dengan harga seribu dinar? Berikan tiga alasan anda. 3m
SKEMA
i. …membeli kesemua narwastu/wangi-wangian yang terdapat dalam negeri tersebut.
ii. …sekalian alam di bawah tilikan Bayan…sentiasa memuji-muji Allah Azzawajalla…mengetahui sesuatu yang akan berlaku sepuluh hari akan datang.
iii. akan membelinya:
…Bayan banyak mempunyai kelebihan…Bayan dapat meramal kejadian masa hadapan…Bayan petah berkata-kata
tidak akan membelinya:
…tidak sepadan dengan nilai Bayan…belum tahu kata-kata Bayan itu betul…Bayan bersifat tinggi diri.
Posted by eranis at 11:48 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 8
SOALAN 8
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata Bayan itu, “Adalah seorang saudagar di negeri Istanbul, maka ia pun pergi belayar. Hatta berapa lamanya selepas peninggalan saudagar itu, maka isteri saudagar itu bermukah dengan seorang kalandar. Sebermula adapun saudagar itu ada menaruh seekor Bayan. Hatta berapa lamanya maka saudagar itu pun datanglah daripada belayar itu. Maka tiadalah baik hatinya saudagar itu akan isterinya itu. Sebaik-baik ia berbantah, maka isteri saudagar itu berfikir di dalam hatinya, “Tiada siapa lagi yang memberitahu kepada suamiku ini melainkan Bayan juga, maka ia tahu akan perbuatan aku ini.” Maka isteri saudagar itu pun marahlah kepada Bayan itu.
Maka ada pada suatu hari maka saudagar itu pun tiada di rumahnya pergi ke kedainya. Setelah dilihat oleh isteri saudagar suaminya pergi berjalan maka Bayan itu pun dipanggilnya lalu ditangkapnya,dicabutkannya bulunya Bayan itu seraya katanya,”Si celaka inilah memberitahu kepada suamiku maka ia tahu!” Setelah habislah bulu Bayan itu dicabut oleh isteri saudagar, baharu dilepaskannya. Maka Bayan itu pun larilah bersembunyi masuk ke dalam saluran tempat orang membuang air beras. Maka Bayan itu pun diamlah di sana. Pada sangkaan isteri saudagar Bayan itu sudah mati. Maka saudagar pun kembalilah ke rumahnya. Apabila isteri saudagar itu melihat suaminya pulang, ia pun pura-pura berteriak-teriak seraya katanya,”Sayangnya Bayan aku dimakan oleh kucing!”
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 76 - 77)
i. Apakah maksud frasa saudagar itu pun datanglah daripada belayar itu? 2m
ii. Berdasarkan petikan, mengapakah isteri saudagar mencabut bulu Bayan? 3m
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah saudagar mengetahui kecurangan isterinya? 3m
SKEMA
i. …saudagar itu baru pulang daripada pelayaran.
ii. …kerana menyangka Bayanlah yang memberitahu suaminya tentang kecurangan yang dilakukan…Dia juga berbuat demikian dengan harapan Bayan akan mati…Perbuatan tersebut dilakukan untuk mendapat simpati daripada suaminya.
iii. …dengan cara gerak hati seorang suami. Suami sememangnya dianugerahkan keistimewaan untuk memahami sikap isterinya yang berubah…Saudagar juga mungkin mengetahui berita buruk itu melalui rakan-rakannya…Bayan yang dapat bercakap itu juga boleh menjadi sumber berita tentang kecurangan isterinya.
Posted by eranis at 11:47 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 7
SOALAN 7
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, “Hai ibuku, pergilah sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!” Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun itu. Setelah ia sampai, maka segala pesan anak raja itu pun habis sekaliannya dikatakannya oleh perempuan tua itu, serta dengan manis mulutnya berkata-kata, berapa peluk cumbu-cumbuan akan yang memberi berahi dikatakannya.
Setelah isteri Khoja Maimun mendengar kata orang tua itu, maka hatinya pun terikatlah akan anak raja itu dan api yang berahi itu pun nyalalah di dalam dadanya itu. Maka Bibi Zainab pun berkehendaklah akan anak raja itu seraya katanya,”Hai ibuku, baiklah katakan kepada anak raja itu hamba punya sembah maka ampun banyak-banyak pada anak raja itu! Sekarang malam hamba mendapatkan anak raja itu, tetapi jangan ibuku katakan seorang jua pun rahsia ini. Bukan sebarang ini, mati sahaya, anak raja tiada akan mati, sahaya juga yang mati!” Setelah orang tua itu mendengar kata isteri Khoja Maimun demikian itu…
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah maksud kata-kata anak raja katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini? 2m
ii. Nyatakan perwatakan Bibi Zainab berdasarkan petikan? 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah Bibi Zainab bersikap demikian? 3m
SKEMA
i. …Dia mahu perempuan tua menyampaikan hasrat hatinya kepada Bibi Zainab bahawa dia suka akannya. Anak raja mahu perempuan itu menggunakan pelbagai muslihat supaya hasratnya tercapai.
ii. …seorang isteri yang menduakan suaminya…seorang wanita yang mudah tergoda dengan godaan…seorang wanita yang cantik
iii. …terlalu rindu akan belaian suaminya…telah jatuh cinta akan anak raja yang sangat kacak…tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.
Posted by eranis at 11:44 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 6
SOALAN 6
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah didengar oleh saudagar itu, maka ia pun naik ke rumahnya. Maka dilihatnya bulu Bayan itu, berlambak di tanah. Maka kata saudagar, “Tiada Bayanku ini dimakan oleh kucing! Engkau juga membunuh dia, tidak juga dibunuh oleh orang, ini adalah hasil perbuatanmu yang jahat, maka Bayanku engkau bunuh! Hai bedebah, nyahlah engkau dari rumahku ini, tiada aku mahu memandang muka orang durjana ini!” Maka isteri saudagar itu pun turulah dari rumahnya, lalu ia pergi kepada kubur Tuan Syeikh. Maka di sanalah ia diamnya pada kubur itu. Sehari-hari minta doa hendak pulang kepada suaminya juga.
Adapun Bayan itu masuk ia diam di dalam saluran itu. Apabila orang membasuh beras itu dimakannya oleh Bayan itu hingga sampai panjanglah bulunya dan dapatlah ia terbang kepada kubur Tuan Syeikh itu. Maka isteri saudagar itu pun datanglah menyapu kubur itu. Maka perempuan itu pun minta doa kepada Allah Taala. “Ya Tuhanku, berkatilah oleh Allah engkau Syeikh, kembalikanlah aku kepada suamiku! Sudah letih benar tubuhku ini!” Maka kata Bayan,”Hai perempuan, sungguhkah engkau hendak balik kepada suamimu?” Setelah didengar oleh perempuan itu bunyi suara demikian itu, maka pada hatinya perempuan itu suara dari dalam kubur inilah. Maka kata perempuan itu, “Ya Tuhanku hambamu hendak kembali kepada suami hambamu kerana sangat hambamu dahaga, ya Tuhanku!” Maka kata bayan itu,”Bahawa pekerjaanmu berbuat khianat itu akan suamimu itu hendaklah segera engkau bertaubat, maka bertaubatlah engkau ke mari.” Maka kata perempuan itu,”Demi Allah bahawasanya sudahlah hambamu kerjakan seperti kata tuan hamba itu.” Maka kata Bayan itu, “Cukurlah rambutmu dahulu dan bulu keningmu sekali, maka aku mahu memulangkan engkau dengan suamimu,” Maka dikerjakan oeh perempuan itu seperti kata bayan itu.
(Dipetik daripada “Hikayat Khoja Maimun”, diselenggarakan oeh Abdul Rahman Kaeh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah maksud rangkai kata dikerjakan oeh perempuan itu? 2m
ii. Bagaimanakah reaksi saudagar apabila melihat bulu Bayan bertaburan di tanah? 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu keningnya? 3m
SKEMA
i. …perempuan itu mengikut arahan.
ii. …dia mengatakan bahawa Bayannya bukan dimakan kucing…dia mengatakan isterinya yang membunuh Bayan…dia menghalau isterinya keluar dari rumahnya
iii. …ingin membalas dendam terhadap isteri saudagar…supaya isteri saudagar kelihatan bodoh…supaya isteri saudagar berasa malu…supaya saudagar terus membenci isterinya.
Posted by eranis at 11:42 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 5
SOALAN 5
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Alkisah peri menyatakan cetera ketiga mengenai seorang suami yang sangat cemburu, maka kata Bayan,”Adalah kononnya suatu cetera mengenai seorang perempuan terlalu baik parasnya. Maka nikahlah ia dengan seorang laki-laki terlalu sangat cemburuannya. Selama ia duduk dengan isterinya itu, jangankan ia pergi berniaga, berjalan-jalan pun tidak ia, kerana tiada mahu meninggalkan isterinya itu.”
Hatta berapa lamanya maka harta yang dibawanya itu pun habis dimakannya. Maka kata si isteri kepada suaminya, “Hai tuan hamba,betapa hal kita ini?” Maka sahut lakinya,”Tiadalah aku mahu bercerai dengan tuan hamba kerana aku tiada percaya akan dikau, kalau-kalau peninggalan aku, engkau berbuat jahat!”
Setelah isterinya mendengar kata suaminya itu, maka perempuan itu pun tersenyum seraya katanya, “Patutlah maka tuan hamba tiada mahu belayar mencari makan. Tidakkah tuan mendengar suatu hikayat?” Maka kata suaminya,”Betapakah hikayat itu, ceterakan olehmu supaya aku dengar.” Maka kata isterinya,”Ada seorang laki-laki berbagai-bagai ia diperbuat oleh isterinya tiada juga ia marah, dan perempuan itu pun hairanlah melihatkan hal suaminya itu.”
Syahadan adalah pada suatu hari maka fikirlah perempuan itu,”Bahawa banyak benci juga rupanya suami aku ini akan aku, maka demikian ini lakunya, tetapi baik juga aku cuba juga dahului.” Setelah sudah ia berfikir itu maka dipanggilnya seorang perempuan, daripada kejahatannya, maka diberinya memakai cara laki-laki, lalu dibawanya naik ke rumahnya, lalu di hadapan suaminya, itu pun tiada juga ia berkata-kata akan isterinya.
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)
i. Apakah maksud rangkai kata diberinya memakai cara laki-laki? 2m
ii. Mengapakah lelaki itu tidak mahu berpisah dengan isterinya? 3m
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mewujudkan keharmonian dalam hidup pasangan suami isteri? 3m
SKEMA
i. …iaitu berpakaian seperti lelaki.
ii. …kerana dia tidak percaya akan isterinya…dia bimbang sepanjang peninggalannya, isterinya akan berbuat jahat…dia terlalu sayang akan isterinya
iii. …pasangan suami isteri mesti saling mempercayai antara satu sama lain…pasangan suami isteri juga mesti saling menghormati antara satu sama lain…pasangan suami isteri seharusnya menghadapi susah senang bersama…pasangan suami isteri mesti bertolak ansur antara satu sama lain.
Posted by eranis at 11:39 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 4
Soalan 4
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan telah hari malam waktu pun sunyi orang tidur, maka isteri Khoja Maimun pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang amat harumnya. Maka ia pun datanglah kepada Bayan. Kata Bayan,”Tuan hamba ini tahu akan dirinya orang yang duduk bertafakur, wahai Bibi Zainab!” Maka ia pun datang kepada Bayan seraya katanya,”Hai unggas yang bijaksana lagi budiman, beri apalah aku ini jalan supaya aku pergi mendapat habibiku itu!” Maka sahut Bayan,”Belumkah tuan hamba bertemu laki-laki itu?” “Belum!” kata Bibi Zainab, “Pada malam inilah!” Maka kata Bayan, “Terlalu sangat bebalnya tuan ini maka tiada mahu bertemu dengan anak raja itu. Pada bicara hamba baik juga tuan segera pergi. Janganlah tuan takut, tiada akan tuan ini beroleh malu, insya-Allah hamba bicarakan dia. Janganlah syak hati. Tiadakah tuan mendengar hikayat seorang perempuan bijaksana, tetapi suaminya terlalu amat cemburuan, daripada sangat arifnya serta tahu ia memikirkan dirinya itu berapa-berapa harta orang diperdaya olehnya?” Maka kata Bibi Zainab, “Betapa hikayatnya itu ceterakanlah olehmu ini supaya aku dengar?” Maka sahut Bayan,”Tiadalah hamba mahu berhikayat akan dia, seolah-olah hamba menangguhkan tuan dengan hikayat ini menjadi durjanalah hamba kepada tuan”. Maka kata isteri Khoja Maimun,”Hai handaiku Bayan, tiadakah engkau kasihkan aku?” Setelah Bayan mendengar kata isteri Khoja Maimun ia pun berhikayatlah.
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)
i. Apakah tujuan Bibi Zainab memakai pakaian yang indah dan bau-bauan? 2m
ii. Nyatakan dua sebab Bayan enggan bercerita tentang hikayat perempuan bijaksana kepada Bibi Zainab. 2m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah Bayan seolah-olah menggalakkan Bibi Zainab pergi menemui anak raja? 4m
SKEMA
i. …Bibi Zainab ingin bertemu dengan anak raja.
ii. …tidak mahu seolah-olah menangguhkan Bibi Zainab untuk bertemu dengan anak raja…bimbang tindakannya itu akan menyusahkan Bibi Zainab.
iii. …Bayan tahu bahawa Bibi Zainab ingin sangat bersua dengan anak raja itu, jadi dia tidak akan berjaya menghalangnya…Bayan menggalakkan Bibi Zainab bertemu dengan anak raja itu sebagai helah sahaja…di samping menggalakkan Bibi Zainab pergi, Bayan mengemukakan tajuk cerita dan Bibi Zainab tidak jadi pergi kerana gemar mendengar cerita…supaya Bibi Zainab tidak mengesyaki tujuannya bercerita.
Posted by eranis at 11:37 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 3
Soalan 3
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta berapa lamanya Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar itu,sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya berangan-angan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah, maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupanya anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala maka anak raja itu pun berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan anak raja itu.
Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu,”Hai ibuku, pergi sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang-barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!” Setelah didengar oleh orang tua itu maka segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun.
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja, hal.72 – 74,Dewan Bahasa dan Pustaka 2009)
i. Apakah maksud tersangkutlah hatinya? 2m
ii. Tuliskan peristiwa pertemuan pertama Bibi Zainab dengan anak raja. 3m
iii. Sekiranya anda Bibi Zainab, apakah yang anda lakukan untuk menghilangkan kesunyian? 3m
SKEMA
i. …jatuh cinta
ii. …Bini Zainab kesunyian lalu duduk di tepi tingkap, memerhatikan keadaan keliling sambil berangan-angan…Seorang anak raja sedang menunggang kuda lalu di hadapan mahligai Bibi Zainab…Bibi Zainab dan anak raja berpandangan lalu mereka tersenyum
iii. …mengaji al-Quran supaya dapat mententeramkan hati dan mendoakan suami selamat…Melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, bersukan, dan lain-lain…Membuat kerja-kerja kebajikan seperti berkhidmat di rumah orang tua-tua supaya tidak berasa sunyi
Posted by eranis at 11:33 PM 0 comments
Hikayat Khoja Maimun - Soalan 2
Soalan 2
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. “Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau!” Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya,”Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada martabat raja atau anak raja itu dengan tetapi dengan ikhtiar juga maka sempurna adanya. Baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikian adanya!”
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja)
i. Berikan maksud rangkai kata aku perlalaikan juga akan dikau. 2m
ii. Apakah helah yang dilakukan oleh burung Bayan agar dia tidak menerima nasib seperti burung tiung? 3m
iii. Sekiranya seorang rakan anda terjebak dalam kegiatan maksiat, apakah tindakan anda untuk menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut? 3m
SKEMA
i. …saya akan melekakan kamu
ii. …menyuruh isteri Khoja Maimun segera menemui anak raja…berjanji akan menyimpan rahsia pertemuan isteri Khoja Maimun dengan anak raja daripada pengetahuan Khoja Maimun…mempengaruhi isteri Khoja Maimun dengan mengumpamakan dirinya seperti kisah seekor bayah yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar.
iii. menasihatinya supaya tidak melakukan kesalahan tersebut lagi…mengajaknya untuk melakukan perkara lain yang berfaedah…membawanya bertemu dengan guru atau kaunselor untuk memberikan nasihat kepadanya…memberitahu kesalahannya kepada keluarganya.
Posted by eranis at 11:30 PM 0 comments
Tuesday, November 30, 2010
Prosa:Hikayat Khoja Maimun-Soalan 1
Soalan 1
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah Bayah mendengar kata Khoja Maimun itu lalu ia pun fikir seketika di dalam hatinya. “Jikalau tiada kuturutkan kehendaknya kalau-kalau aku diperbuatnya seperti Tiung itu! Jikalau demikian, baiklah kusuruhkan ia pergi tetapi insya-Allah Taala perempuan ini aku perlalaikan juga akan dikau!” Setelah sudah ia berfikir itu maka ujarnya,”Hai Siti yang mulia yang amat elok paras, jikalau demikian baiklah tuan segera mendapatkan anak raja itu, kerana tuan sudah berjanji dengan dia, supaya jangan kedapatan kata kepada anak raja itu kelaknya! Tuan pun sangat bebal oleh bertanya kepada Tiung itu daripada sebab dia pun ingin juga, bagaimanapun adalah dengkinya juga akan tuannya, baiknya belum terlanjur fikirnya pekerjaan tuan. Jikalau sudah, ialah esok yang memberitahu kepada tuan yang laki-laki! Adapun akan bahagian hamba ini haraplah tuan yang kejahatan sekalipun pekerjaan tuan, insya-Allah Taala di atas hamba membaikkan dia. Jikalau datang pun tuan yang laki-laki tiada mengapa. Baiklah tuan segera pergi! Kalau-kalau sudah tiba anak raja itu menanti tuan daripada hamba pun sangat hendak berbual, murkalah ia dengan tuan kelaknya. Apakah yang dicari oleh manusia di dalam dunia ini melainkan martabat, kekayaan, harta dan kejayaan? Tiada adalah yang lebih baik kepada martabat raja atau anak raja itu dengan tetapi dengan ikhtiar juga maka sempurna adanya. Baiklah tuan segera pergi mendapatkan anak raja itu tetapi dengan ikhtiar juga. Akan hamba ini adalah seperti hikayat cetera seekor Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Demikian adanya!”
Maka kata isteri Khoja Maimun, “Hai Bayan, bagaimanakah hikayatnya? Kamu ceterakanlah kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar itu?” Maka kata Bayan “Mengapa maka tuan hendak mendengar Hikayat Bayan itu? Tidak sabar anak raja itu menanti tuan? Baiklah tuan segera pergi dahulu. Insya-Allah Taala, esok harilah hamba bercetera.” Maka kata Bibi Zainab,”Jikalau ada kasihmu akan aku, berceteralah engkau dahulu kepada aku sekarang sebelum aku pergi ini.” Kepada hati Bayan,”Jika demikian insya-Allah Taala dapatlah perempuan ini aku perlalaikan dia.”
((Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Khoja Maimun” dalam antologi Harga Remaja, hlm. 75-76)
i. Berikan maksud aku perlalaikan juga akan dikau. 1m
ii. Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah caranya burung Bayan itu melalaikan isteri Khoja Maimun? 3m
iii. Pada pendapat anda, wajarkah Bayan melalaikan isteri Khoja Maimun? Berikan empat alasan anda. 4m
SKEMA
i. …aku menyebabkan isteri Khoja Maimun melupakan hajatnya untuk pergi berjumpa dengan anak raja
ii. …dengan memuji kemuliaan hati dan keelokan rupa paras isteri Khoja Maimun …melahirkan kebimbangannya jika anak raja itu marah atas kelewatan isteri Khoja Maimun menemuinya…menceritakan kisah burung Bayan yang telah dicabut bulunya oleh isteri saudagar.
iii. wajar…kerana perempuan itu ialah isteri Khoja Maimun…mengelakkan isteri Khoja Maimun melakukan perkara yang tidak baik dengan lelaki lain…menyelamatkan rumah tangga Khoja Maimun ….berlaku curang kepada suami adalah dosa besar
Posted by eranis at 10:12 PM 0 comments
Prosa: Hikayat Indera Nata-Soalan 16
SOALAN 16
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Maka ia pun terlalulah amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas tapak gajah itu dan tiada beberapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itu dan tuan puteri ketujuh orang ada di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itu pun sangatlah amarahnya. Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteri ketujuh itu serta dengan tempik soraknya.
Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
Maka Betara Gangga pun terpandanglah kepada Indera Nata. Maka Betara Gangga pun menyuruhkan lembur dan naga akan menyeberangkan Indera Nata seraya katanya,”Hai lembur dan naga, segeralah olehmu pergi mendapatkan cucuku Indera Nata itu kerana ia diusir oleh raksasa dua laki isteri dan bunuh olehmu akan raksasa itu!” Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Betara Gangga itu seraya mendapatkan Indera Nata. Maka dilihat oleh Indera Nata lembur dan naga itu maka katanya, “Hai lembur dan naga, sahaja engkau datang menolong kepada aku, seberangkanlah aku ini sekalian!”
Maka sembur lembur dan naga itu katanya, “Ya Tuanku Indera Nata, segeralah tarik tali gajah itu naiklah duduk di belakang kedua ini serta dengan gajah itu sekalian!”
Maka Indera Nata pun segeralah menarik tali gajah itu lalu dibawanya naik ke atas lembur dan naga itu pun menyeberangkanlah. Setelah sampai ia di seberang maka raksasa itu pun datanglah ke tepi laut. Maka tangannya disorongkan ke laut serta datang pertengahan laut itu maka lembur dan naga itu pun segeralah menarik tangan raksasa itu dua laki isteri dibawanya ke dalam laut. Hatta maka raksasa pun lemahlah dan ia pun matilah kedua laki isteri.
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja,)
i. Siapakah yang paling berkuasa seperti yang digambarkan dalam petikan di atas? 2m
ii. Nyatakan dua peristiwa luar biasa dalam petikan di atas. 2m
iii. Pada pendapat anda, wajarkah raksasa dibunuh? Berikan empat alasan anda. 4m
SKEMA:
i. Betara Gangga…memerintahkan agar raksasa dibunuh
ii. …kemunculan lembur(ular sakti) dan naga untuk menolong Indera Nata…Indera Nata dan puteri-puteri serta gajah menaiki belakang makhluk-makhluk itu…perbuatan lembur dan naga menarik kedua-dua raksasa ke dalam laut lalu raksasa terbunuh
iii. wajar…raksasa merupakan ancaman kepada tujuh orang puteri dan Indera Nata…raksasa ingin menjadikan puteri-puteri tersebut sebagai makanannya
Posted by eranis at 5:12 PM 0 comments
Monday, November 29, 2010
Prosa: Hikayat Indera Nata-Soalan 15
SOALAN 15
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Maka mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya mendengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.
Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya,”Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mahu makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!”
Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya,”Hai anakku Indera Nata, betapalah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”
Maka Indera Nata pun berceterakan hal ehwalnya daripada permulaannya datang kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis mendengar cetera anaknya itu serta katanya,”Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah bonda ini tuan!”
Maka Indera Nata pun terlalu kasihan mendengar bondanya itu. Sebermula maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun bercintakan ayah bondanya. Seketika maka ia pun menangis pula bersama-sama dengan bonda Indera Nata itu. Setelah sampailah kepada tengah malam tiadalah beroleh tidur. Adapun tangisnya itu dua perkara suatu sebab bertemu dengan anakanda Indera Nata dan kedua tangisnya itu sebab bercerai dengan ayahandanya. Setelah itu maka hari pun sianglah, maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun berdiamlah ia bersama-sama dengan Tuan Puteri Cenderawati.
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 67- 68)
i. Apakah maksud rangkai kata hiduplah rasa hatiku? 1m
ii. Mengapakah Tuan Puteri Cenderawati terlalu sukacita melihat Indera Nata? 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah perasaan kasih sayang amat penting dalam kehidupan? 4m
SKEMA
i. …perasaan riang gembira muncul semula setelah lama bermuram
ii. …kerana sudah terlalu lama baginda tidak bertemu dengan anaknya Indera Nata…baginda hilang selera hendak makan dan minum serta tidak dapat melelapkan mata…rindu baginda terhadap Indera Nata terubat apabila anaknya itu pulang ke istana.
iii. …kasih sayang memberikan kebahagiaan dalam kehidupan…ibu dan anak hidup dalam suasana penuh kasih sayang…kehidupan mereka dirasakan amat bermakna, tidak berasa kosong atau hampa…kasih sayang antara suami dengan isteri dapat mengukuhkan institusi keluarga
Posted by eranis at 7:50 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Indera Nata-Soalan 14
SOALAN 14
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma,”Hai kakanda, adapun nama hamba ini Puteri Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak Raja Peringgi!
Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikianlah hal adinda sekalian ini.”
Maka kata Indera Nata,”Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?”
Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kekanda.” Maka oleh Indera nata pun terlalu suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas rasanya serta ia berpantun:
“Rakit-rakit dari Inderagiri, Menyeberang hendak ke Pulau Jawa; Jikalau tuan puteri suka menyerah diri, Nanti esok kakanda bawa.”
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 61-62)
i. Berikan maksud rangkai kata betapakah fikir adinda sekarang ini? 2m
ii. Nyatakan tiga kesulitan yang sedang dihadapi oleh ketujuh-tujuh orang puteri itu. 3m
iii. Pada pendapat anda, wajarkah Indera Nata membantu membebaskan puteri-puteri itu? Berikan tiga alasan anda. 3m
SKEMA
i. …apakah rancangan adinda sekarang/ apakah yang endak dilakukan sekarang ini
ii. …terpisah daripada ibu bapa masing-masing kerana diculik raksasa…dipelihara raksasa…akan dimakan raksasa apabila sudah besar
iii. wajar…raksasa ialah makhluk yang jahat…puteri-puteri itu akan mati dimakan raksasa…puteri-puteri itu sanggup memperhambakan diri kepada Indera Nata
Posted by eranis at 4:09 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Indera Nata-Soalan 13
SOALAN 13
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Hatta maka hari pun petanglah. Maka raksasa itu pun tidurlah ia dua laki isteri. Apabila hampirlah siang maka ia pun pergilah keduanya ke dalam hutan mencari gajah bergadingkan emas kesana ke mari tiada juga diperolehnya.
Maka dengan takdir Allah bertemulah ia dengan seorang raja namanya Raja Rom ia pun pergi berburu dengan segala menteri dan hulubalang dan rakyat sekalian.
Syahadan adapun raja itu naik gajah bergadingkan emas. Setelah dilihat oleh raksasa itu pun terlalu sukacitanya. Maka sekalian rakyat itu pun habislah dimakannya, seorang pun tiada tinggal lagi. Maka gajah itu pun diambilnya lalu dibawanya pulang.
Setelah itu maka raksasa itu pun kembalilah ke mahligai tuan puteri itu.
Maka kata tuan puteri,”Hai nenekku, sebenarnya kasih nenekku akan kami sekalian ini dan lagi jika ada kasih nenekku akan kami ini carikanlah kami kijang putih bertanduk emas serta kain yang hitam ini nenekku sucikan sampai putih! Jikalau belum lagi putih janganlah nenekku kembali.”
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 64-65)
i. Berikan maksud rangkai kata seorang pun tiada tinggal lagi. 2m
ii. Apakah muslihat tuan puteri untuk menyelamatkan diri daripada dimakan oleh raksasa. 3m
iii. Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh oleh orang yang bijak menggunakan akal fikirannya? 3m
SKEMA
i. …tidak ada sesiapa yang terselamat
ii. …meminta raksasa mencari kijang putih bertanduk emas untuk mereka…meminta raksasa membasuh kain hitam sehingga menjadi putih…selagi kain hitam itu tidak menjadi putih, raksasa tidak dibenarkan pulang
iii. …mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya…dapat menyelamatkan nyawa pada waktu kecemasan…dapat membuat muslihat untuk mengelirukan musuh
Posted by eranis at 3:29 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Indera Nata-Soalan 12
SOALAN 12
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Sebermula maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu. Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar habislah dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun marahlah tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam itu. Mulalah habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih.
Maka kata suaminya, “Hai isteriku, jika demikian marilah kita kembali dahulu!”
Maka ia pun kembalilah lalulah berjalan. Setelah sampai ke rumahnya maka dilihatnya kepada mahligai itu gajah itu tiada lagi.
Maka katanya, “Ke mana gerangan gajah ini hilangnya?” Maka lalu dilihatnya tuan puteri sekalian itu tiadalah.
Maka katanya,”Bukankah aku kata manusia ada di dalam mahligai ini. Jika demikian sahaja dicurinya akan tuan puteri itu sekalian.”
Maka ia pun terlalulah amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas tapak gajah itu dan tiada berapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itu dan tuan puteri ketujuh orang ada di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itu pun sangatlah amarahnya. Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteri ketujuh itu serta dengan tempik soraknya.
Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah maksud rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih . 2m
ii. Mengapakah raksasa itu menjadi sangat marah? 3m
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menangani perasaan marah dalam diri kita? 3m
SKEMA
i. …kain itu carik, namun masih lagi hitam
ii. …gagal mencari kijang putih…gajahnya sudah hilang…tuan puteri juga sudah tiada…melihat tuan puteri ketujuh orang berada di atas gajah
iii. …banyak bersabar… cuba mententeramkan diri…berfikiran secara rasional..ingat akan Tuhan
Posted by eranis at 7:11 AM 0 comments
Prosa:Hikayat Indera Nata- Soalan 11
SOALAN 11
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Hatta maka beberapa lamanya ia berjalan sampailah ia ke negeri Rom itu lalu masuklah ia ke dalam rumah bondanya Si batu Kembar itu.Setelah dilihat oleh Si Batu Kembar anaknya datang itu terlalulah sukacitanya lalu dipeluknya dan diciumnya itu.
Syahadan maka baginda pun bertanya,”Hai Indera Jenaka, manatah Si piatu itu sekarang ini?”
Maka sembah Indera Jenaka itu, “Ya tuanku. adapun Si Piatu itu bukankah anak namanya benar dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalian mergastua yang di dalam hutan menyebut namanya Indera Nata. Arakian maka adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang. Maka hamba pun berlalu sekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka hamba pun terlalu takut melihat kelakuannya itu.”
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
i. Apakah maksud rangkai kata dibawa oleh lembur kehendaknya? 2m
ii. Nyatakan tiga kelebihan yang ada pada Si Piatu seperti yang diceritakan oleh Indera Jenaka. 3m
iii. Sekiranya anda ialah raja,apakah tindakan yang mungkin anda ambil untuk menyambut kedatangan Indera Nata? Berikan tiga cadangan. 3m
SKEMA
i. …sejenis ular sakti membawa Indera Nata/Si Piatu dengan berpandukan arahannya
ii. …sekalian mergastua menyebut namanya Indera Nata…menyeberang lautan dibawa oleh lembur…mergastua yang buas tidak memberi bahaya akan dirinya…berkata-kata dengan binatang seperti berkata dengan manusia
iii. …meraikan Indera Nata seperti seorang raja…memberikan anugerah tertinggi negara kepada baginda…memberikan jawatan penting dalam negeri kepada baginda
Posted by eranis at 3:02 AM 0 comments
Sunday, November 28, 2010
Prosa:Hikayat Indera Nata-Soalan 10
SOALAN 10
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Maka Indera Nata pun amat takut, katanya, “Hai tuan puteri, betapa bicara kakanda ini, kalau didapatinya kakanda ini oleh raksasa itu?”
Maka oleh tuan puteri akan Indera nata itu ditaruhnya di dalam peti emas. Setelah sudah maka raksasa itu pun datanglah dua laki isteri. Setelah sampai maka ia pun mencium bau manusia.
Maka katanya,”Hai cucuku, di manakah bau manusia ini? Adakah manusia di dalam mahligai ini?”
Maka kata Tuan Puteri Cendera Kesuma,”Hai nenekku, tiadalah pernah manusia sampai ke mari! Melainkan kami ini juga manusia. Jikalau nenekku hendak makan kami ini, makanlah ketujuh orang ini.”
Maka kata raksasa itu,”Hai cucuku, sudahkah besar hatimu itu?”
Maka kata Tuan Puteri,”Hai nenekku,lagi sangat kecil hati kami ini, jikalau nenekku hendak segera membesarkan hati kami, carikanlah gajah yang bergadingkan emas supaya hati kami lekas besar!”
Sebermula maka fikir raksasa itu; benarlah seperti kata tuan puteri itu seperti katanya,”Hai cucuku, esok harilah aku pergi mencari kehendakmu itu!”
Hatta maka hari pun petanglah. Maka raksasa itu pun tidurlah ia dua laki isteri. Apabila hampirlah siang maka ia pun pergilah keduanya ke dalam hutan mencari gajah bergadingkan emas ke sana ke mari tiada juga diperolehnya.
(Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja,hal. 64 )
i. Huraikan maksud kata-kata dalam perenggan pertama petikan ini. 2m
ii. Huraikan bukti kebijaksanaan Puteri Indera Kesuma. 3m
iii. Pada pendapat anda, mengapakah raksasa ingin makan ketujuh-tujuh orang puteri itu? 3m
SKEMA
i. …Kebimbangan Indera Nata tentang kehadirannya di mahligai itu. Dia bimbang kehadirannya diketahui oleh raksasa.
ii. …menyembunyikan Indera Nata di dalam peti emas bagi mengelak daripada diketahui raksasa…Bijak membuat helah apabila raksasa bertanya tentang bau manusia…Dia menyuruh raksasa mencari gajah yang bergading emas untuk membesarkan hati semua puteri yang ada di situ sedangkan perkara itu mustahil berlaku.
iii. …kerana manusia merupakan makanannya…Menunjukkan kehebatan kepada raksasa-raksasa lain…Menunjukkan kekuasaannya
Posted by eranis at 5:13 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Indera Nata-Soalan 9
SOALAN 9
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Maka ia pun segeralah pergi mendapatkan rumah itu serta sampai maka ia pun melihat beberapa pakaian yang keemasan. Setelah itu maka ia pun melihat pula pada sebelah rumah itu, ada sebuah mahligai terlalu tingginya dan terlalu amat indah-indah perhiasannya itu.
Maka Indera Nata pun segera naik ke atas mahligai itu, serta sampai maka ia melihat tuan puteri tujuh orang. Maka Indera Nata pun hairan melihat kekayaan Tuhan seru alam sekalian.
Sebermula maka sekalian puteri itu pun terlalu suka hatinya melihat seorang laki-laki datang itu dan terlalu elok parasnya.
Maka kata tuan puteri ketujuhnya itu, “Hai orang muda, siapakah nama tuan hamba ini dan betapa pekerjaan tuan hamba datang ke mari ini kerana pada tempat ini tiada pernah manusia datang ke mari atau jin atau syaitan tiada berani ke mari kerana takut ia dimakan oleh raksasa!”
Maka kata Indera Nata, “Hai tuan puteri sekalian, adapun nama hamba ini Indera Nata anak Raja Rom, kerana hamba datang ke mari ini disuruh oleh Raja Rom mencari gajah bergadingkan emas lagipun kakanda bertanya kepada adinda siapakah nama tuan puteri ini sekalian dan anak siapa tuan dan apakah pekerjaan tuan diam di sini?”
Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma,”Hai kakanda, adapun nama hamba ini Puteri Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak Raja Peringgi!
Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah dan demikianlah hal adinda sekalian ini.”
Maka kata Indera Nata,”Hai adinda sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?”
Maka kata tuan puteri yang ketujuh itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba menyerahkan diri sekalian akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah adinda sekalian perhambakan diri kepada kekanda.”
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 61-62)
i. Apakah maksud betapakah fikir ? 2m
ii. Gambarkan keadaan di rumah yang dilihat oleh Indera Nata. 3m
iii. Pada pendapat anda, apakah tujuan Raja Rom menitahkan Indera Nata mencari gajah bergading emas? 3m
SKEMA
i. …apakah pendapat
ii. Indera Nata melihat beberapa helai pakaian yang keemasan di rumah tersebut…Terdapat sebuah mahligai yang sangat tinggi dan indah perhiasannya di sebelah rumah itu.
iii. …kerana baginda hendak menggunakan gajah bergading emas itu sebagai kenderaan rasmi baginda ketika melawat rakyat jelata…Gajah itu juga boleh digunakan sebagai kenderaan sewaktu berburu kerana gajah itu pasti mempunyai kesaktian yang luar biasa…Gajah itu juga dapat dijadikan sebagai lambang kemegahan dan kedaulatan kerajaannya kerana sangat sukar untuk mendapatkan gajah tersebut.
Posted by eranis at 5:10 PM 0 comments
Prosa:Hikayat Indera Nata-Soalan 8
SOALAN 8
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.
Maka mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya mendengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.
Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya,”Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mahu makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!”
Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya,”Hai anakku Indera Nata, betapalah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”
Maka Indera Nata pun berceterakan hal ehwalnya daripada permulaannya datang kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis mendengar cetera anaknya itu serta katanya,”Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah bonda ini tuan!”
(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” Wahynah Abd. Ghani, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 67)
i. Apakah maksud terlalu sukacita melihat ? 2m
ii. Tuan Puteri Cenderahati amat mengasihi anaknya, Indera Nata. Berikan tiga contoh membuktikan Tuan Puteri Cenderahati mengasihi anaknya. 3m
iii. Pada pendapat anda. mengapakah sepanjang Indera Nata tiada, ibunya tidak mahu makan, minum, dan tidur? Berikan tiga alasan anda. 3m
SKEMA
i. …amat gembira apabila dapat berjumpa
ii. …dia amat gembira apabila melihat Indera Nata pulang lalu memeluk dan mencium anaknya…Dikatakan sepanjang Indera Nata tiada, dia tidak mahu makan, minum, dan tidur….Malah dia menangis apabila mendengar cerita anaknya.
iii. …kerana dia bimbang terjadi apa-apa kepada Indera Nata…dia tahu anaknya tidak pandai membawa diri apabila di rantau orang sebab selama ini puteranya itu tinggal di istana sahaja…dia menyesali anaknya sanggup meninggalkannya walaupun anaknya itu pergi atas arahan Raja Rom.
Posted by eranis at 5:07 PM 0 comments