BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 30, 2009

Latihan peribahasa

A. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
i. Emak selalu berpesan, kita patut menolong orang, tetapi ada hadnya, dan kita pula jangan sekali-kali berbuat jahat.

ii. Dia amat gembira kerana hasil perniagaannya kali ini meningkat berlipat kali ganda.

iii. Jika kita berbuat kebaikan, kita akan mendapat balasan yang baik juga.

B. Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai.
i. Orang yang berkuasa atau berwang dapat melakukan apa-apa sahaja yang diingini,umpama

ii. Jika ilmu belum penuh di dada,jangan berangan-angan hendak menjadi panglima, seperti kata pepatah

iii. Anak Tuan Guru Haji Lokman itu ke mana sahaja dia pergi, akan disayangi orang kerana dia pandai membawa diri, seperti kata pepatah

Pilihan jawapan

Pilihan jawapan :
1. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri
= orang lemah tidak dapat melawan orang berkuasa
2. Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
= semua perbuatan ada balasannya
3. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
= kalau baik, di mana-mana berada tetap baik
4. Bagai bulan jatuh ke riba
= mendapat untung yang banyak
5. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
= buat baik biar sederhana, dan jangan sekali-kali berbuat jahat
6. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
= kalau tidak cukup syarat, jangan dibuat apa yang tidak terdaya

Jawapan

A. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
i. Emak selalu berpesan, kita patut menolong orang, tetapi ada hadnya, dan kita pula jangan sekali-kali berbuat jahat.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
ii. Dia amat gembira kerana hasil perniagaannya kali ini meningkat berlipat kali ganda.
Bagai bulan jatuh ke riba
iii. Jika kita berbuat kebaikan, kita akan mendapat balasan yang baik juga.
Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas

B. Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai.
i. Orang yang berkuasa atau berwang dapat melakukan apa-apa sahaja yang diingini,umpama
Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri
ii. Jika ilmu belum penuh di dada,jangan berangan-angan hendak menjadi panglima, seperti kata pepatah
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga
iii. Anak Tuan Guru Haji Lokman itu ke mana sahaja dia pergi, akan disayangi orang kerana dia pandai membawa diri, seperti kata pepatah
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

Tuesday, December 29, 2009

Latihan peribahasa

A. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
WILLIAM : Nasib baik kamu datang kalau kamu tak datang, tak tahulah nasib pasukan bola sepak kita. Mungkin teruk dibelasah pihak lawan.
HALIM : Bukan saya seorang yang penting. Semua pemain memainkan peranan.
WILLIAM: Kamu itu bukan sahaja pandai menggelecek, tetapi apabila berlari mengejar atau membawa bola, begitu laju. Pemain lain tak mampu kejar.
HALIM : Janganlah keterlaluan memuji saya. Bagi saya, jika kita mempunyai azam yang kuat untuk menang, kemudian kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti kejayaan akan menjadi milik kita.
WILLIAM: Berbual dengan kamu memang seronok. Nampaknya kali ini pasukan kita boleh menjadi juara.
Jawapan: a.
b.
c.
B. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan
i. Zakuan sedar, tidak berguna mencuri harta orang, lebih baik bekerja supaya apabila dia mati kelak, akan meninggalkan nama yang baik.

ii. Jika diperhatikan, tingkah laku Safuan tidak jauh bezanya dengan perangai ayahnya.

iii. Para perajurit itu sanggup mati demi mempertahankan tanah air daripada menyerah kalah.

Pilihan jawapan

Pilihan jawapan
1. Biar putih tulang jangan putih mata
= lebih baik mati daripada menanggung malu
2. Bagaimana acuan begitilah kuihnya
= sesuatu itu menurut asalnya/anak menurut bakanya
3. Tulang belakang
= punca kekuatan
4. Lipas kudung
= pantas
5. Daripada hidup bergelumang tahi, lebih baik bertimbun bunga
= biar mati tapi mulia, jangan hidup tapi hina
6. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
= kalau seseorang itu mempunyai cita-cita dia akan berusaha untuk mencapainya

Jawapan

A. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
WILLIAM : Nasib baik kamu datang kalau kamu tak datang, tak tahulah nasib pasukan bola sepak kita. Mungkin teruk dibelasah pihak lawan.
HALIM : Bukan saya seorang yang penting. Semua pemain memainkan peranan.
WILLIAM: Kamu itu bukan sahaja pandai menggelecek, tetapi apabila berlari mengejar atau membawa bola, begitu laju. Pemain lain tak mampu kejar.
HALIM : Janganlah keterlaluan memuji saya. Bagi saya, jika kita mempunyai azam yang kuat untuk menang, kemudian kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti kejayaan akan menjadi milik kita.
WILLIAM: Berbual dengan kamu memang seronok. Nampaknya kali ini pasukan kita boleh menjadi juara.
Jawapan:a. tulang belakang
b. lipas kudung
c. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan
i. Zakuan sedar, tidak berguna mencuri harta orang, lebih baik bekerja supaya apabila dia mati kelak, akan meninggalkan nama yang baik.
Daripada hidup bergelumang tahi, lebih baik mati bertimbun bunga
ii. Jika diperhatikan, tingkah laku Safuan tidak jauh bezanya dengan perangai ayahnya.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
iii. Para perajurit itu sanggup mati demi mempertahankan tanah air daripada menyerah kalah.
Biar putih tulang, jangan putih mata

Latihan peribahasa

A. Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai.
1. Budi baik Haji Deraman kepada penduduk kampung tidak mampu dibayar, kecuali sentiasa dikenang dan diingati, seperti kata pepatah,______________________________________
_________________________________________________________________________

2. Saya sangat-sangat ingin mengikuti rombongan ke Tokyo tetapi saya tidak sampai hati hendak meninggalkan emak yang sedang sakit, inilah yang dikatakan _______________________
________________________________________________________________________
3. Berapa berat kita melihat kesusahan yang ditanggung oleh mangsa gempa bumi itu, tentulah lebih berat lagi mereka yang menanggungnya sendiri kerana ______________________
_______________________________________________________________________
B. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.
Lukisan yang dihasilkan oleh Razman amat cantik. Memang dia seorang remaja yang __________________________________ dalam bidang seni. Dengan kebolehan yang dimiliki, Razman berani __________________________________ di Pasar Budaya, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ketika dia tiba di Kuala Lumpur, dia _________________________________________ terlalu kagum melihat keindahan bandar raya yang jauh berbeza dengan tempat kelahirannya di Kuala Pilah. Kini Razman telah menjadi seorang pelukis yang terkenal.
C. Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai
1. Walaupun akan memperoleh pendapatan yang lebih lumayan di Singapura, tetapi Chia lebih suka berkhidmat di negara sendiri, kerana baginya, ______________________________
_______________________________________________________
2. Apabila berada di udara, ahli-ahli payung terjun itu tahu bahawa diri mereka _________
__________________________________________________,silap sedikit sahaja akan membawa padah.
3. “Eloklah kita __________________________________________ sebab sebagai jiran tidak baik kita bermasam muka,” kata Fadli kepada jirannya, Ramli, lalu mereka berpelukan.

Pilihan jawapan

Pilihan jawapan :
1. Mengadu untung
= mengambil risiko
2. Bagai telur di hujung tanduk
= dalam keadaan bahaya
3. Ada bakat
= mempunyai kebolehan istimewa
4. Ditelan mati mak diluah mati bapa
= serba salah
5. Buang yang keruh ambil yang jernih
= buang yang jahat ambil yang baik/ mulakan kehidupan baharu
6. Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
= wang tidak dapat membayar budi
7. Seperti rusa masuk kampung
= tercengang-cengang kehairanan
8. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
= berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita itu
9. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
= walau bagaimana mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik

Jawapan

A. Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai.
1. Budi baik Haji Deraman kepada penduduk kampung tidak mampu dibayar, kecuali sentiasa dikenang dan diingati, seperti kata pepatah,hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati.

2. Saya sangat-sangat ingin mengikuti rombongan ke Tokyo tetapi saya tidak sampai hati hendak meninggalkan emak yang sedang sakit, inilah yang dikatakan ditelan mati emak, diluah mati bapa

3. Berapa berat kita melihat kesusahan yang ditanggung oleh mangsa gempa bumi itu, tentulah lebih berat lagi mereka yang menanggungnya sendiri kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

B. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian isi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.
Lukisan yang dihasilkan oleh Razman amat cantik. Memang dia seorang remaja yang _ ada bakat dalam bidang seni. Dengan kebolehan yang dimiliki, Razman berani mengadu untung di Pasar Budaya, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ketika dia tiba di Kuala Lumpur, dia seperti rusa masuk kampung terlalu kagum melihat keindahan bandar raya yang jauh berbeza dengan tempat kelahirannya di Kuala Pilah. Kini Razman telah menjadi seorang pelukis yang terkenal.
D. Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai
1. Walaupun akan memperoleh pendapatan yang lebih lumayan di Singapura, tetapi Chia lebih suka berkhidmat di negara sendiri, kerana baginya hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
2. Apabila berada di udara, ahli-ahli payung terjun itu tahu bahawa diri mereka ,silap bagai telur di hujung tanduk sedikit sahaja akan membawa padah.
3. “Eloklah kita buang yang keruh, ambil yang jernih, sebab sebagai jiran tidak baik kita bermasam muka,” kata Fadli kepada jirannya, Ramli, lalu mereka berpelukan

Latihan peribahasa

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Semenjak berpindah ke Taman Bunga Raya sebulan yang lalu, Husin berasa tidak seronok. Dia mendapati jiran-jirannya seolah-olah tidak mempedulikan sesama sendiri. Masing-masing membawa hal sendiri. Dia selalu termenung dan teringat akan rakan-rakan lamanya di Taman Saujana. Di sana, hubungan sesama jiran sangat rapat. Mereka saling membantu apabila ada kenduri kendara. Pada minggu lepas, Husin menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Penduduk yang membincangkan program gotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka.Namun begitu, dalam mesyuarat itu tiada kata muafakat yang dicapai. Masing-masing mahu menegakkan pendapat sendiri dan enggan menerima pandangan orang lain.

2. Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

a. Keadaan di daerah itu huru-hara sejak kedua-dua pemimpin itu bermusuhan. Masyarakat menderita kerana menghadapi pelbagai masalah.
b. “Berilah saya tempoh supaya dapat saya fikirkan perkara itu masak-masak sebelum membuat keputusan. Saya tidak mahu bertindak terburu-buru,” kata Arif.
c. Walaupun rata-rata penduduk Kampung Aman susah, mereka masih dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga Pak Saleh yang kehilangan harta benda dalam kebakaran itu.

Pilihan jawapan

PILIHAN JAWAPAN

1. Bagai tanduk diberkas
= sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikiran

2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
= suka duka sama-sama ditanggung

3. Seperti aur dengan tebing
= saling menolong

4. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna
=fikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu supaya jangan menyesal

5. Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
= tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan

6. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
= kalau raja-raja berselisih ,rakyat mendapat susah.

Jawapan

Jawapan

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Semenjak berpindah ke Taman Bunga Raya sebulan yang lalu, Husin berasa tidak seronok. Dia mendapati jiran-jirannya seolah-olah tidak mempedulikan sesama sendiri. Masing-masing membawa hal sendiri. Dia selalu termenung dan teringat akan rakan-rakan lamanya di Taman Saujana. Di sana, hubungan sesama jiran sangat rapat. Mereka saling membantu apabila ada kenduri kendara. Pada minggu lepas, Husin menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Penduduk yang membincangkan program gotong-royong membersihkan kawasan kediaman mereka.Namun begitu, dalam mesyuarat itu tiada kata muafakat yang dicapai. Masing-masing mahu menegakkan pendapat sendiri dan enggan menerima pandangan orang lain.

i. bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
ii. seperti aur dengan tebing
iii. bagai tanduk diberkas

2. Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

a. Keadaan di daerah itu huru-hara sejak kedua-dua pemimpin itu bermusuhan. Masyarakat menderita kerana menghadapi pelbagai masalah.
b. “Berilah saya tempoh supaya dapat saya fikirkan perkara itu masak-masak sebelum membuat keputusan. Saya tidak mahu bertindak terburu-buru,” kata Arif.
c. Walaupun rata-rata penduduk Kampung Aman susah, mereka masih dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga Pak Saleh yang kehilangan harta benda dalam kebakaran itu.

a. gajah sama gajah berjuang,pelanduk mati di tengah-tengah
b. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
c. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Sunday, December 27, 2009

Latihan peribahasa

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Fazira dan Alia berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka tidak pernah bergaduh. Mereka sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Fazira mengajar Alia yang lemah dalam Matematik. Sekiranya Fazira menghadapi masalah dalam mata pelajaran Geografi, Alia akan membantunya. Mereka saling membantu dan menghormati. Hubungan mereka sangat mesra. 6m

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Keluarga Halim sudah tiga kali berpindah. Maklum sajalah ayahnya, Encik Rahman bertugas sebagai pegawai polis. Beliau pernah bertugas di Pahang dan Sabah. Kini, beliau bertugas di Kedah. Pada tahun hadapan, beliau dijangka bertugas di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Walaupun begitu, keluarga Halim dapat menyesuaikan diri di tempat baru dengan mudah. Bagi mereka kehidupan begini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan pengalaman mereka. 6m

3.. Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

i. Majikan Lydia memintanya belajar menggunakan perisian komputer dengan Razlan, walhal dia telah memiliki sijil kemahiran komputer sejak sekolah lagi.
ii. Lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad memang enak didengar dan masih digemari ramai hingga hari ini.
iii. Joyah terpinga-pinga apabila melihat keindahan bangunan pencakar langit yang terdapat di Kuala Lumpur kerana itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di kota besar itu.

Pilihan jawapan

PILIHAN JAWAPAN

1. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
= sesuatu yang tetap utuh

2. Jauh berjalan luas pemandangan,lama hidup banyak dirasa
= banyak pengalaman

3. Seperti mengajar itik berenang
= mengajar pakar

4. Bagai dakwat dengan kertas
= tak pernah bercerai/sangat cocok

5. Terapung sama hanyut,terendam sama basah
= persahabatan yang setia/sehidup semati

6. Bagai rusa masuk kampung
= tercengang-cengang kehairanan

7. Bagai isi dengan kuku
= sangat rapat

8. Umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak ke bumi
= tidak tetap pada suatu tempat

9. Masuk ke dalam kandang kambing mengembik,masuk ke dalam kandang kerbau menguak
= menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Jawapan

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Fazira dan Alia berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka tidak pernah bergaduh. Mereka sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Fazira mengajar Alia yang lemah dalam Matematik. Sekiranya Fazira menghadapi masalah dalam mata pelajaran Geografi, Alia akan membantunya. Mereka saling membantu dan menghormati. Hubungan mereka sangat mesra. 6m

i. bagai dakwat dengan kertas
ii. bagai isi dengan kuku
iii. terapung sama hanyut, terendam sama basah

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Keluarga Halim sudah tiga kali berpindah. Maklum sajalah ayahnya, Encik Rahman bertugas sebagai pegawai polis. Beliau pernah bertugas di Pahang dan Sabah. Kini, beliau bertugas di Kedah. Pada tahun hadapan, beliau dijangka bertugas di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Walaupun begitu, keluarga Halim dapat menyesuaikan diri di tempat baru dengan mudah. Bagi mereka kehidupan begini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan pengalaman mereka. 6m

i. umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
ii. masuk ke dalam kandang kambing mengembik,masuk ke dalam kandang kerbau menguak
iii. jauh berjalan luas pemandangan, lama hidup banyak dirasa.

3.. Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

iv. Majikan Lydia memintanya belajar menggunakan perisian komputer dengan Razlan, walhal dia telah memiliki sijil kemahiran komputer sejak sekolah lagi.
v. Lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad memang enak didengar dan masih digemari ramai hingga hari ini.
vi. Joyah terpinga-pinga apabila melihat keindahan bangunan pencakar langit yang terdapat di Kuala Lumpur kerana itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di kota besar itu.

i. seperti mengajar itik berenang
ii. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
iii. bagai rusa masuk kampung

Latihan peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Pada mulanya, beliau menjalankan perusahaan keropok ikan secara kecil-kecilan. Pasarannya hanya di sekitar daerah Besut. Oleh sebab keropok ikannya itu mendapat permintaan yang baik, beliau ingin membesarkan perusahaannya dan meluaskan pasaran keropok ikannya. Oleh itu, beliau secara konsisten menyimpan sebahagian daripada pendapatannya untuk dijadikan modal tambahan. Setahun kemudian, beliau berjaya membesarkan perusahaannya dan menambah keluaran keropok ikannya. Pasaran keropok ikannya turut juga diperluas di pantai timur. Beliau masih belum puas akan kejayaan awal itu.lantas dua tahun kemudian, beliau memohon dan berjaya memperoleh pinjaman bank. Kali ini, pinjaman tersebut digunakan untuk mempelbagaikan keluaran keropoknya. Kini beliau telah berjaya menghasilkan keropok ikan, keropok udang, keropok ketam, dan keropok sotong. Pasaran keropoknya pula sudah menjangkau ke Singapura dan Brunei Darussalam. 6m

2. Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini.

a. “Pagi tadi saya lihat anak-anak Kak Siti bergaduh. Sekarang sudah berbaik-baik semula,” kata Puan Kam.
b. Dahulu saya tidak menghiraukan teguran dan nasihat yang diberikan. Kini setelah mengalami kegagalan, barulah saya menyedari kesilapan saya.
c. “Dia itu asyik menyalahkan orang lain saja. Kesalahan diri sendiri sedikit pun dia tak perasan,” kata Latifah.

3. Isikan peribahasa yang sesuai.

a. Pendatang tanpa izin yang berada di negara ini tidak boleh bertindak sesuka hati mereka kerana __________________________________________.
b. Perangai Degawan yang jahat itu sama seperti perangai ayahnya yang telah dipenjarakan beberapa tahun yang lalu bak kata orang __________________________________________
c. Amalan menabung sangat penting kerana jika kita __________________________________________ ,kita tidak akan mengalami kesusahan pada saat-saat yang mencemaskan.

PILIHAN JAWAPAN

1. Nasi sudah menjadi bubur
= sudah terlanjur,tak dapat diubah lagi

2. Sediakan payung sebelum hujan
= berjaga-jaga dahulu sebelum mendapat sesuatu bencana

3. Pengayuh sayang dibasahkan,sampan takkan sampai di seberang
= takkan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

4. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
= Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

5. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan
= angan-angan kosong

6. Air dicencang tiada putus
= hubungan keluarga tak dapat diputuskan

7. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
= anak menurut baka ibu bapanya

8. Jika tidak dipecahkan ruyung di mana boleh mendapat sagunya
= cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai

9. Kuman di seberang lautan Nampak,gajah dipelupuk mata tak Nampak
= mudah melihat salah orang, sukar melihat salah sendiri

Jawapan

Jawapan

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Pada mulanya, beliau menjalankan perusahaan keropok ikan secara kecil-kecilan. Pasarannya hanya di sekitar daerah Besut. Oleh sebab keropok ikannya itu mendapat permintaan yang baik, beliau ingin membesarkan perusahaannya dan meluaskan pasaran keropok ikannya. Oleh itu, beliau secara konsisten menyimpan sebahagian daripada pendapatannya untuk dijadikan modal tambahan. Setahun kemudian, beliau berjaya membesarkan perusahaannya dan menambah keluaran keropok ikannya. Pasaran keropok ikannya turut juga diperluas di pantai timur. Beliau masih belum puas akan kejayaan awal itu.lantas dua tahun kemudian, beliau memohon dan berjaya memperoleh pinjaman bank. Kali ini, pinjaman tersebut digunakan untuk mempelbagaikan keluaran keropoknya. Kini beliau telah berjaya menghasilkan keropok ikan, keropok udang, keropok ketam, dan keropok sotong. Pasaran keropoknya pula sudah menjangkau ke Singapura dan Brunei Darussalam. 6m

i. jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
ii. asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan
iii. pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai di seberang

2. Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini.

a. “Pagi tadi saya lihat anak-anak Kak Siti bergaduh. Sekarang sudah berbaik-baik semula,” kata Puan Kam.
b. Dahulu saya tidak menghiraukan teguran dan nasihat yang diberikan. Kini setelah mengalami kegagalan, barulah saya menyedari kesilapan saya.
c. “Dia itu asyik menyalahkan orang lain saja. Kesalahan diri sendiri sedikit pun dia tak perasan,” kata Latifah.

a. air dicencang tiada putus
b. nasi sudah menjadi bubur
c. kuman di seberang lautan nampak,gajah dipelupuk mata tak nampak

3. Isikan peribahasa yang sesuai.

a. Pendatang tanpa izin yang berada di negara ini tidak boleh bertindak sesuka hati mereka kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
b. Perangai Degawan yang jahat itu sama seperti perangai ayahnya yang telah dipenjarakan beberapa tahun yang lalu bak kata orang bagaimana acuan begitulah kuihnya.
c. Amalan menabung sangat penting kerana jika kita sediakan payung sebelum hujan ,kita tidak akan mengalami kesusahan pada saat-saat yang mencemaskan.

Saturday, December 26, 2009

Latihan peribahasa

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

a. Zainal tahu bahawa dia sering dipandang rendah dan dihina oleh penduduk kampung disebabkan hidupnya yang serba daif. Kadang kala, kata-kata hinaan yang dilontarkan oleh pemuda-pemuda yang nakal terhadapnya amat melukakan perasaannya. Namun, Zainal mencuba menghadapi segala cabaran tersebut dengan tenang. Dia tahu bahawa sebagai manusia, kesilapan memang tidak dapat dielakkan. Dalam hatinya, Zainal sentiasa memaafkan mereka.

b. Amar : Aku berasa amat malu.
Najwa : Bukankah sudah aku ingatkan, jangan ambil tahu tentang perselisihan antara Ameng dengan sepupunya itu. Nah, sekarang mereka sudah berbaik-baik semula! Sudahlah. Lupakan sahaja segala-galanya. Mari belanja aku makan. Bukankah engkau baru mendapat gaji?
Amar : Ah, bayarlah sendiri! Semalam, apabila aku minta engkau belanja makan di kantin, engkau buat selamba sahaja.
Najwa : Oh, balas dendam rupanya! Kedekut betul engkau. Nasi lemak harga satu ringgit pun engkau hendak berkira-kira.
Amar : Janganlah marah. Aku hanya bergurau. Bukankah kita bersahabat baik? Sudah bertahun-tahun kita berkawan. Kita selalu bersama-sama ke mana-mana sahaja. Setakat secawan kopi dan sebungkus nasi lemak, tidak menjadi masalah. Marilah kita pergi ke warung Pak Cik Seman.

Pilihan jawapan

PILIHAN JAWAPAN

1. Ada ubi ada batas
= semua perbuatan ada balasannya

2. Bumi mana yang tak ditimpa hujan
= semua orang pernah tersilap

3. Air dicencang tidak akan putus
= hubungan keluarga takkan dapat diputuskan

4. Melukut di tepi gantang
= tidak penting

5. Air sama air, sampah ke tepi jua
= kalau mencampuri perselisihan orang, bila mereka berbaik kita tersisih

6. Bagai dihiris dengan sembilu
= pedihnya rasa hati

7. Seperti isi dengan kuku
= sangat rapat

Jawapan

Jawapan:

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Zainal tahu bahawa dia sering dipandang rendah dan dihina oleh penduduk kampung disebabkan hidupnya yang serba daif. Kadang kala, kata-kata hinaan yang dilontarkan oleh pemuda-pemuda yang nakal terhadapnya amat melukakan perasaannya. Namun, Zainal mencuba menghadapi segala cabaran tersebut dengan tenang. Dia tahu bahawa sebagai manusia, kesilapan memang tidak dapat dielakkan. Dalam hatinya, Zainal sentiasa memaafkan mereka.

1. melukut di tepi gantang
2. bagai dihiris dengan sembilu
3. bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

b. Amar : Aku berasa amat malu.
Najwa : Bukankah sudah aku ingatkan, jangan ambil tahu tentang perselisihan antara Ameng dengan sepupunya itu. Nah, sekarang mereka sudah berbaik-baik semula! Sudahlah. Lupakan sahaja segala-galanya. Mari belanja aku makan. Bukankah engkau baru mendapat gaji?
Amar : Ah, bayarlah sendiri! Semalam, apabila aku minta engkau belanja makan di kantin, engkau buat selamba sahaja.
Najwa : Oh, balas dendam rupanya! Kedekut betul engkau. Nasi lemak harga satu ringgit pun engkau hendak berkira-kira.
Amar : Janganlah marah. Aku hanya bergurau. Bukankah kita bersahabat baik? Sudah bertahun-tahun kita berkawan. Kita selalu bersama-sama ke mana-mana sahaja. Setakat secawan kopi dan sebungkus nasi lemak, tidak menjadi masalah. Marilah kita pergi ke warung Pak Cik Seman.

1. air sama air, sampah ke tepi jua.
2. air dicencang tidak akan putus/carik-carik bulu ayam, akhirnya akan bercantum juga.
3. ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
4. seperti isi dengan kuku

Friday, December 25, 2009

Latihan Peribahasa

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

1. Roslan berasa serba salah untuk membuat keputusan tersebut kerana dia tidak mahu menyakiti hati mana-mana pihak._________________________

2. “Aku tidak menyangka bahawa orang yang aku harap-harapkan selama ini sanggup mengkhianatiku,” keluh Rozi._________________________

3. “Janganlah kamu membuang masa unruk menasihatinya kerana dia tidak akan mengikutinya,” jelas Kartika. ___________________________

Isi setiap tempat kosong dalam ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
1. Hidup mereka diibaratkan _______________________________ kerana pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk menampung hidup.

2. Kedengaran tangisan anak-anak kecil mangsa perang yang merayau ke sana ke mari tanpa arah tujuan seperti ________________________________ selepas kediaman mereka dibom oleh pihak musuh dan mengakibatkan ibu bapa mereka terkorban.

3. Hubungan mereka berdua ibarat ____________________________ kerana mereka akan sentiasa bersama walau di mana sahaja.

4. Izory merasakan bahawa tindakannya seperti _____________________ kerana Farhan langsung tidak tahu membalas budinya walaupun selama ini dia telah banyak menolongnya.

5. “Cubaan kamu untuk mengheretnya ke muka pengadilan bagaikan ________________________________ kerana beliau seorang yang berpengaruh di kawasan ini,” jelas Suhana kepada rakannya.

Pilihan jawapan

PILIHAN JAWAPAN

1. Isi dengan kuku
= sangat rapat

2. Anjing menyalak bukit takkan runtuh
= orang kecil melawan orang berkuasa

3. Ditelan mati emak, diluah mati bapa
= sukar hendak membuat sesuatu keputusan

4. Melepaskan anjing tersepit
= menolong orang yang tidak tahu berterima kasih

5. Harapkan pagar, pagar makan padi
= dikhianati orang yang dipercayai

6. Anak ayam kehilangan ibu
= kesusahan kerana bercerai dengan orang yang disayangi

7. Seperti mencurahkan air ke daun keladi
= tidak berkesan

8. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
= orang miskin yang harus bekerja setiap masa

Jawapan

Jawapan

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

1. Roslan berasa serba salah untuk membuat keputusan tersebut kerana dia tidak mahu menyakiti hati mana-mana pihak. Ditelan mati emak, diluah mati bapa

2. “Aku tidak menyangka bahawa orang yang aku harap-harapkan selama ini sanggup mengkhianatiku,” keluh Rozi. Harapkan pagar, pagar makan padi/ harapkan sokong, sokong membawa rebah.

3 “Janganlah kamu membuang masa unruk menasihatinya kerana dia tidak akan mengikutinya,” jelas Kartika. Seperti hujan jatuh ke pasir/ seperti mencurahkan air ke daun keladi

Isi setiap tempat kosong dalam ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
1. Hidup mereka diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk menampung hidup.

2. Kedengaran tangisan anak-anak kecil mangsa perang yang merayau ke sana ke mari tanpa arah tujuan seperti anak ayam kehilangan ibu selepas kediaman mereka dibom oleh pihak musuh dan mengakibatkan ibu bapa mereka terkorban.

3. Hubungan mereka berdua ibarat isi dengan kuku kerana mereka akan sentiasa bersama walau di mana sahaja.

4. Izory merasakan bahawa tindakannya seperti melepaskan anjing tersepit kerana Farhan langsung tidak tahu membalas budinya walaupun selama ini dia telah banyak menolongnya.

5. “Cubaan kamu untuk mengheretnya ke muka pengadilan bagaikan anjing menyalak bukit takkan runtuh kerana beliau seorang yang berpengaruh di kawasan ini,” jelas Suhana kepada rakannya.

latihan peribahasa

Baca dialog di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam dialog ini.

Ros : Apakah lagi yang tidak kena? Segala-galanya sudah kami lakukan. Kerja semuanya sudah kami siapkan. Mengapakah awak masih lagi merungut?

Yip : Tentulah saya merungut. Cuba lihat hasil kerja yang kalian buat. Hasilnya tidak memuaskan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Krish : kalau begitu, awak tolonglah kami membuatnya. Sekurang-kurangnya, kerja yang sukar ini dapat disiapkan dengan lebih cepat dan sempurna.

Yip : Baiklah, saya akan bantu.Saya harap, kalian berikan kerjasama yang sepenuhnya.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sebagai bahasa rasmi negara kita, bahasa Melayu hendaklah terus diperkasakan bukannya dilemahkan. Bahasa Melayu hendaklah dihormati bukannya diperlekeh oleh sesiapa pun, lebih-lebih lagi warganegara Malaysia sendiri. Ketahuilah bahawa bahasa Melayu ialah identiti atau jati diri kita yang harus kita pelihara kehormatan dan kedaulatannya. Ketahuilah bahawa bahasa Melayu ialah nadi bangsa Malaysia yang merdeka.

pilihan jawapan

PILIHAN JAWAPAN

1. Bahasa menunjukkan bangsa
= baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya.

2. Seperti aur dengan tebing
= saling menolong

3. Hilang bahasa lenyaplah bangsa
= apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang darjat diri

4. Rumah siap pahat berbunyi
= bersungut tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan

5. Melepas batuk di tangga
= bekerja tidak bersungguh-sungguh

6. Bahasa jiwa bangsa
= bangsa terkenal kerana mempunyai bahasa yang berdaulat.

jawapan

Jawapan

Baca dialog di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam dialog ini.

Ros : Apakah lagi yang tidak kena? Segala-galanya sudah kami lakukan. Kerja semuanya sudah kami siapkan. Mengapakah awak masih lagi merungut?

Yip : Tentulah saya merungut. Cuba lihat hasil kerja yang kalian buat. Hasilnya tidak memuaskan kerana tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Krish : kalau begitu, awak tolonglah kami membuatnya. Sekurang-kurangnya, kerja yang sukar ini dapat disiapkan dengan lebih cepat dan sempurna.

Yip : Baiklah, saya akan bantu.Saya harap, kalian berikan kerjasama yang sepenuhnya.

1. rumah siap pahat berbunyi
2. melepas batuk di tangga
3. seperti aur dengan tebing

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sebagai bahasa rasmi negara kita, bahasa Melayu hendaklah terus diperkasakan bukannya dilemahkan. Bahasa Melayu hendaklah dihormati bukannya diperlekeh oleh sesiapa pun, lebih-lebih lagi warganegara Malaysia sendiri. Ketahuilah bahawa bahasa Melayu ialah identiti atau jati diri kita yang harus kita pelihara kehormatan dan kedaulatannya. Ketahuilah bahawa bahasa Melayu ialah nadi bangsa Malaysia yang merdeka.

1. bahasa jiwa bangsa
2. bahasa menunjukkan bangsa
3. hilang bahasa lenyaplah bangsa

Tuesday, December 22, 2009

Latihan peribahasa

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud di bawah ini.

1. Orang yang telah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan dan berusaha untuk membetulkan kesalahannya itu.

2. Apabila berjanji maka janji itu hendaklah ditepati.

3. Seseorang itu hendaklah berbuat baik dan berjasa kepada masyarakat dan negara semasa masih hidup.

4. Berita atau perkhabaran itu dilebih-lebihkan daripada keadaannya yang sebenarnya.

5. Sesiapa yang hendak akan sesuatu maka ia hendaklah berusaha untuk mendapatkannya.

6. Seseorang itu tidak akan menyerah kalah sebelum berlawan.

Nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Dia hanya menyayangi isterinya saja tanpa langsung mempedulikan kedua-dua mentuanya.

2. Sekiranya kita baru menceburi sesuatu bidang pekerjaan, janganlah kita memperkecil kebolehan orang yang sudah lama berkecimpung dalam pekerjaan tersebut kerana mereka lebih berpengalaman daripada kita tentang selok-belok pekerjaan tersebut.

3. Pengemis itu hidup melarat dan tiada sesiapa pun yang mengambil berat tentang untung nasibnya.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.

Pilihan jawapan

PILIHAN JAWAPAN

1. bunga disunting perdu ditentang
= anak dijadikan isteri , ibu bapa dibenci

2. siapa menjala siapa terjun, siapa berhutang siapa membayar
= siapa yang ingin dialah berusaha

3. bagai tanduk diberkas
= susahnya menyatukan orang-orang yang berbeza pendapat

4. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
= bila salah mulakan sekali lagi

5. bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu
= hidup melarat

6. kalah jadi abu, menang jadi arang
= kalah rugi, menang pun rugi

7. kata biarlah dikotakan
= janji hendaklah ditepati

8. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
= pokok dihargai kerana hasilnya, manusia dihargai kerana jasanya

9. bersatu teguh bercerai roboh
= perpaduan penting dalam sesebuah masyarakat

10. kita baru mencapai pengayuh/pendayung, orang sudah sampai di seberang
= kalah pada orang yang lebih cekap

11. indah khabar dari rupa
= cerita lebih hebat daripda sebenar

12. pantang berundur sebelum berjuang
=tidak putus asa

Jawapan

JAWAPAN

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud di bawah ini.

1. Orang yang telah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan dan berusaha untuk membetulkan kesalahannya itu. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

2. Apabila berjanji maka janji itu hendaklah ditepati. Kata dikotakan

3. Seseorang itu hendaklah berbuat baik dan berjasa kepada masyarakat dan negara semasa masih hidup. Hidup kayu biar berbuah,hidup manusia biar berjasa

4. Berita atau perkhabaran itu dilebih-lebihkan daripada keadaannya yang sebenarnya. Indah khabar dari rupa

5. Sesiapa yang hendak akan sesuatu maka ia hendaklah berusaha untuk mendapatkannya. Siapa menjala siapa terjun, siapa berhutang siapa membayar

6. Seseorang itu tidak akan menyerah kalah sebelum berlawan. Pantang berundur sebelum berjuang

Nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Dia hanya menyayangi isterinya saja tanpa langsung mempedulikan kedua-dua mentuanya. Bunga disunting perdu ditentang

2. Sekiranya kita baru menceburi sesuatu bidang pekerjaan, janganlah kita memperkecil kebolehan orang yang sudah lama berkecimpung dalam pekerjaan tersebut kerana mereka lebih berpengalaman daripada kita tentang selok-belok pekerjaan tersebut.
Kita baru mencapai pengayuh/pendayung, orang sudah sampai di seberang

3. Pengemis itu hidup melarat dan tiada sesiapa punyang mengambil berat tentang untung nasibnya. Seperti kerakap tumbuh di batu,hidup segan mati tak mahu.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.
Bersatu teguh bercerai roboh
Bagai tanduk diberkas
Kalah jadi abu, menang jadi arang

latihan peribahasa

Lengkapkan peribahasa yang sesuai.

1. Orang yang bijaksana kerap mengambil iktibar daripada __________________sebagai panduan dalam hidupnya.

2. Dia masih dapat bersabar walaupun perasaannya ___________________________ apabila diberi malu dalam majlis itu.

3. Masyarakat kita masih berpegang pada adat yang dipusakai turun-temurun kerana pada mereka adatlah satu-satunya warisan yang _____________________________.

4. “Sebagai ________________________, kami tidak kisah sekiranya kami tidak diundang ke majlis tersebut,” kata ayah dengan nada yang penuh kesal.

5. Cikgu Kamil menegur pelajar-pelajarnya yang menggunakan ___________________
dalam karangan mereka.

6. “Kalau aku tahu dia seorang yang ____________________________ , tentu aku tidak memberitahunya rahsia itu,” jerit Vince.

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan..

1. Sejak kawasan perindustrian di Senawang itu dibuka, kawasan itu menjadi tumpuan para peniaga.
2. Kerja-kerja menenun songket memang sukar, tetapi jikalau dibuat dengan tekun dan sabar, pasti kerja-kerja menenun dianggap mudah.
3. “Saya berasa sangat sedih. Kamu pun tahu, sudah bertahun-tahun saya berusaha dan membesarkan perniagaan saya ini. Tetapi akhirnya jatuh dalam sekejap masa saja kerana ditipu oleh rakan kongsi saya,” kata Encik Abdullah.

pilihan jawapan

PILIHAN JAWAPAN

1. ada gula ada semut
= di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul

2. bocor mulut
= suka membuka rahsia

3. lidah pendeta
= kata-kata hikmat

4. naik seperti semut, turun seperti rebut
= hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tapi hendak jatuh mudah sekali

5. seperti dihiris sembilu
= sangat sedih

6. alah biasa tegal biasa
= apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori

7. bahasa pasar
= bahasa komunikasi lisan

8. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
= sesuatu yang tetap utuh/ adat yang tidak berubah

9. anak seluang
= orang kecil

latihan peribahasa

JAWAPAN

Lengkapkan peribahasa yang sesuai.

1. Orang yang bijaksana kerap mengambil iktibar daripada lidah pendeta sebagai panduan dalam hidupnya.

2. Dia masih dapat bersabar walaupun perasaannya seperti dihiris sembilu apabila diberi malu dalam majlis itu.

3. Masyarakat kita masih berpegang pada adat yang dipusakai turun-temurun kerana pada mereka adatlah satu-satunya warisan yang tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.

4. “Sebagai anak seluang , kami tidak kisah sekiranya kami tidak diundang ke majlis tersebut,” kata ayah dengan nada yang penuh kesal.

5. Cikgu Kamil menegur pelajar-pelajarnya yang menggunakan bahasa pasar dalam karangan mereka.

6. “Kalau aku tahu dia seorang yang bocor mulut , tentu aku tidak memberitahunya rahsia itu,” jerit Vince.

Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan..

1. Sejak kawasan perindustrian di Senawang itu dibuka, kawasan itu menjadi tumpuan para peniaga.
2. Kerja-kerja menenun songket memang sukar, tetapi jikalau dibuat dengan tekun dan sabar, pasti kerja-kerja menenun dianggap mudah.
3. “Saya berasa sangat sedih. Kamu pun tahu, sudah bertahun-tahun saya berusaha dan membesarkan perniagaan saya ini. Tetapi akhirnya jatuh dalam sekejap masa saja kerana ditipu oleh rakan kongsi saya,” kata Encik Abdullah.

1. ada gula ada semut
2. alah bisa tegal biasa
3. naik seperti semut, turun seperti ribut

Monday, December 21, 2009

Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam petikan.

1. Fenomena yang berlaku di sekeliling seseorang itu akan mempengaruhi tingkah lakunya. Seseorang yang suka bergaul dengan kawan-kawan yang degil akan terikut-ikut dengan amalan teman-temannya dan sukar mendengar nasihat. Oleh sebab itu,sudah sewajarnyalah seseorang itu bijak memilih kawan agar dia tidak mendapat nama buruk yang berpunca daripada amalan negatif yang dilakukan oleh salah seorang daripada temannya. 6m

2. Rusdi : Kita mesti merebut peluang dalam bidang perniagaan sekarang.
Zakiah : Benarlah kata awak itu, kita tidak patut melihat sahaja kejayaan orang
lain, sedangkan kita tidak berbuat apa-apa.
Rusdi : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Lagipun kita mesti peka akan
perubahan yang berlaku di sekeliling kita.
Zakiah : Kalau tidak bertindak pantas, kita juga yang rugi. Orang lain mendapat
keuntungan, kita masih mahu tidak berubah.
Rusdi : Jika hendak berniaga, libatkanlah diri sepenuh masa; jangan jadi
seperti sesetengah orang diperalat orang lain untuk kepentingan
tertentu dalam perniagaan.
Zakiah : Rugilah kalau seseorang hanya bertindak seperti yang awak katakan
itu.

3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Zahid diberhentikan kerja oleh majikannya kerana syarikat tempat dia bekerja mengambil langkah mengurangkan kakitangan. Kini nasib Zahid ________________.
Sebagai akibatnya, terpaksalah Zahid mencari kerja baru untuk menampung kehidupannya dan keluarganya. Tindakannya itu tidak dapat dielakkan lagi kerana _____________________. Walaupun pada masa ini, dia cuma ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai, tetapi dia tetap menerimanya kerana pada pendapatnya, tidak salah menerima pekerjaan itu sementara mendapat tawaran kerja yang lebih baik; bak kata orang _________________________. 6m

PILIHAN JAWAPAN

1. sepuluh jong masuk anjing bercawat ekor juga
= tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan

2. tiada rotan akar berguna
= kalau tiada yang baik maka yang kurang baik pun boleh juga

3. berpeluk tubuh
= malas

4. bagaimana acuan begitulah kuihnya
= sesuatu itu menurut asalnya

5. seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit
= seorang yang membuat salah, semuanya terbawa-bawa

6. silih berganti bagai ombak di tepi pantai
= kehidupan yang tiada tetap

7. menjadi landasan
= asas untuk meningkat

8. bagai mencurah air ke daun keladi
= sukar mendengar kata

9. siapa menjala siapa terjun
sesiapa yang hendak sesuatu haruslah berusaha

a. bagaimana acuan begitulah kuihnya
b. pipit pekak makan berhujam
c. seekor kerbau membawa Lumpur semuanya terpalit/kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

itu. 6m

a. berpeluk tubuh
b. sepuluh jong masuk anjing bercawat ekor juga
c. menjadi landasan/menjadi perkakas.

3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Zahid diberhentikan kerja oleh majikannya kerana syarikat tempat dia bekerja mengambil langkah mengurangkan kakitangan. Kini nasib Zahid silih berganti bagai ombak di tepi pantai.Sebagai akibatnya, terpaksalah Zahid mencari kerja baru untuk menampung kehidupannya dan keluarganya. Tindakannya itu tidak dapat dielakkan lagi kerana siapa menjala siapa terjun. Walaupun pada masa ini, dia cuma ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai, tetapi dia tetap menerimanya kerana pada pendapatnya, tidak salah menerima pekerjaan itu sementara mendapat tawaran kerja yang lebih baik; bak kata orang tiada rotan akar berguna. 6m

Wednesday, November 11, 2009

Monday, November 9, 2009

latihan peribahasa

1. Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.

Salah satu amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral ialah perbuatan melaga-lagakan orang agar bergaduh atau bersengketa. Manusia jenis ini pula selalunya berpura-pura tidak tahu akan kesan daripada perbuatannya itu. Oleh sebab itu, untuk menghindari perbuatan terkutuk itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat dan berhati-hati atas semua tindakan yang kita lakukan semoga kita tidak mudah terlanjur.

2. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan bagi setiap ayat tersebut kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang diberikan.

a. Shelan tinggal bersama-sama dengan neneknya yang sudah tua sejak ayah dan ibunya bercerai. Hidup Shelan tidak menentu kerana neneknya yang sudah tua tidak berupaya menjaganya dengan baik. Kadang-kadang Shelan menumpang makan dan tidur di rumah kawan-kawannya.

b. Nasuha bukan sahaja gadis yang berbudi bahasa dan rajin, malah dia pandai menjaga maruah diri. Perwatakan Nasuha itu saling tidak tumpah seperti perwatakan arwah ibunya, Hajah Maimunah.

c. Seng Kong gemar menceritakan keburukan ibu bapa serta adik-beradiknya kepada orang lain. Dia seolah-olah mendapat kepuasan dengan menceritakan keburukan tersebut. Namun begitu, akhirnya dia sendiri yang mendapat malu kerana dipersendakan atas perbuatan buruk kaum keluarganya itu.

3. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam setiap ayat tersebut.

Berseri-seri benar wajah Salamah yang bakal menjadi pengantin hari ini. Senyuman sentiasa terukir pada wajahnya apabila kenalan rapat memuji-muji kecantikannya setelah dihias oleh mak andam. Tatkala dia dan pasangannya bersanding, para tamu berbisik-bisik mengatakan mereka merupakan pasangan suami isteri yang secocok. Yang lebih penting mereka berdoa agar mereka bahagia hingga akhir hayat. Malangnya, enam bulan selepas itu, Salamah berasa bahawa kasih sayang suaminya semakin berkurang. Khabarnya, suaminya sudah ada kekasih baru. Remuh-redam perasaan Salamah mengenangkan nasib malang yang menimpanya.

4. Lengkapkan peribahasa yang sesuai.

a. Melalui pembacaan majalah dan surat khabar kita banyak memperoleh ilmu dan akan terhindarlah daripada menjadi ______________________________________

b. Semua anggota kelab itu mengamalkan semangat ______________________________________
agar projek itu dilaksanakan dengan lancar.

c. Hasrat kedua-dua rakan kongsi itu untuk membesarkan perniagaan perabot mereka ______________________________________________ kerana permohonan pinjaman mereka tidak diluluskan oleh pihak bank.

PILIHAN JAWAPAN

1. bagai layang-layang putus tali
= daya upaya sudah tiada lagi / tinggal berserah kepada nasib

2. raja sehari
= pengantin

3. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
= suka duka sama-sama ditanggung

4. adu domba
= menyebabkan kedua-dua belah pihak bergaduh

5. bagaimana acuan begitulah kuihnya
= anak mengikut baka keluarga

6. bagai kaca terhempas ke batu
= sangat kecewa

7. seperti katak di bawah tempurung
= pengetahuan yang terlalu sedikit

8. lempar batu sembunyi tangan
= merahsiakan perbuatan jahat

9. seperti membuka pekung di dada
= mendedahkan keburukan diri sendiri

10. umpama hendak menepung tiada berberas
= buat kerja tidak cukup syarat

11. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
= hendaklah selalu beringat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan

12. bagai pinang dibelah dua
= sama cantik sama padan

JAWAPAN

1. Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.

Salah satu amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral ialah perbuatan melaga-lagakan orang agar bergaduh atau bersengketa. Manusia jenis ini pula selalunya berpura-pura tidak tahu akan kesan daripada perbuatannya itu. Oleh sebab itu, untuk menghindari perbuatan terkutuk itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat dan berhati-hati atas semua tindakan yang kita lakukan semoga kita tidak mudah terlanjur.

Adu domba
lempar batu sembunyi tangan
berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah

2. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan bagi setiap ayat tersebut kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang diberikan.

Shelan tinggal bersama-sama dengan neneknya yang sudah tua sejak ayah dan ibunya bercerai. Hidup Shelan tidak menentu kerana neneknya yang sudah tua tidak berupaya menjaganya dengan baik. Kadang-kadang Shelan menumpang makan dan tidur di rumah kawan-kawannya.
Bagai layang-layang putus tali

Nasuha bukan sahaja gadis yang berbudi bahasa dan rajin, malah dia pandai menjaga maruah diri. Perwatakan Nasuha itu saling tidak tumpah seperti perwatakan arwah ibunya, Hajah Maimunah.
Bagaimana acuan begitu kuihnya

Seng Kong gemar menceritakan keburukan ibu bapa serta adik-beradiknya kepada orang lain. Dia seolah-olah mendapat kepuasan dengan menceritakan keburukan tersebut. Namun begitu, akhirnya dia sendiri yang mendapat malu kerana dipersendakan atas perbuatan buruk kaum keluarganya itu.
Seperti membuka pekung di dada

3. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam setiap ayat tersebut.

Berseri-seri benar wajah Salamah yang bakal menjadi pengantin hari ini. Senyuman sentiasa terukir pada wajahnya apabila kenalan rapat memuji-muji kecantikannya setelah dihias oleh mak andam. Tatkala dia dan pasangannya bersanding, para tamu berbisik-bisik mengatakan mereka merupakan pasangan suami isteri yang secocok. Yang lebih penting mereka berdoa agar mereka bahagia hingga akhir hayat. Malangnya, enam bulan selepas itu, Salamah berasa bahawa kasih sayang suaminya semakin berkurang. Khabarnya, suaminya sudah ada kekasih baru. Remuh-redam perasaan Salamah mengenangkan nasib malang yang menimpanya.
Raja sehari
Bagai pinang dibelah dua
Bagai kaca terhempas ke batu

4 Lengkapkan peribahasa yang sesuai.

a. Melalui pembacaan majalah dan surat khabar kita banyak memperoleh ilmu dan akan terhindarlah daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung
b. Semua anggota kelab itu mengamalkan semangat berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
agar projek itu dilaksanakan dengan lancar.
c. Hasrat kedua-dua rakan kongsi itu untuk membesarkan perniagaan perabot mereka umpama hendak menepung tiada berberas kerana permohonan pinjaman mereka tidak diluluskan oleh

Saturday, November 7, 2009

1. Baca di ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.

Mak Lijah tinggal seorang diri di rumah usang itu. Sejak kematian suaminya, lima orang anak yang disayanginya tidak pernah pulang ke kampung. Mereka lebih suka tinggal di Bandar. Mak Lijah begitu sedih dengan keadaan itu. Tidak ada sesiapa lagi yang dapat Mak Lijah harapkan untuk menemani hidupnya seharian. Setiap hari, Mak Lijah termenung di atas tangga mengenangkan nasibnya yang malang. Namun , jauh di sudut hati Mak Lijah, dia berharap agar anak-anaknya sedar akan asal-usul mereka. Mereka sebenarnya berasal daripada keluarga yang miskin tetapi diasuh dengan penuh kasih sayang.

2. Nyatakan peribahasa di bawah:

a. Seseorang yang gemar mempermainkan wanita.

b. Fikiran yang tidak matang atau singkat

c. Orang yang disayangi atau dicintai

d. Seseorang yang berpura-pura malu/malu tapi mahu

e. Pengantin yang sedang bersanding

f. Tidak menonjokan kelebihan diri

g. Tidak tahu arah yang hendak dituju

h. Sama cantik dan sama padan

i. Tidak tahu cara menggunakan sesuatu barang

j. Kebingungan di tempat baru

k. Tidak rela menyerah kalah

l. Buang yang buruk ambil yang baik

m. Keadaan yang baik atau tenang jangan disangka tidak berbahaya

n. Seseorang yang licik melakukan kejahatan akhirnya akan kecundang juga

o. Tidak mahu berusaha akan kesusahan/ malas menuntut ilmu akan ketinggalan

PILIHAN JAWAPAN

1. buang yang keruh ambil yang jernih

2. malas bertanya sesat jalan

3. seperti pinang dibelah dua

4. jantung hati

5. air tenang jangan disangka tiada buaya

6. sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan

7. raja sehari

8. sebatang kara

9. bagai kacang lupakan kulit

10. seperti rusa masuk kapung

11. pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

12. sudah jatuh ditimpa tangga

13. biar putih tulang, jangan putih mata

14. diam-diam ubi

15. fikiran sempit

16. bagai kera mendapat bunga

17. bagai layang-layang putus tali

18. buaya darat

19. malu-malu kucing

JAWAPAN

1. Baca di ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.

Mak Lijah tinggal seorang diri di rumah usang itu. Sejak kematian suaminya, lima orang anak yang disayanginya tidak pernah pulang ke kampung. Mereka lebih suka tinggal di Bandar. Mak Lijah begitu sedih dengan keadaan itu. Tidak ada sesiapa lagi yang dapat Mak Lijah harapkan untuk menemani hidupnya seharian. Setiap hari, Mak Lijah termenung di atas tangga mengenangkan nasibnya yang malang. Namun , jauh di sudut hati Mak Lijah, dia berharap agar anak-anaknya sedar akan asal-usul mereka. Mereka sebenarnya berasal daripada keluarga yang miskin tetapi diasuh dengan penuh kasih sayang.

a. sebatang kara
b. sudah jatuh ditimpa tangga
c. bagai kacang lupakan kulit
d. sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan

2. Nyatakan peribahasa di bawah:

Seseorang yang gemar mempermainkan wanita. (buaya darat)

Fikiran yang tidak matang atau singkat (fikiran sempit)

Orang yang disayangi atau dicintai. ( jantung hati)

Seseorang yang berpura-pura malu/malu tapi mahu (malu-malu kucing)

Pengantin yang sedang bersanding (raja sehari)

Tidak menonjokan kelebihan diri (diam-diam ubi)

Tidak tahu arah yang hendak dituju.(bagai layang-layang putus tali)

Sama cantik dan sama padan.(seperti pinang dibelah dua)

Tidak tahu cara menggunakan sesuatu barang (bagai kera mendapat bunga)

Kebingungan di tempat baru (seperti rusa masuk kampung)

Tidak rela menyerah kalah (biar putih tulang, jangan putih mata)

Buang yang buruk ambil yang baik (buang yang keruh ,ambil yang jernih)

Keadaan yang baik atau tenang jangan disangka tidak berbahaya (air tenang jangan disangka tiada buaya)

Seseorang yang licik melakukan kejahatan akhirnya akan kecundang juga (pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga)

Tidak mahu berusaha akan kesusahan/ malas menuntut ilmu akan ketinggalan (malas bertanya sesat jalan)

Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.

1. Ayah bekerja keras di bawah terik matahari setiap hari untuk mendapatkan rezeki halal bagi menyara hidup kami sekeluarga.

2. Encik Ramli telah dinaikkan pangkat dan menjadi salah seorang pegawai tinggi di syarikat berkenaan.

3. Faridah telah kecewa dengan Kamil yang telah menduakannya sehingga dia sanggup berhijrah ke bandar.

4. Rahim telah dapat menyesuaikan diri di kampung itu walaupun baru dua hari dia dan keluarganya berpindah ke situ.

5. Badul seorang yang malas berusaha sehingga dia tidak mendapat sebarang pekerjaan walaupun setelah dua tahun menamatkan pengajian.

6. Ramli masih ingin memohon untuk mengisi jawatan tersebut walaupun dia tidak mempunyai kelulusan yang setara seperti yang disyaratkan.

7. Kehidupan masyarakat di kampung itu menjadi tidak menentu setelah ketua kampung yang amat disayangi meninggal dunia.

8. Pak Hamid seorang yang daif dan berusaha mencari rezeki setiap hari agar anak isterinya tidak kelaparan.

9. Kamal bersikap sombong dan tidak mengenang jasa orang-orang yang pernah menolongnya selama ini.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah salah satu faktor penting sebagai pemangkin kejayaan wawasan negara. Kalau kita tidak bersatu padu, maka wawasan negara hanya sekadar impian yang tidak akan tercapai sampai bila-bila. Perpaduan merupakan asas kepada kekuatan politik kea rah pencapaian wawasan negara. Kuasa-kuasa besar yang dahulunya meramalkan kemerdekaan kita tidak akan berkekalan akhirnya terpaksa akur dengan kemajuan dan kejayaan kita pada hari ini. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai berasaskan semangat kerjasama dalam kalangan rakyat, pembahagian kuasa dan hasil yang sama rata dan bertolak ansur.

PILIHAN JAWAPAN

1. Seperti anak ayam kehilangan ibu
= rakyat yang kehilangan pemimpin

2. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
= menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

3. Angan-angan mat jenin
=impian yang mustahil dicapai

4. Membanting tulang
= bertungkus-lumus

5. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
= orang miskin yang harus bekerja setiap masa

6. Bagai aur dengan tebing
= saling membantu

7. Orang atasan
= orang berstatus tinggi

8. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
= banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi

9. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
= usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam hidupnya.

10. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
= kalau tidak cukup syarat, jangan dibuat apa yang tidak terdaya.

11. Bersatu teguh bercerai roboh
= perpaduan adalah amat penting bagi sesebuah masyarakat

12. Patah hati
= kecewa

13. Bagai melepaskan anjing tersepit
= menolong orang yang tiada tahu berterima kasih

JAWAPAN

Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.

1. Ayah bekerja keras di bawah terik matahari setiap hari untuk mendapatkan rezeki halal bagi menyara hidup kami sekeluarga. (membanting tulang)
2. Encik Ramli telah dinaikkan pangkat dan menjadi salah seorang pegawai tinggi di syarikat berkenaan. (orang atasan)
3. Faridah telah kecewa dengan Kamil yang telah menduakannya sehingga dia sanggup berhijrah ke bandar. (patah hati)
4. Rahim telah dapat menyesuaikan diri di kampung itu walaupun baru dua hari dia dan keluarganya berpindah ke situ. (masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak)
5. Badul seorang yang malas berusaha sehingga dia tidak mendapat sebarang pekerjaan walaupun setelah dua tahun menamatkan pengajian. (kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya)
6. Ramli masih ingin memohon untuk mengisi jawatan tersebut walaupun dia tidak mempunyai kelulusan yang setara seperti yang disyaratkan. (kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga)
7. Kehidupan masyarakat di kampung itu menjadi tidak menentu setelah ketua kampung yang amat disayangi meninggal dunia. (seperti anak ayam kehilangan ibu)
8. Pak Hamid seorang yang daif dan berusaha mencari rezeki setiap hari agar anak isterinya tidak kelaparan. (kais pagi makan pagi,kais petang makan petang)
9. Kamal bersikap sombong dan tidak mengenang jasa orang-orang yang pernah menolongnya selama ini. (bagai melepaskan anjing tersepit)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah salah satu faktor penting sebagai pemangkin kejayaan wawasan negara. Kalau kita tidak bersatu padu, maka wawasan negara hanya sekadar impian yang tidak akan tercapai sampai bila-bila. Perpaduan merupakan asas kepada kekuatan politik kea rah pencapaian wawasan negara. Kuasa-kuasa besar yang dahulunya meramalkan kemerdekaan kita tidak akan berkekalan akhirnya terpaksa akur dengan kemajuan dan kejayaan kita pada hari ini. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai berasaskan semangat kerjasama dalam kalangan rakyat, pembahagian kuasa dan hasil yang sama rata dan bertolak ansur.

1. angan-angan Mat Jenin
2. Bersatu teguh becerai roboh
3. Bagai aur dengan tebing
4. Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah

Lengkapkan peribahasa yang sesuai.

1. Pak Mat yang ____________________ itu tidak pernah mengikut nasihat ketua kampong dan penduduk lain.

2. Halim menjadi ____________________ setelah dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus di syarikat besar itu.

3. Orang yang _______________________ akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik dalam jangka masa yang singkat.

4. Ibu selalu membelikan saya ___________________ apabila dia ke luar negara atas urusan rasmi syarikatnya.

5. Encik Razak berhajat ingin __________________ dengan isterinya selepas dua tahun bercerai.

6. Azman ____________________________ semasa makan di rumah bakal mentuanya pada petang itu.

7. Fikirannya dan pendiriannya berubah mengikut masa dan kepentingan peribadinya ___________________________________.

8. Kehidupan masyarakat di kampung itu sangat akrab dan saling menolong ____________________________________.

9. Pengantin di atas pelamin itu, memang sama padan dan sama cantik ___________________________________.

10. Kita janganlah malas berusaha untuk mencapai kesenangan hidup kerana________________________________.

11. Ramli tidak ______________________________ apabila luahan hatinya terhadap Yati telah disambut dengan baik.

12. Kita digalakkan menabung walaupun dalam jumlah yang sedikit kerana __________________________________________.

PILIHAN JAWAPAN

1. Malu-malu kucing
= pura-pura malu

2. Bertepuk sebelah tangan
= cinta kasih yang datang hanya dari sebelah pihak sahaja

3. Orang atasan
= orang berstatus tinggi

4. Kepala batu
= degil

5. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
= sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga

6. Panjang akal
= bijaksana

7. Seperti cincin dengan permata
= jodoh yang sesuai

8. Balik kerak
= rujuk (berkahwin dengan isteri yang sudah diceraikan mengikut syarat-syarat tertentu)

9. Malu berkayuh perahu hanyut
= kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan

10. Tanda mata
= hadiah untuk kenangan

11. Bagai air di daun keladi
= tidak tetap pendirian

12. Bagai aur dengan tebing
= saling membantu

JAWAPAN

Lengkapkan peribahasa yang sesuai.

1. Pak Mat yang kepala batu itu tidak pernah mengikut nasihat ketua kampong dan penduduk lain.

2. Halim menjadi orang atasan setelah dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus di syarikat besar itu.

3. Orang yang panjang akal akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik dalam jangka masa yang singkat.

4. Ibu selalu membelikan saya tanda mata apabila dia ke luar negara atas urusan rasmi syarikatnya.

5. Encik Razak berhajat ingin balik kerak dengan isterinya selepas dua tahun bercerai.

6. Azman malu-malu kucing semasa makan di rumah bakal mentuanya pada petang itu.

7 Fikirannya dan pendiriannya berubah mengikut masa dan kepentingan peribadinya bagai air di daun keladi.

8. Kehidupan masyarakat di kampung itu sangat akrab dan saling menolong bagai aur dengan tebing.

9. Pengantin di atas pelamin itu, memang sama padan dan sama cantik seperti cincin dengan permata.

10. Kita janganlah malas berusaha untuk mencapai kesenangan hidup kerana malu berkayuh perahu hanyut.

11. Ramli tidak bertepuk sebelah tangan apabila luahan hatinya terhadap Yati telah disambut dengan baik.

12. Kita digalakkan menabung walaupun dalam jumlah yang sedikit kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

PERIBAHASA

Lengkapkan peribahasa yang sesuai.

1. Kes kemalangan itu sudah saya ___________________________ kerana pihak yang terlibat tidak mahu bertolak ansur menyelesaikannya di luar mahkamah.

2. Walaupun ada pihak yang mencabarnya untuk bertarung di dalam gelanggang tetapi pesilat itu berdiam diri sahaja, tindakannya itu seperti _______________________________________ kerana tidak mahu mengeruhkan suasana

3. Tindakannya menjual saham yang sedia ada untuk menyertai skim pyramid itu tidak ubah seperti kata orang ______________________________________.

Baca maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.

1. Bahasa kasar yang digunakan dalam percakapan atau tulisan dan menyakitkan hati apabila mendengar atau membacanya.

______________________________________________________________

2. Merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.

_____________________________________________________________

3. Dalam sesuatu pergaduhan, yang menang atau yang kalah kedua-dua pihak menanggung kerugian.

_____________________________________________________________

4. sia-sia sahaja memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

_____________________________________________________________

5. sekalipun terdapat pelbagai kelebihan di tempat orang tetapi lebih baik di tempat sendiri.

____________________________________________________________

6. orang yang ditimpa kesusahan berturut-turut.

____________________________________________________________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

Peranan belia sangat penting dalam pembangunan negara dan masyarakat. Mereka menjadi tonggak dan harapan rakyat. Oleh sebab itu, semua pihak mahu belia memikul tanggungjawab mereka tanpa banyak alasan dan hanya memikirkan satu perkara saja di fikiran mereka, iaitu bekerja keras. Jika golongan belia tidak dapat menunaikan amanah tersebut, kita tidak dapat menggambarkan kekecewaan seluruh rakyat yang menggantungkan harapan yang begitu tinggi kepada mereka.

PILIHAN JAWAPAN

1. seperti kaca terhempas ke batu
= hati yang hancur kerana duka cita

2. yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
= keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula

3. bawa ke tengah
= bawa ke pengadilan / mendedahkan rahsia

4. seperti harimau menyembunyikan kuku
= orang yang menyembunyikan kelebihannya

5. mandi peluh
= bekerja dengan bertungkus lumus

6. tulang belakang
= punca kekuatan

7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri
= walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik

8. sudah jatuh ditimpa tangga
= berturut-turut mendapat kesusahan

9. bahasa kesat
= cacian

10. jauh hati
= tersinggung

11. seperti menembak gunung, menggarami laut
= menolong orang yang tidak perlu ditolong

12. kalah jadi abu,menang jadi arang
= kalah rugi menang pun rugi

Friday, November 6, 2009

PERIBAHASA(Jawapan)
Lengkapkan peribahasa yang sesuai.

1. Kes kemalangan itu sudah saya bawa ke tengah kerana pihak yang terlibat tidak mahu bertolak ansur menyelesaikannya di luar mahkamah.

2. Walaupun ada pihak yang mencabarnya untuk bertarung di dalam gelanggang tetapi pesilat itu berdiam diri sahaja, tindakannya itu seperti harimau menyembunyikan kuku kerana tidak mahu mengeruhkan suasana

3. Tindakannya menjual saham yang sedia ada untuk menyertai skim pyramid itu tidak ubah seperti kata orang yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

Baca maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.

4. Bahasa kasar yang digunakan dalam percakapan atau tulisan dan menyakitkan hati apabila mendengar atau membacanya.
Bahasa kesat

5. Merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
Jauh hati

6. Dalam sesuatu pergaduhan, yang menang atau yang kalah kedua-dua pihak menanggung kerugian.
Kalah jadi abu, menang jadi arang

7. sia-sia sahaja memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya.
seperti menembak gunung,menggarami laut

8. sekalipun terdapat pelbagai kelebihan di tempat orang tetapi lebih baik di tempat sendiri.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

9. orang yang ditimpa kesusahan berturut-turut.
Sudah jatuh ditimpa tangga

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

Peranan belia sangat penting dalam pembangunan negara dan masyarakat. Mereka menjadi tonggak dan harapan rakyat. Oleh sebab itu, semua pihak mahu belia memikul tanggungjawab mereka tanpa banyak alasan dan hanya memikirkan satu perkara saja di fikiran mereka, iaitu bekerja keras. Jika golongan belia tidak dapat menunaikan amanah tersebut, kita tidak dapat menggambarkan kekecewaan seluruh rakyat yang menggantungkan harapan yang begitu tinggi kepada mereka.

1. tulang belakang
2. mandi peluh
3. seperti kaca terhempas ke batu