BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 22, 2009

Latihan peribahasa

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud di bawah ini.

1. Orang yang telah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan dan berusaha untuk membetulkan kesalahannya itu.

2. Apabila berjanji maka janji itu hendaklah ditepati.

3. Seseorang itu hendaklah berbuat baik dan berjasa kepada masyarakat dan negara semasa masih hidup.

4. Berita atau perkhabaran itu dilebih-lebihkan daripada keadaannya yang sebenarnya.

5. Sesiapa yang hendak akan sesuatu maka ia hendaklah berusaha untuk mendapatkannya.

6. Seseorang itu tidak akan menyerah kalah sebelum berlawan.

Nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Dia hanya menyayangi isterinya saja tanpa langsung mempedulikan kedua-dua mentuanya.

2. Sekiranya kita baru menceburi sesuatu bidang pekerjaan, janganlah kita memperkecil kebolehan orang yang sudah lama berkecimpung dalam pekerjaan tersebut kerana mereka lebih berpengalaman daripada kita tentang selok-belok pekerjaan tersebut.

3. Pengemis itu hidup melarat dan tiada sesiapa pun yang mengambil berat tentang untung nasibnya.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam petikan ini.

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.

0 comments: