BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 25, 2009

Jawapan

Jawapan

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

1. Roslan berasa serba salah untuk membuat keputusan tersebut kerana dia tidak mahu menyakiti hati mana-mana pihak. Ditelan mati emak, diluah mati bapa

2. “Aku tidak menyangka bahawa orang yang aku harap-harapkan selama ini sanggup mengkhianatiku,” keluh Rozi. Harapkan pagar, pagar makan padi/ harapkan sokong, sokong membawa rebah.

3 “Janganlah kamu membuang masa unruk menasihatinya kerana dia tidak akan mengikutinya,” jelas Kartika. Seperti hujan jatuh ke pasir/ seperti mencurahkan air ke daun keladi

Isi setiap tempat kosong dalam ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
1. Hidup mereka diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang kerana pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk menampung hidup.

2. Kedengaran tangisan anak-anak kecil mangsa perang yang merayau ke sana ke mari tanpa arah tujuan seperti anak ayam kehilangan ibu selepas kediaman mereka dibom oleh pihak musuh dan mengakibatkan ibu bapa mereka terkorban.

3. Hubungan mereka berdua ibarat isi dengan kuku kerana mereka akan sentiasa bersama walau di mana sahaja.


4. Izory merasakan bahawa tindakannya seperti melepaskan anjing tersepit kerana Farhan langsung tidak tahu membalas budinya walaupun selama ini dia telah banyak menolongnya.

5. “Cubaan kamu untuk mengheretnya ke muka pengadilan bagaikan anjing menyalak bukit takkan runtuh kerana beliau seorang yang berpengaruh di kawasan ini,” jelas Suhana kepada rakannya.

0 comments: