BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 27, 2009

Jawapan

Jawapan

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Pada mulanya, beliau menjalankan perusahaan keropok ikan secara kecil-kecilan. Pasarannya hanya di sekitar daerah Besut. Oleh sebab keropok ikannya itu mendapat permintaan yang baik, beliau ingin membesarkan perusahaannya dan meluaskan pasaran keropok ikannya. Oleh itu, beliau secara konsisten menyimpan sebahagian daripada pendapatannya untuk dijadikan modal tambahan. Setahun kemudian, beliau berjaya membesarkan perusahaannya dan menambah keluaran keropok ikannya. Pasaran keropok ikannya turut juga diperluas di pantai timur. Beliau masih belum puas akan kejayaan awal itu.lantas dua tahun kemudian, beliau memohon dan berjaya memperoleh pinjaman bank. Kali ini, pinjaman tersebut digunakan untuk mempelbagaikan keluaran keropoknya. Kini beliau telah berjaya menghasilkan keropok ikan, keropok udang, keropok ketam, dan keropok sotong. Pasaran keropoknya pula sudah menjangkau ke Singapura dan Brunei Darussalam. 6m

i. jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
ii. asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan
iii. pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai di seberang

2. Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini.

a. “Pagi tadi saya lihat anak-anak Kak Siti bergaduh. Sekarang sudah berbaik-baik semula,” kata Puan Kam.
b. Dahulu saya tidak menghiraukan teguran dan nasihat yang diberikan. Kini setelah mengalami kegagalan, barulah saya menyedari kesilapan saya.
c. “Dia itu asyik menyalahkan orang lain saja. Kesalahan diri sendiri sedikit pun dia tak perasan,” kata Latifah.

a. air dicencang tiada putus
b. nasi sudah menjadi bubur
c. kuman di seberang lautan nampak,gajah dipelupuk mata tak nampak

3. Isikan peribahasa yang sesuai.

a. Pendatang tanpa izin yang berada di negara ini tidak boleh bertindak sesuka hati mereka kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
b. Perangai Degawan yang jahat itu sama seperti perangai ayahnya yang telah dipenjarakan beberapa tahun yang lalu bak kata orang bagaimana acuan begitulah kuihnya.
c. Amalan menabung sangat penting kerana jika kita sediakan payung sebelum hujan ,kita tidak akan mengalami kesusahan pada saat-saat yang mencemaskan.

0 comments: