BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 27, 2009

Jawapan

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Fazira dan Alia berkawan baik sejak kecil lagi. Mereka tidak pernah bergaduh. Mereka sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama. Fazira mengajar Alia yang lemah dalam Matematik. Sekiranya Fazira menghadapi masalah dalam mata pelajaran Geografi, Alia akan membantunya. Mereka saling membantu dan menghormati. Hubungan mereka sangat mesra. 6m

i. bagai dakwat dengan kertas
ii. bagai isi dengan kuku
iii. terapung sama hanyut, terendam sama basah


2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

Keluarga Halim sudah tiga kali berpindah. Maklum sajalah ayahnya, Encik Rahman bertugas sebagai pegawai polis. Beliau pernah bertugas di Pahang dan Sabah. Kini, beliau bertugas di Kedah. Pada tahun hadapan, beliau dijangka bertugas di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Walaupun begitu, keluarga Halim dapat menyesuaikan diri di tempat baru dengan mudah. Bagi mereka kehidupan begini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan pengalaman mereka. 6m

i. umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
ii. masuk ke dalam kandang kambing mengembik,masuk ke dalam kandang kerbau menguak
iii. jauh berjalan luas pemandangan, lama hidup banyak dirasa.

3.. Baca ayat di bawah dengan teliti. Kemudian, kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

iv. Majikan Lydia memintanya belajar menggunakan perisian komputer dengan Razlan, walhal dia telah memiliki sijil kemahiran komputer sejak sekolah lagi.
v. Lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad memang enak didengar dan masih digemari ramai hingga hari ini.
vi. Joyah terpinga-pinga apabila melihat keindahan bangunan pencakar langit yang terdapat di Kuala Lumpur kerana itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di kota besar itu.

i. seperti mengajar itik berenang
ii. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
iii. bagai rusa masuk kampung

0 comments: