JAWAPAN
1. Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.
Salah satu amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral ialah perbuatan melaga-lagakan orang agar bergaduh atau bersengketa. Manusia jenis ini pula selalunya berpura-pura tidak tahu akan kesan daripada perbuatannya itu. Oleh sebab itu, untuk menghindari perbuatan terkutuk itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat dan berhati-hati atas semua tindakan yang kita lakukan semoga kita tidak mudah terlanjur.
Adu domba
lempar batu sembunyi tangan
berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
2. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan bagi setiap ayat tersebut kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang diberikan.
Shelan tinggal bersama-sama dengan neneknya yang sudah tua sejak ayah dan ibunya bercerai. Hidup Shelan tidak menentu kerana neneknya yang sudah tua tidak berupaya menjaganya dengan baik. Kadang-kadang Shelan menumpang makan dan tidur di rumah kawan-kawannya.
Bagai layang-layang putus tali
Nasuha bukan sahaja gadis yang berbudi bahasa dan rajin, malah dia pandai menjaga maruah diri. Perwatakan Nasuha itu saling tidak tumpah seperti perwatakan arwah ibunya, Hajah Maimunah.
Bagaimana acuan begitu kuihnya
Seng Kong gemar menceritakan keburukan ibu bapa serta adik-beradiknya kepada orang lain. Dia seolah-olah mendapat kepuasan dengan menceritakan keburukan tersebut. Namun begitu, akhirnya dia sendiri yang mendapat malu kerana dipersendakan atas perbuatan buruk kaum keluarganya itu.
Seperti membuka pekung di dada
3. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam setiap ayat tersebut.
Berseri-seri benar wajah Salamah yang bakal menjadi pengantin hari ini. Senyuman sentiasa terukir pada wajahnya apabila kenalan rapat memuji-muji kecantikannya setelah dihias oleh mak andam. Tatkala dia dan pasangannya bersanding, para tamu berbisik-bisik mengatakan mereka merupakan pasangan suami isteri yang secocok. Yang lebih penting mereka berdoa agar mereka bahagia hingga akhir hayat. Malangnya, enam bulan selepas itu, Salamah berasa bahawa kasih sayang suaminya semakin berkurang. Khabarnya, suaminya sudah ada kekasih baru. Remuh-redam perasaan Salamah mengenangkan nasib malang yang menimpanya.
Raja sehari
Bagai pinang dibelah dua
Bagai kaca terhempas ke batu
4 Lengkapkan peribahasa yang sesuai.
a. Melalui pembacaan majalah dan surat khabar kita banyak memperoleh ilmu dan akan terhindarlah daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung
b. Semua anggota kelab itu mengamalkan semangat berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
agar projek itu dilaksanakan dengan lancar.
c. Hasrat kedua-dua rakan kongsi itu untuk membesarkan perniagaan perabot mereka umpama hendak menepung tiada berberas kerana permohonan pinjaman mereka tidak diluluskan oleh
Monday, November 9, 2009
Posted by eranis at 6:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment