Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam petikan.
1. Fenomena yang berlaku di sekeliling seseorang itu akan mempengaruhi tingkah lakunya. Seseorang yang suka bergaul dengan kawan-kawan yang degil akan terikut-ikut dengan amalan teman-temannya dan sukar mendengar nasihat. Oleh sebab itu,sudah sewajarnyalah seseorang itu bijak memilih kawan agar dia tidak mendapat nama buruk yang berpunca daripada amalan negatif yang dilakukan oleh salah seorang daripada temannya. 6m
2. Rusdi : Kita mesti merebut peluang dalam bidang perniagaan sekarang.
Zakiah : Benarlah kata awak itu, kita tidak patut melihat sahaja kejayaan orang
lain, sedangkan kita tidak berbuat apa-apa.
Rusdi : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Lagipun kita mesti peka akan
perubahan yang berlaku di sekeliling kita.
Zakiah : Kalau tidak bertindak pantas, kita juga yang rugi. Orang lain mendapat
keuntungan, kita masih mahu tidak berubah.
Rusdi : Jika hendak berniaga, libatkanlah diri sepenuh masa; jangan jadi
seperti sesetengah orang diperalat orang lain untuk kepentingan
tertentu dalam perniagaan.
Zakiah : Rugilah kalau seseorang hanya bertindak seperti yang awak katakan
itu.
3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Zahid diberhentikan kerja oleh majikannya kerana syarikat tempat dia bekerja mengambil langkah mengurangkan kakitangan. Kini nasib Zahid ________________.
Sebagai akibatnya, terpaksalah Zahid mencari kerja baru untuk menampung kehidupannya dan keluarganya. Tindakannya itu tidak dapat dielakkan lagi kerana _____________________. Walaupun pada masa ini, dia cuma ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai, tetapi dia tetap menerimanya kerana pada pendapatnya, tidak salah menerima pekerjaan itu sementara mendapat tawaran kerja yang lebih baik; bak kata orang _________________________. 6m
Wednesday, November 11, 2009
Posted by eranis at 5:55 AM 0 comments
PILIHAN JAWAPAN
1. sepuluh jong masuk anjing bercawat ekor juga
= tidak mengendahkan perubahan dan kemajuan
2. tiada rotan akar berguna
= kalau tiada yang baik maka yang kurang baik pun boleh juga
3. berpeluk tubuh
= malas
4. bagaimana acuan begitulah kuihnya
= sesuatu itu menurut asalnya
5. seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit
= seorang yang membuat salah, semuanya terbawa-bawa
6. silih berganti bagai ombak di tepi pantai
= kehidupan yang tiada tetap
7. menjadi landasan
= asas untuk meningkat
8. bagai mencurah air ke daun keladi
= sukar mendengar kata
9. siapa menjala siapa terjun
sesiapa yang hendak sesuatu haruslah berusaha
Posted by eranis at 5:54 AM 0 comments
1. Fenomena yang berlaku di sekeliling seseorang itu akan mempengaruhi tingkah lakunya. Seseorang yang suka bergaul dengan kawan-kawan yang degil akan terikut-ikut dengan amalan teman-temannya dan sukar mendengar nasihat. Oleh sebab itu,sudah sewajarnyalah seseorang itu bijak memilih kawan agar dia tidak mendapat nama buruk yang berpunca daripada amalan negatif yang dilakukan oleh salah seorang daripada temannya. 6m
a. bagaimana acuan begitulah kuihnya
b. pipit pekak makan berhujam
c. seekor kerbau membawa Lumpur semuanya terpalit/kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
2. Rusdi : Kita mesti merebut peluang dalam bidang perniagaan sekarang.
Zakiah : Benarlah kata awak itu, kita tidak patut melihat sahaja kejayaan orang
lain, sedangkan kita tidak berbuat apa-apa.
Rusdi : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Lagipun kita mesti peka akan
perubahan yang berlaku di sekeliling kita.
Zakiah : Kalau tidak bertindak pantas, kita juga yang rugi. Orang lain mendapat
keuntungan, kita masih mahu tidak berubah.
Rusdi : Jika hendak berniaga, libatkanlah diri sepenuh masa; jangan jadi
seperti sesetengah orang diperalat orang lain untuk kepentingan
tertentu dalam perniagaan.
Zakiah : Rugilah kalau seseorang hanya bertindak seperti yang awak katakan
itu. 6m
a. berpeluk tubuh
b. sepuluh jong masuk anjing bercawat ekor juga
c. menjadi landasan/menjadi perkakas.
3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Zahid diberhentikan kerja oleh majikannya kerana syarikat tempat dia bekerja mengambil langkah mengurangkan kakitangan. Kini nasib Zahid silih berganti bagai ombak di tepi pantai.Sebagai akibatnya, terpaksalah Zahid mencari kerja baru untuk menampung kehidupannya dan keluarganya. Tindakannya itu tidak dapat dielakkan lagi kerana siapa menjala siapa terjun. Walaupun pada masa ini, dia cuma ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai, tetapi dia tetap menerimanya kerana pada pendapatnya, tidak salah menerima pekerjaan itu sementara mendapat tawaran kerja yang lebih baik; bak kata orang tiada rotan akar berguna. 6m
Posted by eranis at 5:54 AM 0 comments
Monday, November 9, 2009
latihan peribahasa
1. Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.
Salah satu amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral ialah perbuatan melaga-lagakan orang agar bergaduh atau bersengketa. Manusia jenis ini pula selalunya berpura-pura tidak tahu akan kesan daripada perbuatannya itu. Oleh sebab itu, untuk menghindari perbuatan terkutuk itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat dan berhati-hati atas semua tindakan yang kita lakukan semoga kita tidak mudah terlanjur.
2. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan bagi setiap ayat tersebut kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang diberikan.
a. Shelan tinggal bersama-sama dengan neneknya yang sudah tua sejak ayah dan ibunya bercerai. Hidup Shelan tidak menentu kerana neneknya yang sudah tua tidak berupaya menjaganya dengan baik. Kadang-kadang Shelan menumpang makan dan tidur di rumah kawan-kawannya.
b. Nasuha bukan sahaja gadis yang berbudi bahasa dan rajin, malah dia pandai menjaga maruah diri. Perwatakan Nasuha itu saling tidak tumpah seperti perwatakan arwah ibunya, Hajah Maimunah.
c. Seng Kong gemar menceritakan keburukan ibu bapa serta adik-beradiknya kepada orang lain. Dia seolah-olah mendapat kepuasan dengan menceritakan keburukan tersebut. Namun begitu, akhirnya dia sendiri yang mendapat malu kerana dipersendakan atas perbuatan buruk kaum keluarganya itu.
3. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam setiap ayat tersebut.
Berseri-seri benar wajah Salamah yang bakal menjadi pengantin hari ini. Senyuman sentiasa terukir pada wajahnya apabila kenalan rapat memuji-muji kecantikannya setelah dihias oleh mak andam. Tatkala dia dan pasangannya bersanding, para tamu berbisik-bisik mengatakan mereka merupakan pasangan suami isteri yang secocok. Yang lebih penting mereka berdoa agar mereka bahagia hingga akhir hayat. Malangnya, enam bulan selepas itu, Salamah berasa bahawa kasih sayang suaminya semakin berkurang. Khabarnya, suaminya sudah ada kekasih baru. Remuh-redam perasaan Salamah mengenangkan nasib malang yang menimpanya.
4. Lengkapkan peribahasa yang sesuai.
a. Melalui pembacaan majalah dan surat khabar kita banyak memperoleh ilmu dan akan terhindarlah daripada menjadi ______________________________________
b. Semua anggota kelab itu mengamalkan semangat ______________________________________
agar projek itu dilaksanakan dengan lancar.
c. Hasrat kedua-dua rakan kongsi itu untuk membesarkan perniagaan perabot mereka ______________________________________________ kerana permohonan pinjaman mereka tidak diluluskan oleh pihak bank.
Posted by eranis at 6:28 AM 0 comments
PILIHAN JAWAPAN
1. bagai layang-layang putus tali
= daya upaya sudah tiada lagi / tinggal berserah kepada nasib
2. raja sehari
= pengantin
3. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
= suka duka sama-sama ditanggung
4. adu domba
= menyebabkan kedua-dua belah pihak bergaduh
5. bagaimana acuan begitulah kuihnya
= anak mengikut baka keluarga
6. bagai kaca terhempas ke batu
= sangat kecewa
7. seperti katak di bawah tempurung
= pengetahuan yang terlalu sedikit
8. lempar batu sembunyi tangan
= merahsiakan perbuatan jahat
9. seperti membuka pekung di dada
= mendedahkan keburukan diri sendiri
10. umpama hendak menepung tiada berberas
= buat kerja tidak cukup syarat
11. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
= hendaklah selalu beringat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan
12. bagai pinang dibelah dua
= sama cantik sama padan
Posted by eranis at 6:27 AM 0 comments
JAWAPAN
1. Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.
Salah satu amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai moral ialah perbuatan melaga-lagakan orang agar bergaduh atau bersengketa. Manusia jenis ini pula selalunya berpura-pura tidak tahu akan kesan daripada perbuatannya itu. Oleh sebab itu, untuk menghindari perbuatan terkutuk itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat dan berhati-hati atas semua tindakan yang kita lakukan semoga kita tidak mudah terlanjur.
Adu domba
lempar batu sembunyi tangan
berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah
2. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan bagi setiap ayat tersebut kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang diberikan.
Shelan tinggal bersama-sama dengan neneknya yang sudah tua sejak ayah dan ibunya bercerai. Hidup Shelan tidak menentu kerana neneknya yang sudah tua tidak berupaya menjaganya dengan baik. Kadang-kadang Shelan menumpang makan dan tidur di rumah kawan-kawannya.
Bagai layang-layang putus tali
Nasuha bukan sahaja gadis yang berbudi bahasa dan rajin, malah dia pandai menjaga maruah diri. Perwatakan Nasuha itu saling tidak tumpah seperti perwatakan arwah ibunya, Hajah Maimunah.
Bagaimana acuan begitu kuihnya
Seng Kong gemar menceritakan keburukan ibu bapa serta adik-beradiknya kepada orang lain. Dia seolah-olah mendapat kepuasan dengan menceritakan keburukan tersebut. Namun begitu, akhirnya dia sendiri yang mendapat malu kerana dipersendakan atas perbuatan buruk kaum keluarganya itu.
Seperti membuka pekung di dada
3. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza terdapat dalam setiap ayat tersebut.
Berseri-seri benar wajah Salamah yang bakal menjadi pengantin hari ini. Senyuman sentiasa terukir pada wajahnya apabila kenalan rapat memuji-muji kecantikannya setelah dihias oleh mak andam. Tatkala dia dan pasangannya bersanding, para tamu berbisik-bisik mengatakan mereka merupakan pasangan suami isteri yang secocok. Yang lebih penting mereka berdoa agar mereka bahagia hingga akhir hayat. Malangnya, enam bulan selepas itu, Salamah berasa bahawa kasih sayang suaminya semakin berkurang. Khabarnya, suaminya sudah ada kekasih baru. Remuh-redam perasaan Salamah mengenangkan nasib malang yang menimpanya.
Raja sehari
Bagai pinang dibelah dua
Bagai kaca terhempas ke batu
4 Lengkapkan peribahasa yang sesuai.
a. Melalui pembacaan majalah dan surat khabar kita banyak memperoleh ilmu dan akan terhindarlah daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung
b. Semua anggota kelab itu mengamalkan semangat berat sama dipikul,ringan sama dijinjing
agar projek itu dilaksanakan dengan lancar.
c. Hasrat kedua-dua rakan kongsi itu untuk membesarkan perniagaan perabot mereka umpama hendak menepung tiada berberas kerana permohonan pinjaman mereka tidak diluluskan oleh
Posted by eranis at 6:26 AM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
1. Baca di ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.
Mak Lijah tinggal seorang diri di rumah usang itu. Sejak kematian suaminya, lima orang anak yang disayanginya tidak pernah pulang ke kampung. Mereka lebih suka tinggal di Bandar. Mak Lijah begitu sedih dengan keadaan itu. Tidak ada sesiapa lagi yang dapat Mak Lijah harapkan untuk menemani hidupnya seharian. Setiap hari, Mak Lijah termenung di atas tangga mengenangkan nasibnya yang malang. Namun , jauh di sudut hati Mak Lijah, dia berharap agar anak-anaknya sedar akan asal-usul mereka. Mereka sebenarnya berasal daripada keluarga yang miskin tetapi diasuh dengan penuh kasih sayang.
2. Nyatakan peribahasa di bawah:
a. Seseorang yang gemar mempermainkan wanita.
b. Fikiran yang tidak matang atau singkat
c. Orang yang disayangi atau dicintai
d. Seseorang yang berpura-pura malu/malu tapi mahu
e. Pengantin yang sedang bersanding
f. Tidak menonjokan kelebihan diri
g. Tidak tahu arah yang hendak dituju
h. Sama cantik dan sama padan
i. Tidak tahu cara menggunakan sesuatu barang
j. Kebingungan di tempat baru
k. Tidak rela menyerah kalah
l. Buang yang buruk ambil yang baik
m. Keadaan yang baik atau tenang jangan disangka tidak berbahaya
n. Seseorang yang licik melakukan kejahatan akhirnya akan kecundang juga
o. Tidak mahu berusaha akan kesusahan/ malas menuntut ilmu akan ketinggalan
Posted by eranis at 4:54 PM 0 comments
PILIHAN JAWAPAN
1. buang yang keruh ambil yang jernih
2. malas bertanya sesat jalan
3. seperti pinang dibelah dua
4. jantung hati
5. air tenang jangan disangka tiada buaya
6. sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan
7. raja sehari
8. sebatang kara
9. bagai kacang lupakan kulit
10. seperti rusa masuk kapung
11. pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
12. sudah jatuh ditimpa tangga
13. biar putih tulang, jangan putih mata
14. diam-diam ubi
15. fikiran sempit
16. bagai kera mendapat bunga
17. bagai layang-layang putus tali
18. buaya darat
19. malu-malu kucing
Posted by eranis at 4:53 PM 0 comments
JAWAPAN
1. Baca di ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.
Mak Lijah tinggal seorang diri di rumah usang itu. Sejak kematian suaminya, lima orang anak yang disayanginya tidak pernah pulang ke kampung. Mereka lebih suka tinggal di Bandar. Mak Lijah begitu sedih dengan keadaan itu. Tidak ada sesiapa lagi yang dapat Mak Lijah harapkan untuk menemani hidupnya seharian. Setiap hari, Mak Lijah termenung di atas tangga mengenangkan nasibnya yang malang. Namun , jauh di sudut hati Mak Lijah, dia berharap agar anak-anaknya sedar akan asal-usul mereka. Mereka sebenarnya berasal daripada keluarga yang miskin tetapi diasuh dengan penuh kasih sayang.
a. sebatang kara
b. sudah jatuh ditimpa tangga
c. bagai kacang lupakan kulit
d. sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan
2. Nyatakan peribahasa di bawah:
Seseorang yang gemar mempermainkan wanita. (buaya darat)
Fikiran yang tidak matang atau singkat (fikiran sempit)
Orang yang disayangi atau dicintai. ( jantung hati)
Seseorang yang berpura-pura malu/malu tapi mahu (malu-malu kucing)
Pengantin yang sedang bersanding (raja sehari)
Tidak menonjokan kelebihan diri (diam-diam ubi)
Tidak tahu arah yang hendak dituju.(bagai layang-layang putus tali)
Sama cantik dan sama padan.(seperti pinang dibelah dua)
Tidak tahu cara menggunakan sesuatu barang (bagai kera mendapat bunga)
Kebingungan di tempat baru (seperti rusa masuk kampung)
Tidak rela menyerah kalah (biar putih tulang, jangan putih mata)
Buang yang buruk ambil yang baik (buang yang keruh ,ambil yang jernih)
Keadaan yang baik atau tenang jangan disangka tidak berbahaya (air tenang jangan disangka tiada buaya)
Seseorang yang licik melakukan kejahatan akhirnya akan kecundang juga (pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga)
Tidak mahu berusaha akan kesusahan/ malas menuntut ilmu akan ketinggalan (malas bertanya sesat jalan)
Posted by eranis at 4:50 PM 0 comments
Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.
1. Ayah bekerja keras di bawah terik matahari setiap hari untuk mendapatkan rezeki halal bagi menyara hidup kami sekeluarga.
2. Encik Ramli telah dinaikkan pangkat dan menjadi salah seorang pegawai tinggi di syarikat berkenaan.
3. Faridah telah kecewa dengan Kamil yang telah menduakannya sehingga dia sanggup berhijrah ke bandar.
4. Rahim telah dapat menyesuaikan diri di kampung itu walaupun baru dua hari dia dan keluarganya berpindah ke situ.
5. Badul seorang yang malas berusaha sehingga dia tidak mendapat sebarang pekerjaan walaupun setelah dua tahun menamatkan pengajian.
6. Ramli masih ingin memohon untuk mengisi jawatan tersebut walaupun dia tidak mempunyai kelulusan yang setara seperti yang disyaratkan.
7. Kehidupan masyarakat di kampung itu menjadi tidak menentu setelah ketua kampung yang amat disayangi meninggal dunia.
8. Pak Hamid seorang yang daif dan berusaha mencari rezeki setiap hari agar anak isterinya tidak kelaparan.
9. Kamal bersikap sombong dan tidak mengenang jasa orang-orang yang pernah menolongnya selama ini.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah salah satu faktor penting sebagai pemangkin kejayaan wawasan negara. Kalau kita tidak bersatu padu, maka wawasan negara hanya sekadar impian yang tidak akan tercapai sampai bila-bila. Perpaduan merupakan asas kepada kekuatan politik kea rah pencapaian wawasan negara. Kuasa-kuasa besar yang dahulunya meramalkan kemerdekaan kita tidak akan berkekalan akhirnya terpaksa akur dengan kemajuan dan kejayaan kita pada hari ini. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai berasaskan semangat kerjasama dalam kalangan rakyat, pembahagian kuasa dan hasil yang sama rata dan bertolak ansur.
Posted by eranis at 12:40 AM 0 comments
PILIHAN JAWAPAN
1. Seperti anak ayam kehilangan ibu
= rakyat yang kehilangan pemimpin
2. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
= menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
3. Angan-angan mat jenin
=impian yang mustahil dicapai
4. Membanting tulang
= bertungkus-lumus
5. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
= orang miskin yang harus bekerja setiap masa
6. Bagai aur dengan tebing
= saling membantu
7. Orang atasan
= orang berstatus tinggi
8. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
= banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi
9. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
= usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam hidupnya.
10. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
= kalau tidak cukup syarat, jangan dibuat apa yang tidak terdaya.
11. Bersatu teguh bercerai roboh
= perpaduan adalah amat penting bagi sesebuah masyarakat
12. Patah hati
= kecewa
13. Bagai melepaskan anjing tersepit
= menolong orang yang tiada tahu berterima kasih
Posted by eranis at 12:39 AM 0 comments
JAWAPAN
Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam setiap ayat tersebut.
1. Ayah bekerja keras di bawah terik matahari setiap hari untuk mendapatkan rezeki halal bagi menyara hidup kami sekeluarga. (membanting tulang)
2. Encik Ramli telah dinaikkan pangkat dan menjadi salah seorang pegawai tinggi di syarikat berkenaan. (orang atasan)
3. Faridah telah kecewa dengan Kamil yang telah menduakannya sehingga dia sanggup berhijrah ke bandar. (patah hati)
4. Rahim telah dapat menyesuaikan diri di kampung itu walaupun baru dua hari dia dan keluarganya berpindah ke situ. (masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak)
5. Badul seorang yang malas berusaha sehingga dia tidak mendapat sebarang pekerjaan walaupun setelah dua tahun menamatkan pengajian. (kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya)
6. Ramli masih ingin memohon untuk mengisi jawatan tersebut walaupun dia tidak mempunyai kelulusan yang setara seperti yang disyaratkan. (kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga)
7. Kehidupan masyarakat di kampung itu menjadi tidak menentu setelah ketua kampung yang amat disayangi meninggal dunia. (seperti anak ayam kehilangan ibu)
8. Pak Hamid seorang yang daif dan berusaha mencari rezeki setiap hari agar anak isterinya tidak kelaparan. (kais pagi makan pagi,kais petang makan petang)
9. Kamal bersikap sombong dan tidak mengenang jasa orang-orang yang pernah menolongnya selama ini. (bagai melepaskan anjing tersepit)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah salah satu faktor penting sebagai pemangkin kejayaan wawasan negara. Kalau kita tidak bersatu padu, maka wawasan negara hanya sekadar impian yang tidak akan tercapai sampai bila-bila. Perpaduan merupakan asas kepada kekuatan politik kea rah pencapaian wawasan negara. Kuasa-kuasa besar yang dahulunya meramalkan kemerdekaan kita tidak akan berkekalan akhirnya terpaksa akur dengan kemajuan dan kejayaan kita pada hari ini. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai berasaskan semangat kerjasama dalam kalangan rakyat, pembahagian kuasa dan hasil yang sama rata dan bertolak ansur.
1. angan-angan Mat Jenin
2. Bersatu teguh becerai roboh
3. Bagai aur dengan tebing
4. Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah
Posted by eranis at 12:38 AM 0 comments
Lengkapkan peribahasa yang sesuai.
1. Pak Mat yang ____________________ itu tidak pernah mengikut nasihat ketua kampong dan penduduk lain.
2. Halim menjadi ____________________ setelah dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus di syarikat besar itu.
3. Orang yang _______________________ akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik dalam jangka masa yang singkat.
4. Ibu selalu membelikan saya ___________________ apabila dia ke luar negara atas urusan rasmi syarikatnya.
5. Encik Razak berhajat ingin __________________ dengan isterinya selepas dua tahun bercerai.
6. Azman ____________________________ semasa makan di rumah bakal mentuanya pada petang itu.
7. Fikirannya dan pendiriannya berubah mengikut masa dan kepentingan peribadinya ___________________________________.
8. Kehidupan masyarakat di kampung itu sangat akrab dan saling menolong ____________________________________.
9. Pengantin di atas pelamin itu, memang sama padan dan sama cantik ___________________________________.
10. Kita janganlah malas berusaha untuk mencapai kesenangan hidup kerana________________________________.
11. Ramli tidak ______________________________ apabila luahan hatinya terhadap Yati telah disambut dengan baik.
12. Kita digalakkan menabung walaupun dalam jumlah yang sedikit kerana __________________________________________.
Posted by eranis at 12:31 AM 0 comments
PILIHAN JAWAPAN
1. Malu-malu kucing
= pura-pura malu
2. Bertepuk sebelah tangan
= cinta kasih yang datang hanya dari sebelah pihak sahaja
3. Orang atasan
= orang berstatus tinggi
4. Kepala batu
= degil
5. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
= sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga
6. Panjang akal
= bijaksana
7. Seperti cincin dengan permata
= jodoh yang sesuai
8. Balik kerak
= rujuk (berkahwin dengan isteri yang sudah diceraikan mengikut syarat-syarat tertentu)
9. Malu berkayuh perahu hanyut
= kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan
10. Tanda mata
= hadiah untuk kenangan
11. Bagai air di daun keladi
= tidak tetap pendirian
12. Bagai aur dengan tebing
= saling membantu
Posted by eranis at 12:30 AM 0 comments
JAWAPAN
Lengkapkan peribahasa yang sesuai.
1. Pak Mat yang kepala batu itu tidak pernah mengikut nasihat ketua kampong dan penduduk lain.
2. Halim menjadi orang atasan setelah dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus di syarikat besar itu.
3. Orang yang panjang akal akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik dalam jangka masa yang singkat.
4. Ibu selalu membelikan saya tanda mata apabila dia ke luar negara atas urusan rasmi syarikatnya.
5. Encik Razak berhajat ingin balik kerak dengan isterinya selepas dua tahun bercerai.
6. Azman malu-malu kucing semasa makan di rumah bakal mentuanya pada petang itu.
7 Fikirannya dan pendiriannya berubah mengikut masa dan kepentingan peribadinya bagai air di daun keladi.
8. Kehidupan masyarakat di kampung itu sangat akrab dan saling menolong bagai aur dengan tebing.
9. Pengantin di atas pelamin itu, memang sama padan dan sama cantik seperti cincin dengan permata.
10. Kita janganlah malas berusaha untuk mencapai kesenangan hidup kerana malu berkayuh perahu hanyut.
11. Ramli tidak bertepuk sebelah tangan apabila luahan hatinya terhadap Yati telah disambut dengan baik.
12. Kita digalakkan menabung walaupun dalam jumlah yang sedikit kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Posted by eranis at 12:29 AM 0 comments
PERIBAHASA
Lengkapkan peribahasa yang sesuai.
1. Kes kemalangan itu sudah saya ___________________________ kerana pihak yang terlibat tidak mahu bertolak ansur menyelesaikannya di luar mahkamah.
2. Walaupun ada pihak yang mencabarnya untuk bertarung di dalam gelanggang tetapi pesilat itu berdiam diri sahaja, tindakannya itu seperti _______________________________________ kerana tidak mahu mengeruhkan suasana
3. Tindakannya menjual saham yang sedia ada untuk menyertai skim pyramid itu tidak ubah seperti kata orang ______________________________________.
Baca maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.
1. Bahasa kasar yang digunakan dalam percakapan atau tulisan dan menyakitkan hati apabila mendengar atau membacanya.
______________________________________________________________
2. Merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
_____________________________________________________________
3. Dalam sesuatu pergaduhan, yang menang atau yang kalah kedua-dua pihak menanggung kerugian.
_____________________________________________________________
4. sia-sia sahaja memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya.
_____________________________________________________________
5. sekalipun terdapat pelbagai kelebihan di tempat orang tetapi lebih baik di tempat sendiri.
____________________________________________________________
6. orang yang ditimpa kesusahan berturut-turut.
____________________________________________________________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.
Peranan belia sangat penting dalam pembangunan negara dan masyarakat. Mereka menjadi tonggak dan harapan rakyat. Oleh sebab itu, semua pihak mahu belia memikul tanggungjawab mereka tanpa banyak alasan dan hanya memikirkan satu perkara saja di fikiran mereka, iaitu bekerja keras. Jika golongan belia tidak dapat menunaikan amanah tersebut, kita tidak dapat menggambarkan kekecewaan seluruh rakyat yang menggantungkan harapan yang begitu tinggi kepada mereka.
Posted by eranis at 12:01 AM 0 comments
PILIHAN JAWAPAN
1. seperti kaca terhempas ke batu
= hati yang hancur kerana duka cita
2. yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
= keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula
3. bawa ke tengah
= bawa ke pengadilan / mendedahkan rahsia
4. seperti harimau menyembunyikan kuku
= orang yang menyembunyikan kelebihannya
5. mandi peluh
= bekerja dengan bertungkus lumus
6. tulang belakang
= punca kekuatan
7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu dinegeri sendiri
= walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik
8. sudah jatuh ditimpa tangga
= berturut-turut mendapat kesusahan
9. bahasa kesat
= cacian
10. jauh hati
= tersinggung
11. seperti menembak gunung, menggarami laut
= menolong orang yang tidak perlu ditolong
12. kalah jadi abu,menang jadi arang
= kalah rugi menang pun rugi
Posted by eranis at 12:00 AM 0 comments
Friday, November 6, 2009
PERIBAHASA(Jawapan)
Lengkapkan peribahasa yang sesuai.
1. Kes kemalangan itu sudah saya bawa ke tengah kerana pihak yang terlibat tidak mahu bertolak ansur menyelesaikannya di luar mahkamah.
2. Walaupun ada pihak yang mencabarnya untuk bertarung di dalam gelanggang tetapi pesilat itu berdiam diri sahaja, tindakannya itu seperti harimau menyembunyikan kuku kerana tidak mahu mengeruhkan suasana
3. Tindakannya menjual saham yang sedia ada untuk menyertai skim pyramid itu tidak ubah seperti kata orang yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.
Baca maksud peribahasa di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.
4. Bahasa kasar yang digunakan dalam percakapan atau tulisan dan menyakitkan hati apabila mendengar atau membacanya.
Bahasa kesat
5. Merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
Jauh hati
6. Dalam sesuatu pergaduhan, yang menang atau yang kalah kedua-dua pihak menanggung kerugian.
Kalah jadi abu, menang jadi arang
7. sia-sia sahaja memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya.
seperti menembak gunung,menggarami laut
8. sekalipun terdapat pelbagai kelebihan di tempat orang tetapi lebih baik di tempat sendiri.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
9. orang yang ditimpa kesusahan berturut-turut.
Sudah jatuh ditimpa tangga
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.
Peranan belia sangat penting dalam pembangunan negara dan masyarakat. Mereka menjadi tonggak dan harapan rakyat. Oleh sebab itu, semua pihak mahu belia memikul tanggungjawab mereka tanpa banyak alasan dan hanya memikirkan satu perkara saja di fikiran mereka, iaitu bekerja keras. Jika golongan belia tidak dapat menunaikan amanah tersebut, kita tidak dapat menggambarkan kekecewaan seluruh rakyat yang menggantungkan harapan yang begitu tinggi kepada mereka.
1. tulang belakang
2. mandi peluh
3. seperti kaca terhempas ke batu
Posted by eranis at 11:59 PM 0 comments