A. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
MAZNAH : Ke mana kamu pergi selama ini , dik? Takkanlah kerana kakak menegur kamu, lalu kamu membawa diri sehingga dua tahun.
FARID : Farid pergi ke Kuala Lumpur. Farid bekerja sebagai pembantu kedai makan. Lama tinggalkan kakak, rasa rindu sangat. Farid dah lupakan apa yang berlaku.
MAZNAH: Kalau kamu berfikiran begitu, baguslah. Tinggalkan terus di kampung. Tak boleh, kak. Daripada pembantu kedai, mungkin kerana kerja Farid baik, Farid dinaikkan pangkat sebagai pengurus kedai.
MAZNAH : Takkanlah hendak kerja dengan orang sahaja?
FARID : Farid bercadang hendak berniaga sendiri. Sekarang sedang mengumpul modal. Lama-lama modal itu banyaklah.
MAZNAH: Kalau kamu sudah berfikir macam itu, kakak setuju saja. Naiklah dik, adik-adik yang lain ada di atas.
i.
ii.
iii.
B. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
i. Sejak kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya, Nawawi seolah-olah tidak dapat menguruskan kehidupannya kerana sudah kehilangan tempat bergantung.
ii. Mereka berdua selalu bertengkar dan pertengkaran antara mereka berdua selalu berlanjutan.
iii. Tanpa banyak berfikir, Adam telah membeli sebentuk cincin pertunangan dan dua pasang kain songket yang sedondon sebagai langkah bersiap sedia kerana ingin memperisteri gadis yang baru sahaja dikenalinya.
Saturday, January 2, 2010
Latihan peribahasa
Posted by eranis at 3:27 PM 0 comments
Pilihan jawapan
Pilihan jawapan:
1. Bertegang leher
= bertengkar dan tidak mahu mengalah
2. Sedikit-sedikit lama menjadi bukit
= sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga
3. Burung terbang dipipiskan lada
= sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh
4. Air dicencang tidak akan putus
= dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
5. Anak ayam kehilangan ibu
= kesusahan seorang anak apabila hilang tempat bergantung
6. Naik tangga dari bawah
= kejayaan tidak datang tiba-tiba
Posted by eranis at 3:26 PM 0 comments
Jawapan
A. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
MAZNAH : Ke mana kamu pergi selama ini , dik? Takkanlah kerana kakak menegur kamu, lalu kamu membawa diri sehingga dua tahun.
FARID : Farid pergi ke Kuala Lumpur. Farid bekerja sebagai pembantu kedai makan. Lama tinggalkan kakak, rasa rindu sangat. Farid dah lupakan apa yang berlaku.
MAZNAH: Kalau kamu berfikiran begitu, baguslah. Tinggalkan terus di kampung. Tak boleh, kak. Daripada pembantu kedai, mungkin kerana kerja Farid baik, Farid dinaikkan pangkat sebagai pengurus kedai.
MAZNAH : Takkanlah hendak kerja dengan orang sahaja?
FARID : Farid bercadang hendak berniaga sendiri. Sekarang sedang mengumpul modal. Lama-lama modal itu banyaklah.
MAZNAH: Kalau kamu sudah berfikir macam itu, kakak setuju saja. Naiklah dik, adik-adik yang lain ada di atas.
i. Air dicencang tidak akan putus
ii. Naik tangga dari bawah
iii. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
B Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
i. Sejak kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya, Nawawi seolah-olah tidak dapat menguruskan kehidupannya kerana sudah kehilangan tempat bergantung.
Anak ayam kehilangan ibu
ii. Mereka berdua selalu bertengkar dan pertengkaran antara mereka berdua selalu berlanjutan.
Bertegang leher
iii. Tanpa banyak berfikir, Adam telah membeli sebentuk cincin pertunangan dan dua pasang kain songket yang sedondon sebagai langkah bersiap sedia kerana ingin memperisteri gadis yang baru sahaja dikenalinya.
Burung terbang dipipiskan lada
Posted by eranis at 3:25 PM 0 comments