A. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
MAZNAH : Ke mana kamu pergi selama ini , dik? Takkanlah kerana kakak menegur kamu, lalu kamu membawa diri sehingga dua tahun.
FARID : Farid pergi ke Kuala Lumpur. Farid bekerja sebagai pembantu kedai makan. Lama tinggalkan kakak, rasa rindu sangat. Farid dah lupakan apa yang berlaku.
MAZNAH: Kalau kamu berfikiran begitu, baguslah. Tinggalkan terus di kampung. Tak boleh, kak. Daripada pembantu kedai, mungkin kerana kerja Farid baik, Farid dinaikkan pangkat sebagai pengurus kedai.
MAZNAH : Takkanlah hendak kerja dengan orang sahaja?
FARID : Farid bercadang hendak berniaga sendiri. Sekarang sedang mengumpul modal. Lama-lama modal itu banyaklah.
MAZNAH: Kalau kamu sudah berfikir macam itu, kakak setuju saja. Naiklah dik, adik-adik yang lain ada di atas.
i.
ii.
iii.
B. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
i. Sejak kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya, Nawawi seolah-olah tidak dapat menguruskan kehidupannya kerana sudah kehilangan tempat bergantung.
ii. Mereka berdua selalu bertengkar dan pertengkaran antara mereka berdua selalu berlanjutan.
iii. Tanpa banyak berfikir, Adam telah membeli sebentuk cincin pertunangan dan dua pasang kain songket yang sedondon sebagai langkah bersiap sedia kerana ingin memperisteri gadis yang baru sahaja dikenalinya.
Saturday, January 2, 2010
Latihan peribahasa
Posted by eranis at 3:27 PM 0 comments
Pilihan jawapan
Pilihan jawapan:
1. Bertegang leher
= bertengkar dan tidak mahu mengalah
2. Sedikit-sedikit lama menjadi bukit
= sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga
3. Burung terbang dipipiskan lada
= sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh
4. Air dicencang tidak akan putus
= dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
5. Anak ayam kehilangan ibu
= kesusahan seorang anak apabila hilang tempat bergantung
6. Naik tangga dari bawah
= kejayaan tidak datang tiba-tiba
Posted by eranis at 3:26 PM 0 comments
Jawapan
A. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
MAZNAH : Ke mana kamu pergi selama ini , dik? Takkanlah kerana kakak menegur kamu, lalu kamu membawa diri sehingga dua tahun.
FARID : Farid pergi ke Kuala Lumpur. Farid bekerja sebagai pembantu kedai makan. Lama tinggalkan kakak, rasa rindu sangat. Farid dah lupakan apa yang berlaku.
MAZNAH: Kalau kamu berfikiran begitu, baguslah. Tinggalkan terus di kampung. Tak boleh, kak. Daripada pembantu kedai, mungkin kerana kerja Farid baik, Farid dinaikkan pangkat sebagai pengurus kedai.
MAZNAH : Takkanlah hendak kerja dengan orang sahaja?
FARID : Farid bercadang hendak berniaga sendiri. Sekarang sedang mengumpul modal. Lama-lama modal itu banyaklah.
MAZNAH: Kalau kamu sudah berfikir macam itu, kakak setuju saja. Naiklah dik, adik-adik yang lain ada di atas.
i. Air dicencang tidak akan putus
ii. Naik tangga dari bawah
iii. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
B Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
i. Sejak kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya, Nawawi seolah-olah tidak dapat menguruskan kehidupannya kerana sudah kehilangan tempat bergantung.
Anak ayam kehilangan ibu
ii. Mereka berdua selalu bertengkar dan pertengkaran antara mereka berdua selalu berlanjutan.
Bertegang leher
iii. Tanpa banyak berfikir, Adam telah membeli sebentuk cincin pertunangan dan dua pasang kain songket yang sedondon sebagai langkah bersiap sedia kerana ingin memperisteri gadis yang baru sahaja dikenalinya.
Burung terbang dipipiskan lada
Posted by eranis at 3:25 PM 0 comments
Wednesday, December 30, 2009
Latihan peribahasa
A. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
i. Emak selalu berpesan, kita patut menolong orang, tetapi ada hadnya, dan kita pula jangan sekali-kali berbuat jahat.
ii. Dia amat gembira kerana hasil perniagaannya kali ini meningkat berlipat kali ganda.
iii. Jika kita berbuat kebaikan, kita akan mendapat balasan yang baik juga.
B. Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai.
i. Orang yang berkuasa atau berwang dapat melakukan apa-apa sahaja yang diingini,umpama
ii. Jika ilmu belum penuh di dada,jangan berangan-angan hendak menjadi panglima, seperti kata pepatah
iii. Anak Tuan Guru Haji Lokman itu ke mana sahaja dia pergi, akan disayangi orang kerana dia pandai membawa diri, seperti kata pepatah
Posted by eranis at 12:05 AM 0 comments
Pilihan jawapan
Pilihan jawapan :
1. Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri
= orang lemah tidak dapat melawan orang berkuasa
2. Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
= semua perbuatan ada balasannya
3. Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
= kalau baik, di mana-mana berada tetap baik
4. Bagai bulan jatuh ke riba
= mendapat untung yang banyak
5. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
= buat baik biar sederhana, dan jangan sekali-kali berbuat jahat
6. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
= kalau tidak cukup syarat, jangan dibuat apa yang tidak terdaya
Posted by eranis at 12:04 AM 0 comments
Jawapan
A. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
i. Emak selalu berpesan, kita patut menolong orang, tetapi ada hadnya, dan kita pula jangan sekali-kali berbuat jahat.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
ii. Dia amat gembira kerana hasil perniagaannya kali ini meningkat berlipat kali ganda.
Bagai bulan jatuh ke riba
iii. Jika kita berbuat kebaikan, kita akan mendapat balasan yang baik juga.
Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas
B. Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai.
i. Orang yang berkuasa atau berwang dapat melakukan apa-apa sahaja yang diingini,umpama
Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri
ii. Jika ilmu belum penuh di dada,jangan berangan-angan hendak menjadi panglima, seperti kata pepatah
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak di duga
iii. Anak Tuan Guru Haji Lokman itu ke mana sahaja dia pergi, akan disayangi orang kerana dia pandai membawa diri, seperti kata pepatah
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Posted by eranis at 12:01 AM 0 comments
Tuesday, December 29, 2009
Latihan peribahasa
A. Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.
WILLIAM : Nasib baik kamu datang kalau kamu tak datang, tak tahulah nasib pasukan bola sepak kita. Mungkin teruk dibelasah pihak lawan.
HALIM : Bukan saya seorang yang penting. Semua pemain memainkan peranan.
WILLIAM: Kamu itu bukan sahaja pandai menggelecek, tetapi apabila berlari mengejar atau membawa bola, begitu laju. Pemain lain tak mampu kejar.
HALIM : Janganlah keterlaluan memuji saya. Bagi saya, jika kita mempunyai azam yang kuat untuk menang, kemudian kita berusaha bersungguh-sungguh, pasti kejayaan akan menjadi milik kita.
WILLIAM: Berbual dengan kamu memang seronok. Nampaknya kali ini pasukan kita boleh menjadi juara.
Jawapan: a.
b.
c.
B. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan
i. Zakuan sedar, tidak berguna mencuri harta orang, lebih baik bekerja supaya apabila dia mati kelak, akan meninggalkan nama yang baik.
ii. Jika diperhatikan, tingkah laku Safuan tidak jauh bezanya dengan perangai ayahnya.
iii. Para perajurit itu sanggup mati demi mempertahankan tanah air daripada menyerah kalah.
Posted by eranis at 4:29 AM 0 comments