BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 24, 2010

Prosa:Pelayaran yang Penuh Peristiwa-Soalan 12

Baca prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Apabila melintasi perairan Pulau Salah Nama, keluarlah kumpulan lanun datang menyerang geliung panjang. Orang di geliung itu lari ke bawah menyelamatkan diri masing-masing, jurumudi sendiri telah lari lintang-pukang menyelamatkan nyawanya.

“Pergi kaupanggilkan budak hitam itu ke mari melawan bajak laut itu!” perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada Si kembang Cinanya.

Awang Sulung berhelah, katanya dia hanya layak menjadi penunggu reban dan penyapu rumah saja.

“Pergi kau sekali lagi memujuknya dengan bahasa yang lemah lembut.”

“Hai Kakak Kembang, bagaimana hendak melawan, tangan dan kakiku sakit-sakit!” Mendengar alasan itu tahulah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apa yang mesti diberi Awang Sulung itu lalu disuruhnya Si Kembang Cinanya mengambil limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung pergi mandi. Turunlah Awang Sulung mandi lalu menggosok badannya; sekali menggosok limau, dua tiga panau tercelik; hilang cahaya bulan, timbul cahaya panaunya.

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka,2009, hal. 35)

i. Apakah maksud menyerang geliung panjang? 2m

ii. Nyatakan tiga usaha Tuan Puteri Dayang Seri Jawa untuk memastikan Awang Sulung membantunya menghadapi lanun. 3m

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung memberi pelbagai alasan terhadap permintaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Nyatakan tiga alasan yang menjadi penyebab tindakan Awang Sulung. 3m





SKEMA
i. …menentang kapal layar perang yang panjang

ii. …menyuruh Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung, tetapi Awang Sulung menyatakan dia tidak layak…dia meminta Si kembang Cina memujuk dengan bahasa yang lemah lembut, Awang Sulung menolak dengan alasan kakinya sakit…dia menyuruh Kembang Cina mengambil limau selimpat pagar lalu diserahkan kepada Awang Sulung.

iii. Awang Sulung memberi pelbagai alasan untuk melihat kesungguhan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mahu mendapatkan khidmatnya…dia tidak mahu berkawan rapat dengan puteri itu agar puteri itu tidak mengetahui latar belakang hidupnya…kemungkinan sememangnya tubuhnya letih dan tidak mampu membantu orang lain.

0 comments: