BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 4, 2010

Cerpen Pemain Catur - soalan 4

SOALAN 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Dengar Um. Catur ini sukan tertua di dunia selain sukan memanah.” Uj tidak menghiraukan sambutan dingin Um. Dia terus memperkenalkan dan mendekatkan Um dengan dunia catur, yang pada zaman silam mempunyai tiga versi permainan, iaitu, ashtapada, senet, dan petteia.

“Di India, pada kurun ke-5 Masihi permainan ini disebut chaturanga. Selepas menguasai India terutama di bahagian barat lautnya, beberapa kurun kemudian barulah permainan ini berkembang ke Parsi dan ke tanah Arab. Di sana permainan ini dipanggil shatranj.” Uj memahat riwayat panjang permainan tersebut supaya Um benar-benar menjadi pakar bukan setakat bijak bermain tetapi kenal hingga ke akar umbi sejarahnya.
Um mulai tertarik mendengar kempen mesra catur yang tidak berhenti-henti diasakkan ke telinganya. Dia semakin seronok dan berminat mendekatkan diri secara intim dengan permainan ini.

“Nama keluarga kita patut dilakar semula di papan catur. Biar kita dapat duduk sebaris dengan Gary Kasparov, Paul Keres atau Mir Sultan Khan. Dunia lebih kenal kepada Bobby Fischer, atau Alexander Alekhine dan Anatoly Karpov sebagai juara catur abad lalu, tetapi tiada nama al-Hakam.”

Um mengangguk. Tangannya mengurut janggut yang sejemput.

(Dipetik daripada cerpen Pemain Catur oleh Zaharah Nawawi dalam antologi Harga Remaja, hal. 145-146,Dewan Bahasa dan Pustaka,2009)

i. Apakah reaksi Um setelah dia bersetuju dengan pujukan Uj untuk bermain catur? Nyatakan dua reaksi. 2m

ii. Kemukakan tiga langkah untuk menggalakkan orang ramai meminati catur. 3m
iii. Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam cerpen keseluruhannya. 4m





SKEMA:
i. …Um mengangguk…tangannya mengurut janggutnya

ii. …permainan ini hendaklah dijadikan sebagai permainan pilihan dalam kegiatan kokurikulum di sekolah…badan sukan pula hendaklah menganjurkan pertandingan catur dalam kalangan belia…tunjuk cara permainan ini juga dapat menarik orang ramai agar meminati catur.

iii. Petikan: Kita hendaklah sabar apabila memujuk seseorang.Cth: Uj berjaya memujuk Um agar bermain catur.Cerpen: kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya. Cth; Um berjaya mengalahkan Uj hasil kegigihannya menjalani latihan.

0 comments: