BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 27, 2010

PROSA KLASIK:MERAH SILU (SOALAN 15)

SOALAN 15 (Latihan biasa)
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pada suatu hari, Merah Silu pergi bermain di sungai dan melihat terlalu banyak ikan di dalam sungai itu. Apabila Merah Silu pulang ke rumah, dia menyuruh orangnya membuat bubu. Setelah bubu siap, Merah Silu pergi ke hulu sungai untuk menahan bubunya.

Pada keesokan harinya, Merah Silu pergi melihat bubunya. Didapatinya bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Merah Silu membuang cacing gelang-gelang dari dalam bubunya dan memasang semula bubunya. Pada keesokan harinya, dia pergi pula melihat bubunya; demikian juga, bubu itu penuh dengan cacing gelang-gelang. Dibuangnya juga cacing gelang-gelang itu. Dipasangnya lagi bubu itu. Esok harinya, dia pergi semula melihat bubunya, dan bubunya dipenuhi juga dengan cacing gelang-gelang.

Merah Silu pun berfikir dalam hatinya, “Gelang-gelang ini Allah Taala kepada aku rupanya.”
(Dipetik daripada prosa tradisional”Merah Silu” Ismail Ahmad, (Penyelenggara) dalam antologi Harga Remaja, hlm. 53)

i. Apakah yang dilakukan oleh Merah Silu terhadap cacing gelang-gelang itu? 2m
ii. Nyatakan perkara atau perbuatan yang menjadikan Merah Silu menjadi terkenal. 3m
iii. Jelaskan ke mana dan mengapa Merah Silu berpindah dari satu tempat ke satu tempat sebelum dirajakan di Rimba Jerun. 3m





SKEMA

i. Setelah dua kali mendapat cacing gelang-gelang di dalam bubunya, Merah Silu tidak membuang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunya buat kali ke-3. Dia menganggap itu kurnia Allah s.w.t. kepadanya. Dia pun memasukkan cacing gelang-gelang itu ke dalam kawah lalu direbusnya. Cacing gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak.

ii. Dalam kisah ini, selain Merah Silu mendapat cacing gelang-gelang yang direbus menjadi emas dan buihnya menjadi perak, Merah Silu juga memiliki kerbau yang banyak. Di Buluh Telang, Merah Silu mengadakan perlawanan sabung ayam dan mendapat sambutan daripada juara sabung ayam. Setiap orang yang kalah dan penonton akan diberi seekor kerbau. Merah Silu juga dikasihi oleh rakyat Megat Iskandar dan Megat Kedah kasih akan Merah Silu. Akhirnya, Merah Silu dirajakan di Rimba Jerun.

iii. Merah Silu sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat atas beberapa sebab. Antaranya, setelah kematian bapanya Merah Gajah yang dibunuh oleh mentuanya, Raja Muhammad lalu Merah Silu pergi ke Beruana. Selain itu, oleh sebab Merah Silu dikatakan bermain dengan kerbau yang dianggap sebagai haiwan yang tidak berguna dan menimbulkan kemarahan orang kampung, Merah Silu diberi pilihan oleh adiknya, Merah Hasum agar meninggalkan tempat itu jikalau tidak mahu mendengar nasihatnya. Merah Silu pun berpindah ke Buluh Telang. Setelah memerangi Sultan Maliku’l- Nasar, Merah Silu pergi ke Pertama Terjun, kemudian ke Gunung Tawas, ke Pekersang dan ke Kumat. Merah Silu memerangi Tuanku Maliku’l-Nasar di Kumat dan akhirnya menjadi raja di Rimba Jerun.

0 comments: